
Resipi sambal belacan kisar yang boleh buat stok selama 2 minggu. Istimewa resipi perkongsian saudari Mariana Abd Majid ni ialah tidak menggunakan tomato dan bawang tetapi rasanya tetap sama seperti sambal belacan tumbuk. Nak cuba? Ini bahan-bahan yang diperlukan.
SAMBAL BELACAN KISAR
BAHAN-BAHAN:
- 5-6 batang cili merah – boleh buang biji jika suka
- Cili padi secukupnya – boleh buang biji jika suka
- Belacan – banyak lebih sedap
- Air asam jawa pekat – perah guna air suam
- 7-8 biji limau kasturi – ambil jus
- 2 biji limau kasturi – belah 4, buang biji
- Gula dan garam kasar secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Bersihkan cili padi dan cili merah. Masukkan ke dalam pengisar. Jumlahnya ikut citarasa dan ikut kepedasan yang nak. Jika kurang pedas, lebihkan cili merah. Jika nak lebih pedas, banyakkan jumlah cili padi.
2. Masukkan belacan, air asam jawa pekat, hirisan limau kasturi dan jus perahan limau kasturi.

3. Tambahkan juga gula dan sedikit garam kasar. Kisar sekejap-sekejap (on-off-on-off) jangan sampai lumat.

4. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Mariana Abd Majid
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Dah Jemu Dengan Sambal Biasa-Biasa Aje. Ni Dua Sambal Merecik Air Liur.

Asyik sambal belacan dengan sambal ikan bilis aje. Jom masak sambal special sikit Ni dua resipi dari Hotel The Pearl, KL.
Ni kalau makan dah tak toleh ke mana dah. Iyalah nak makan kenalah pandang depan kan.
1. SAMBAL TUMBUK BUNGA KANTAN

BAHAN-BAHAN :
- 1 kuntum bunga kantan
- 3 biji bawang kecil
- 1 ulas bawang putih
- 30 gm ikan bilis (Jika suka digoreng dahulu)
- 10 biji cili padi
- 1 biji jus limau nipis
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Satukan semua bahan di atas dan tumbuk menggunakan lesung batu hingga lumat.
2. Simpan di dalam peti sejuk
Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 5 minit
Cara memasak : Dihidang mentah
Jenis masakan : Sambal
Keistimewaan : Sambal ini tidak ditumis dan dihidang mentah
INFO CHEF : Sedap dimakan bersama nasi putih sahaja. Jika buat lebih bakinya boleh dijadikan rencah nasi goreng bunga kantan.
2. SAMBAL JERING BERLADO IKAN TALANG MASIN

BAHAN-BAHAN :
- 10 biji jering /dibuang kulit dan belah dua
- 100 gm ikan masin talang /digoreng terlebih dahulu
Bahan dikisar:
- 10 biji cili merah
- 10 biji cili padi
- 2 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar
- 1 biji jus lemon
- Gula secukup rasa
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan kisar sampai naik bau dan pecah minyak.
2. Masukkan jering dan ikan talang masin yang telah digoreng tadi.
3. Gaul sebati dan masukkan sedikit garam dan gula dan masukkan jus lemon yang telah diperah.
4. Sedia untuk dihidang.
Saiz hidangan : 3- 4 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Sambal
Keistimewaan : Jangan dikisar terlalu halus, seeeloknya cili ditumbuk kasar sahaja
INFO CHEF :Pilih jering yang tua kerana rasanya lebih enak. Jering dipercayai mempunyai khasiat kesihatan dan nilai perubatan.
Resipi Sambal Daun Cekur, Menu Kampung Paling Sedap & Mudah

Sambal Daun Cekur, resipi sambal yang mudah, sedap dan membuka selera yang anda patut cuba. Hanya menggunakan bahan-bahan yang ringkas, sambal ini tentunya patut dicuba.
Penambahan hirisan daun cekur menaikkan lagi rasa enak hidangan ini. Jom cuba resipi perkongsian saudari Surina Abadi. Anda pasti sukakannya.
CARA MASAK SAMBAL DAUN CEKUR SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:
1/2kg cili api
2 genggam ikan bilis – dibersihkan – beli online disini
5 ulas bawang putih – beli online disini
6 biji bawang merah – beli online disini
Sedikit air
Minyak masak
Gula secukup rasa
Kiub pati ikan bilis secukupnya – beli online disini
Daun cekur – hiris

CARA MEMASAK:
1.Masukkan cili api, ikan bilis, bawang putih dan bawang merah ke dalam blender. Tambahkan sedikit air dan kisar kasar.
2. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis bahan kisar tadi hingga pecah minyak.
3. Masukkan sedikit gula dan kiub pati ikan bilis dengan secukupnya mengikut cita rasa masing-masing.
4. Akhir sekali masukkan hirisan daun cekur. Gaul sebati.

5. Sambal Daun Cekur siap dimasak dan sedia untuk dinikmati.
6. Hidangan ini enak dimakan bersama nasi putih panas.

Kredit resipi & foto: Surina Abadi
Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Nasi Beriani Ayam Telur Rebus Sedap, Sebutir-Sebutir Nasinya Memang Gebu
Resipi Tauhu Bergedil Berlauk, Cicah Sambal Kicap Memang Padu
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Stok Petai Banyak? Jom Buat Sambal Bubuh Petai, Mesti Mantap

Selain dijadikan ulam, petai sebenarnya mampu membuatkan hidangan sambal anda bertambah mantap. Walaupun berbau, tapi
rasa petai yang sukar nak digambarkan itu boleh meningkatkan selera makan. Petai pun bukan main harganya sekarang ni kan?
SAMBAL SOTONG PETAI

Bahan-bahan
300 gram sotong (dibersihkan dan hiris bulat)
150 gram isi petai
1/2 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang merah (dikisar halus)
3 ulas bawang putih (dikisar halus)
2 cm halia (dikisar halus)
6 tangkai cili kering (dikisar halus)
1 sudu makan air asam jawa
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak untuk menumis
Cara membuat
1. Panaskan kuali, tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak.
2. Masukkan petai dan hirisan bawang besar, kacau lagi.
3. Kemudian masukkan sotong, air asam jawa, sos cili dan sos tiram.
4. Biarkan mereneh lebih kurang tiga minit.
5. Akhir sekali lengkapkan rasa dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
6. Angkat dan hidangkan
SAMBAL GORENG PETAI BILIS

Bahan-bahan
100 gm ikan bilis
2 papan petai (kikis kulit dan hiris)
5 tangkai cili merah (kisar)
5 tangkai cili padi (kisar)
3 ulas bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih
1 biji bawang merah (hiris bulat)
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
Cara membuat
1) Panaskan minyak, goreng ikan bilis sehingga garing dan ketepikan.
2) Goreng petai seketika. Angkat dan ketepikan.
3) Keluarkan minyak masak tapi tinggalkan sedikit untuk menumis.
4) Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan air asam, garam, gula dan perasa secukupnya.
5) Kecilkan api, biarkan tumisan garing.
6) Akhir sekali masukkan ikan bilis dan petai goreng, gaul rata dan tutup api.
SAMBAL TEMPOYAK PETAI BILIS

Bahan-bahan
4 genggam ikan bilis (dibersihkan)
2 batang serai (dititik)
4 papan petai masak (dikupas dan belah dua)
1 helai daun kunyit (diracik halus)
1 senduk tempoyak
1 sudu makan gula
Sedikit minyak masak
2 helai daun kesum (diracik)
Garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar
8 tangkai cili kering
10 biji cili padi
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup (boleh guna serbuk kunyit)
Cara membuat
1) Goreng seketika ikan bilis. Angkat dan toskan minyak masak.
2) Dengan menggunakan baki minyak gorengan tadi, tumis semua bahan kisar dan serai sehingga wangi dan garing.
3) Masukkan tempoyak diikuti hirisan daun kunyit dan daun kesum.
4) Perasakan dengan garam dan gula. Kacau sebati sehingga naik bau.
5) Masukkan petai dan masak seketika. Padamkan api dan masukkan ikan bilis. Gaul rata.
6) Sedia untuk dihidangkan.
SAMBAL UDANG PETAI

Bahan-bahan
400 gram udang kuning
1 biji bawang besar (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
1 senduk kecil cili kisar (ikut selera pedas masing-masing)
½ cawan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Cara membuat
1) Panaskan minyak masak dan goreng udang seketika. Angkat dan ketepikan.
2) Kemudian tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dikisar bersama cili kisar. Biarkan sehingga cili benar-benar masak
dengan api perlahan.
3) Masukkan gula dan kacau rata sebelum memasukkan petai, air asam jawa dan garam.
4) Akhir sekali masukkan udang dan sedikit bawang merah yang telah dipotong bulat sehingga layu. Tutup api dan sedia dihidang.
Selamat mencuba!

