Tauhu kaya dengan sumber protein malah ia boleh dimasak dengan pelbagai gaya masakan. Jika dibeli, sekeping tauhu anggaran harganya ialah 50sen sekeping. Jika anda hasilkan sendiri di rumah, dengan kos yang sedikit, anda boleh hasilkan banyak tauhu. Boleh kongsi dengan jiran tetangga ataupun dijadikan sumber pendapatan sampingan. Berminat nak buat? Jom lihat cara-cara pembuatan tauhu perkongsian dari saudari Mimi Ly.
BAHAN-BAHAN:
1kg kacang soya – direndam semalaman
10 sudu besar cuka makan – cuka boleh diganti dengan GDL. Fungsinya sama iaitu untuk membekukan soya
2 helai kain bersih – boleh guna kain lampin baru atau kain lain yang bersesuaian
2 buah bekas penapis – sama besar
CARA MEMASAK:
Kisar kacang soya dengan air dengan nisbah 1 cawan kacang soya bersamaan 2 cawan air biasa. Kisar sekali sahaja.
2. Tuang soya yang dikisar ke dalam bekas yang telah dialas menggunakan kain. Perah air soya. Lakukan hingga habis. Hampas soya perlu dibuang.
3. Masukkan air tapisan soya ke dalam periuk besar. Kacau sentiasa hingga keluar bau soya dan berasap-asap. Semasa proses ini, teruskan kacau kerana tak nak bagi soya pecah. Setelah 5 minit, baru padamkan api. Tunggu 5 minit lagi supaya suam sedikit.
Ads
4. Tapis soya sekali lagi. Ia bertujuan untuk membuang sisa hampas yang ada serta menjadikan tauhu cantik dan lembut.
5. Masukkan air soya ke dalam bekas bersesuaian. Biarkan 5 minit dan masukkan cuka makan. Kacau seketika dan biarkan soya menjadi ketulan-ketulan. Anggaran masa dalam 15-20 minit.
6. Selain cuka, boleh juga menggunakan GDL ( serbuk tao fa). Ia boleh dibeli di kedai bakeri. Nisbahnya ialah 30gm GDL dilarutkan dengan 60gm air suam. Kemudian campurkan ke dalam air soya tadi. Tunggu sehingga berketul sama seperti proses menggunakan cuka tadi.
Ads
Sediakan bekas tapis. Alas kain lampin. Di bawah tapis beralas diletakkan satu lagi bekas supaya air lebihan tauhu mudah menitis ke bawah.
7. Tuang bancuhan soya berketul tadi dengan berhati-hati. Tutup kain dengan elok.
Ads
8. Letakkan satu lagi tapis dan juga pemberat. Biar sehingga tauhu sejuk dan bila dibuka, tauhu tidak melekat pada kain.
9. Potong tauhu, simpan dalam bekas berair dan letak dalam peti sejuk.
Nota:
Jika guna kain lampin, pilih kain lampin yang belum digunakan lagi (baru).
Untuk agen pembeku, pilih salah satu sahaja sama ada mahu guna cuka atau GDL. Jangan guna kedua-duanya sekaligus.
Untuk tauhu lebih tahan lama, masukkan 2 sudu makan cuka ke dalam air rendaman tauhu.
Selain hidangan lauk pauk, mestilah kena ada menu sayur. Barulah lengkap hidangan di atas meja makan. Kerabu Pucuk Paku Kerang antara menu berasaskan sayur-sayuran dan makanan laut yang mampu membuka selera seisi keluarga. Nak buat pun tak susah mana. Bahan-bahan pun sikit sahaja. Marilah kita cuba buat Kerabu Pucuk Paku Kerang ‘mengikut’ resipi yang dikongsikan oleh Erny Yusniza Saad
RESIPI KERABU PUCUK PAKU KERANG
BAHAN-BAHAN:
100 g tauge 100 g isi kerang yang sudah direbus Pucuk paku (dicelur) Sedikit belacan*-BELI ONLINE 1 biji cili merah*-BELI ONLINE 7 biji cili padi*-BELI ONLINE 1 sudu teh asam jawa ekstrak* Garam dan gula secukup rasa 1 biji bawang besar* 2 sudu besar kerisik* 3 sudu besar pati santan*
CARA MEMBUAT:
1. Semua bahan bertanda * dikisar tanpa air. Boleh juga guna ‘hand blender.’
2. Masukkan tauge, kerang, kerisik, bahan-bahan yang dikisar tadi dalam mangkuk. Gaul hingga sebati.
3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati. Sedia untuk dihidangkan.
Bawang putih jeruk bukan sahaja menaikkan selera makan bahkan bagi peminatnya, ia merupakan hidangan sampingan yang wajib ada setiap kali waktu makan. Biasanya bawang jeruk ni sedap dimakan bersama nasi kerabu. Teksturnya yang rangup dan rasa sedikit masam memang sedap! Bagi anda yang ank cuba buat sendiri bawang putih jeruk ni, jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
BAWANG PUTIH JERUK HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
20 labu bawang putih | cuci bersih tapi jangan kopek kulitnya.Kukus hingga masak.
1 cawan cuka
2 cawan air
1/2 cawan gula
5 sudu makan garam(cm guna 4 sudu makan sahaja)
CARA MEMASAK:
Satukan air,garam,gula dan garam ke dalam periuk.
Masak hingga mendidih.
Kemudian masukkan bawang putih dan biarkan mendidih sekejap.
Biarkan betul-betul sejuk baru masukkan jeruk ke dalam balang yang kedap udara.
Jika simpan dalam peti sejuk, jeruk dapat bertahan selama 2 bulan tapi jika letak di luar ianya boleh disimpan selama 2 minggu.
Nota: Guna sudu yang bersih setiap kali mengambil jeruk dari balang agar jeruk bawang ini dapat bertahan lama. Selamat mencuba!
Ringkas penyediaannya, namun tetap mampu menambat selera. Sesuai dijadikan hidangan pembuka atau hidangan sampingan untuk dimakan bersama nasi dan lauk pauk lain. Cubalah! Pasti anda sukakannya.
1. KERABU DAGING TIMUN
BAHAN-BAHAN:
300gm daging lembu
1 biji timun } hiris nipis
1 batang lobak merah } hiris nipis memanjang
1 biji tomato } cincang kasar
1 batang serai (ambil bahagian dalamnya) } mayang halus
1 biji bawang besar } mayang halus
1 biji cili merah } mayang halus
6 biji cili padi } hiris nipis
2 sudu makan air perahan limau/limau kasturi
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan sos cili Thai
Garam, lada sulah dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Tabur sedikit garam dan lada sulah pada daging lalu panggang hingga masak. Hiris nipis-nipis. Ketepikan.
Di dalam mangkuk, satukan semua bahan dan gaul rata dan sebati.
Tambah garam dan gula secukup rasa.
Setelah itu, tuang hirisan daging ke dalam mangkuk dan sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Lebih enak dihidangkan setelah kerabu disimpan di dalam peti sejuk selama sejam.
2. KERABU JANTUNG PISANG
BAHAN-BAHAN:
1 biji jantung pisang } rebus empuk dan hiris nipis
½ cawan kelapa parut }putihnya sahaja
2 biji limau kasturi }perah jusnya
1 sudu makan kerisik
Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan B (tumbuk):
4 biji cili merah
4 biji bawang merah (bakar)
3 biji bawang putih (bakar)
3cm belacan bakar
CARA MEMASAK:
Kisar bahan-bahan B hingga lumat dan menjadi pes. Ketepikan.
Di dalam sebuah mangkuk, gaul bahan-bahan bersama kelapa parut, garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati.
Masukkan jantung pisang dan kerisik ke dalam mangkuk tersebut. Gaul lagi hingga sebati.
Akhir sekali, tambahkan perahan jus limau kasturi dan gaul sebati.
Sedia dihidangkan.
Info chef: Untuk rasa lebih asli, tumbuk bahan B menggunakan lesung batu berbanding dikisar menggunakan pengisar makanan.
3. KERABU SOTONG ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
4-5 ekor sotong saiz sederhana } potong dan bersihkan
1 biji tomato }hiris nipis
2 batang kacang panjang }potong pendek
1 biji cili merah } cincang dadu
5 biji cili padi }hiris nipis
1 biji bawang besar }cincang dadu
1 helai daun limau purut }hiris halus
1 batang serai (ambil bahagian dalamnya)} hiris halus
1 sudu makan air perahan limau/limau kasturi
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Tabur sedikit garam pada sotong lalu kukus hingga masak.
Satukan sotong, kacang panjang, tomato, cili merah, cili padi, bawang besar, daun limau purut dan serai di dalam satu mangkuk.
Tambah air perahan limau dan gaul sebati.
Tambah garam dan gula secukup rasa dan gaul hingga semua bahan sebati.
Info chef: Jangan terlebih kukus sotong. Sangat sesuai dijadikan hidangan pembuka selera.
4. KERABU SUHUN SIAM
BAHAN-BAHAN:
200gm suhun
10 ekor udang sederhana besar } bersihkan dan celur
1 biji tomato } cincang kasar
1 biji cili merah } hiris nipis
1 biji bawang besar } mayang halus
3 biji bawang putih jeruk } mayang halus
1 sudu makan sos ikan
2 sudu makan air perahan limau/limau kasturi
Daun ketumbar } cincang halus
Garam dan gula secukup rasa
Bijan – sangai (jika suka)
CARA MEMASAK:
Suhun direndam sebentar dan celur. Toskan.
Satukan suhun, udang, tomato, cili merah, bawang besar, bawang putih jeruk dan gaul rata.
Tambah sos ikan, air perahan limau, garam (jika perlu) dan gula secukup rasa. Gaul sebati.
Tabur cincangan daun ketumbar dan bijan sangai.
5. BENDI BERLADA UDANG KERING
BAHAN-BAHAN:
10 biji kacang bendi|dihiris nipis
1 sudu makan cili kisar
5 ulas bawang putih|ditumbuk halus
3 ulas bawang merah|tumbuk halus
50gm udang kering|ditumbuk halus
3cm belacan
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
10ml minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk sehingga wangi.
Masukkan cili kisar dan belacan. Tumis lagi sehingga cili masak.
Masukkan kacang bendi, garam dan gula secukup rasa.
Tumis seminit atau sehingga bendi menjadi lembut sedikit.
Info Chef: Pilih kacang bendi yang masih muda untuk memastikan ia rangup ketika digoreng.
6.KACANG PANJANG GORENG BELACAN
BAHAN-BAHAN:
10 batang kacang panjang |dipotong pendek
30gm cili kisar
30gm udang geragau |ditumbuk halus
5gm belacan
5 ulas bawang putih |ditumbuk halus
Garam & gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk sehingga wangi.
Masukkan cili kisar dan belacan. Tumis sehingga cili masak.
Masukkan kacang panjang dan tumis beberapa minit.
Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula.
Info Chef: Pastikan sayur kacang panjang tidak dimasak terlalu lama bagi mengekalkan kerangupannya.
7. NANAS TUMIS UDANG
BAHAN-BAHAN:
1 biji nanas
15 ekor udang bersaiz besar |dibuang kulit
50gm udang kering |ditumbuk
2 biji cili merah|dimayang
4 ulas bawang merah|dimayang
2 ulas bawang putih|dimayang
¼ sudu kecil halba campur
Sedikit serbuk kunyit
Garam & gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Bersihkan nenas dan cincang kasar. Tos lebihan air nenas.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan yang telah dimayang terlebih dahulu.
Masukkan pula udang kering dan tumis lagi sehingga wangi.
Masukkan halba campur dan serbuk kunyit.
Masukkan udang dan nenas lalu tumis lagi sehingga semua bahan masak.
Tambah garam dan gula secukup rasa.
Info Chef: Pastikan anda memilih nenas yang mengkal atau tidak terlalu masak
8. SAYUR CAMPUR GORENG
BAHAN-BAHAN:
100gm udang kecil
1 batang lobak merah | dihiris bulat
6 batang kacang peas
5 biji cendawan butang | dihiris nipis
1 biji cili merah|dihiris nipis
4 ulas bawang putih | dicincang
30gm sos tiram
30gm tepung jagung|dibancuh sedikit air
15gm lada sulah
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih sehingga wangi.
Masukkan sos tiram, udang dan kesemua jenis sayur-sayuran. Tambah sedikit air dan didihkan beberapa minit.
Kajian menunjukkan teh daun jambu batu mampu merencatkan virus H1N1 hingga 5 kali lebih kuat daripada teh hijau. Ketahui cara penyediaannya untuk bantu rawat influenza secara semula jadi.