Papan pemotong lama anda nampak kusam? Sebenarnya papan jenis ni memang mudah kotor dan menjadi kehitaman lebih-lebih lagi jika ia banyak digunakan dalam aktiviti memasak seharian. Kadang-kala jika dicuci dengan sabun pun kesannya masih tidak tanggal. Berikut adalah cara mudah dan berkesan untuk membersihkan papan pemotong plastik anda. Memang nampak macam baru! Jom cuba. Anda pasti kagum dengan hasilnya.
BAHAN-BAHAN:
Limau nipis
Baking soda
Cuka
CARA-CARA:
1. Ambil limau dan belah dua.
Ads
2. Kemudian ambil Baking Soda dan tabur pada permukaan papan pemotong.
3. Gosok papan pemotong menggunakan potongan limau tadi. Biar selama 10 minit.
Ads
4. Ambil potongan limau dan gosok lagi pada permukaan papan pemotong.
Ads
5. Seterusnya tuang cuka. Gosok lagi sehingga semua kotoran hilang. Boleh guna berus besi untuk menyental.
6. Bilas hingga bersih. Hasilnya papan pemotong anda kelihatan lebih bersih dan seakan baru.
Tonton video cara-cara nak bersihkan papan pemotong disini:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Tak kena cara, ikan, daging atau ayam yang anda cuci masih berbau hanyir. Kadang-kadang sudah dimasak pun masih bau hanyir tidak hilang. Kali ini jangan bimbang lagi, RASA kongsikan dengan anda semua beberapa petua atau tip mudah untuk nyahkan bau hanyir degil hanya menggunakan bahan yang ada dalam dapur saja.
HALIA:
Halia adalah herba campuran bahan masakan yang mempunyai bau khas yang boleh menghilangkan bau hanyir pada ikan mahupun daging. Kandungan enzim proteolitik dalam halia dikatakan boleh memecahkan protein yang menyebabkan daging yang digaul dengan halia hilang hanyir dan lebih cepat empuk bila dimasak.
Campuran Cuka Dan Tomato:
Rasa masam pada cuka dan tomato bukan hanya boleh menghilangkan bau hanyir tetaoi juga membuatkan daging yang telah dimasak tidak mudah basi.
Nanas
Buah nanas sangat berkesan untuk menghilangkan bau hanyir bukan hanya daging tetapi juga ikan dan ayam. Anda hanya perlu parut nanas kemudian gaulkan dengan daging atau ikan, biarkan selama satu jam kemudian cuci bersih dan sedia dimasak mengikut menu kesukaan anda.
Limau Nipis:
Bau dan masam limau nipis sememangnya mampu menghilangkan bau hanyir secara semulajadi, malah ia juga dikatakan mampu menghilangkan bakteria yang menyebabkan daging cepat busuk. Anda hanya perlu perahkan jus limau pada daging, kemudian gaul rata dan cuci bersih sebelum sedia dimasak.
Daun Betik
Jika anda mempunyai pokok betik, manfaatkan daunnya. Selain fungsi utamanya untuk mengempukkan daging, masa yang sama membantu menghilangkan bau hanyirnya sekali.
Harap info ini dapat membantu anda dan selamat mencuba.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Petua simpan lengkuas ni memang menjadi. Lengkuas kalau simpan dalam peti sejuk beku, memang kalau nak potong jadi keras macam batu. Kalau simpan dalam simpanan sayur di bahagian bawah, jadi kering & kecut pulak. Ha…Cuba cara min share ni. Tahan lama & kondisi tip top. Barulah mudah nak masak. Caranya mudah sahaja. Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah:
1. Bersihkan lengkuas dari kesan pasir dan kotoran. Jika saiz besar, potong menjadi saiz yang muat untuk diletak dalam balang kaca.
2. Masukkan lengkuas tadi ke dalam balang dan isikan air seperti dalam gambar. Sebaiknya guna balang kaca ( boleh guna balang sos spageti)
3. Tutup balang dengan penutup dan simpan balang tadi dalam peti sejuk dan keluarkan bila nak guna. Pastikan air dalam balang juga sentiasa ditukar sekurang-kurangnya seminggu sekali.
4. Hasilnya lengkuas yang disimpan akan kekal segar dan tidak kecut walaupun disimpan berbulan-bulan lamanya.
Ikan kelisememangnya enak dimasak dengan pelbagai jenis masakan. Tua muda, semua gemarkannya. Namun bila menyediakan sajian ikan keli ini, salah satu yang menjadi ‘kebimbangan’ adalah bau hanyirnya.
Semua ikan darat atau ikan sungai mempunyai bau yang tersendiri. Ini mungkin disebabkan oleh habitat ikan seperti KOLAM TERNAKAN: – air lepas (kurang bau), air bertakung (berbau), SUNGAI :- dasar pasir (kurang bau), dasar lumpur (berbau), PEMAKANAN:- palet (kurang bau), organ haiwan (berbau dan berlemak).
Kadang kadang ada ikan hasil tangkapan di sungai berbau diesel. Ini membuktikan ada proses pengorekan pasir disungai tersebut.
Menerusi perkongsian saudara Arbi Mohamad Arbi, beliau berkongsi tip untuk menyiang dan membersihkan ikan ini supaya tidak berbau dan enak apabila dimasak.
CARA MEMBERSIHKAN IKAN KELI SUPAYA TIDAK BERBAU HANYIR
1.BUANG URAT PUTIH
Ini adalah ikan keli yang telah dipotong & dibuang isi perutnya.
Namun ada bahagian yang perlu dibersihkan secara menyeluruh. Paling penting kawasan insang dan darah di bawah tulang dalam perut.
Jika diamati, ada jalur jalur urat putih selepas kita membersihkan darah beku tersebut. Tarik ianya keluar dan bersihkan.
2. KELENJAR TEPI SENGAT
Kelenjar yang terletak di sebelah sengat juga penyumbang bau hanyir pada keli. Hanya picit keluar kedua-duanya di bahagian kiri dan kanan. Bersihkan hingga puas hati.
3. RENDAM IKAN
Untuk mengalihkan bau hanyir, ikan keli perlu direndam dengan buah-buah citrus seperti limau, lemon, belimbing buluh, asam gelugur dan asam jawa.
Ada juga yang bertanya, boleh guna tepung gandum?
Untuk makluman, penggunaan tepung bukan untuk menghilangkan hanyir tetapi untuk membuang lender pada ikan.
Caranya mudah sahaja, rendam ikan tersebut lebih kurang 10 minit sebelum dibilas bersih. Sekarang ikan keli sudah siap untuk dimasak.
Selamat mencuba dan semoga perkongsian ini bermanfaat.
Almond London ialah biskut raya popular dengan gabungan coklat dan kacang badam rangup. Ikuti resipi Almond London mudah tanpa mixer ini untuk hasil yang sedap dan cantik.