Dodol homemade panas-panas memang sedap. Malah ada yang suka makan dodol cair. Dapat sepiring, fuhhh…layan sungguh! Bagi anda yang ada periuk tekanan, selain masak lauk pauk, anda juga boleh guna buat masak dodol ni. 12 minit je dah boleh siap makan. Tak perlu tunggu berjam-jam. Bagi yang tak ada periuk tekanan, anda juga boleh masak dodol guna kuali non-stick. Menarik! Nak cuba? Resipi perkongsian saudara Are Peace ni antara yang mudah.
DODOL HOMEMADE SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1 kotak kecil santan – jadikan 1 cawan. Kalau tak cukup, tambah air untuk genapkan
sukatannya.
1/2 cawan gula pasir
1 cawan gula merah
1 cawan tepung pulut
1 sudu makan tepung gandum
Secubit garam
Daun pandan – simpul kasih
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan ( kecuali daun pandan) dan kisar. 2. Kemudian tapis dan masukkan ke dalam periuk tekanan. Masukkan juga daun pandan.
Ads
3. Tutup dan ‘steam’ kan selama 4 minit.
4. Buka penutup dan kacau hingga sebati.
5. Kemudian tutup kembali periuk dan steam lagi selama 4 minit. 6. Ulang langkah ini sebanyak 3 kali.
Ads
7. Siap! Biarkan sejuk dan boleh dihidangkan.
Ads
CARA MASAK DODOL MASAK GUNA KUALI NON STICK
BAHAN-BAHAN:
500 gm tepung pulut
3 cawan gula melaka (*) (boleh juga gunakan gula merah)
2 cawan gula pasir (*)
3 cawan air (*)
2-3 helai daun pandan (*)
1 kg santan pekat
CARA MEMASAK:
Masak bahan-bahan bertanda (*) hingga gula larut. Tapis dan tunggu sejuk sebentar.
Masukkan tepung pulut dan bahan yang dimasak tadi kedalam blender dan kisar
Tuangkan adunan tepung ke dalam kuali non-stick. Sentiasa kacau adunan bagi mengelakkan dodol berkerak.
Adunan akan meletup-letup dan pecah. Kacau dodol sehingga terbit minyak pada dan tidak melekat.
Padamkan api dan masukkan dodol ke dalam bekas untuk disejukkan.
Sedapnya Bubur Kacang Durian ni. Maklumlah sekarang dah sampai musim raja buah ni. Pastinya ada banyak menu yang boleh dihasilkan. Menerusi perkongsian Cikgu Afy Al Habibi, beliau kongsikan satu resipi Bubur Kacang Durian yang sangat sedap dan boleh anda cuba. Letak pula durian kampung, hmmmm….sedapnya. Jom cuba. Makan sejuk-sejuk memang best ni.
CARA MASAK BUBUR KACANG DURIAN KAMPUNG SEDAP
BAHAN-BAHAN:
3 cawan kacang hijau
4-5 cawan air
2 cawan santan pekat
1 hiris (nipis) halia
2 helai daun pandan
3 sudu maka gula melaka
Beberapa ulas isi durian kampung
Sedikit gula putih
1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
1. Basuh kacang hijau hingga bersih dan rendam selama 1 jam. 2. Buang air rendaman dan masukkan air baru sebanyak 4-5 cawan. Rebus guna api perlahan hingga empuk. Kacang hijau yang empuk akan kembang dan lembik bila dipicit. Jika kacang masih keras, tambah air panas.
3. Setelah kacang empuk, masukkan santan. Jika suka bubur yang berkuah banyak, tambah air dan santan.
4. Untuk menaikkan aroma, masukkan halia dan daun pandan. Masak selama 2 minit kemudian keluarkan hirisan halia supaya baunya tidak kuat.
5. Masukkan gula melaka. Kacau sebati.
6. Masukkan juga beberapa ulas isi durian kampung. Kacau sebati.
7. Tambahkan lagi gula dan garam untuk menaikkan rasa lemak santan. Biarkan kuah mendidih beberapa kali.
8. Bila semua rasa sudah cukup, padamkan api dan sedia untuk dinikmati. Boleh juga dijadikan aiskrim Malaysia.
Cara mudah buat bubur asyura kalau guna periuk Noxxa ni. Pelbagai resipi remeh boleh jadi mudah. Sajian wajib yang menjadi trend masyarakat Islam menyediakan bubur Asyura pada hari ke 10 dalam kalendar Islam iaitu 10 Muharram. Boleh cuba sendiri resipi dari utara ni memang sedap dan cantik rupanya.
Pada tahun lalu masak dalam kuantiti yang banyak sebab berniat nak berikan kepada semua kawan pejabat dan jiran tetangga. Masa tu Kak Noor guna dua bungkus @ 500 gram tepung beras. Kacau pula di dalam kuali. Ambil masa yang lama juga untuk kacau, lebih kurang 2 jam.
Resepi ini adalah dalam kuantiti yang sedikit; makan untuk keluarga dan bolehlah dirasai bersama oleh jiran-jiran terdekat. Bagi rakan-rakan yang memiliki periuk NOXXA, bolehlah ikut resepi ini. Lebih mudah dan cepat dimasak. Penerangan dan langkah-langkah ada pada setiap gambar. – Perkongsian dari Kak Noor
RESIPI BUBUR ASYURA NOXXA
(VERSI UTAQA)
Bahan-bahan A:
2 cawan tepung beras
3 cawan santan sawit KHALIS
Sedikit garam
1 cawan gula pasir } masak guna
2 ketul gula kabung } 1 cawan air
Bahan-bahan B:
1 biji keledek oren (anggaran 500 gm)
1 cawan kacang hijau
1 cawan kacang merah ABC
1 cawan kacang merah kecil
1 cawan kacang ketupat (kacang duduk)
1 tin jagung berkrim
1 tongkol jagung
10 biji pisang emas
3 sudu besar sagu biji
2 helai daun pandan
Persediaan awal bahan-bahan:
Masak dua ketul gula kabung dengan 1 cawan air dengan api perlahan. Setelah larut, masukkan gula pasir dan masak sehingga larut. Ketepikan.
Ubi Keledek dikupas kulit dan dipotong dadu kecil.
Setongkol jagung – diambil isinya
Pisang emas dipotong dadu.
Sagu biji direndam selama 5 minit, kemudian dibersihkan dan ditoskan.
Kacang hijau, kacang merah ABC, kacang ketupat dan kacang merah kecil dibasuh dan diketepikan.
Bahan A disatukan dan digaul rata.
Kemudian masukkan ke dalam blender dan dikisar sehingga semuanya sebati (kaedah ini lebih mudah digunakan untuk mendapatkan adunan yang halus dan tidak berketul)
Cara-cara Memasak Menggunakan Periuk NOXXA:
Masukkan kacang hijau, kacang merah ABC, kacang merah kecil dan kacang ketupat di dalam inner pot. Tuang 1 cawan air. Tutup periuk dan halakan tombol kepada `PRESSURE’. Set butang `HIGH PRESSURE’ selama 15 minit dan tekan `ON’. Selepas 15 minit periuk akan berbunyi `BEEP’. Bebaskan tekanan dengan memusing tombol ke arah `STEAM’. Biarkan wap habis dikeluarkan supaya tudung periuk boleh dibuka. Tekan `OFF’.
Masukkan ubi keledek dan tutup periuk. Halakan tombol kepada `PRESSURE’. Set butang `HIGHT PRESSURE’ selama 3 minit dan tekan `ON’. Selepas masak, bebaskan tekanan. Tekan `OFF’.
Selepas itu masukkan bahan-bahan A yang telah dibancuh dan diblend halus bersama-sama jagung krim, isi jagung, sagu, pisang, dan daun pandan. Kacau rata menggunakan senduk kayu. Tekan butang `STIR FRY’ dan tekan `ON’. Semasa proses stir fry, periuk tidak perlu ditutup. Kacau sehingga adunan menjadi pekat dan tidak melekat pada periuk. Selepas masak, tekan butang `OFF’. Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan yang disukai.
Ramai peminat kek perisa pandan. Kek keju pula memang sedap dan disukai ramai. Kali ini RASA kongsikan resipi kek pandan cheese leleh daripada Iyana Razali. Melalui gambar yang dikongsikan nampak sedap sungguh kek ini. Boleh cuba buat. Resipinya pun tak susah sangat.
CARA MEMBUAT KEK
1. Ayak tepung dan baking powder. Ketepikan.
2. Campur semua bahan kisar dan kisar sehingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam satu bekas.
3. Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder tadi.
4. Gaul sebati. Kemudian masukkan minyak masak. Kacau secara kaup balik sahaja.
5. Panaskan oven 160°C. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah dialas dengan baking paper dan bakar selama 50-60 minit atau sehingga masak.
BAHAN TOPPING
250 gram cream cheese
1/2 cawan susu pekat manis (BELI DI SINI)
1/4 cawan susu cair
CARA MEMBUAT TOPPING
1. Campur sebati semua bahan.
2. Tuang ke atas kek dan tabur cheese parut.
Rahsia mak-mak moden! Ketahui cara buat stok bahan kisar homemade yang tahan 3 bulan, jimat masa dan kekal wangi macam baru kisar. Sesuai untuk kerja harian yang sibuk!