Bunga kantan adalah antara herba Melayu yang menjadi kegemaran ramai. Mana tidaknya, bahan ini memang pelbagai guna. Ia merupakan bahan penting dalam penghasilan kuah laksa, nasi kerabu, asam pedas, air asam dan banyak lagi. Malah letak dalam nasi goreng pun sedap. Berikut adalah resipi- resipi yang menggunakan bunga kantan yang anda boleh cuba. Sedap semuanya!

 

RESIPI LAUK PAUK MENGGUNAKAN BUNGA KANTAN

 

1. ASAM REBUS IKAN SUSU

Koleksi Resipi Lauk Pauk Mudah Yang Sedap Kalau Masak Guna Bunga Kantan

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg Ikan Susu | buang sisik, bersih dan toskan
  • 3 sudu makan pes cili kering
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 2 hirisan lengkuas | titik
  • 3 keping asam gelugor
  • 1 batang bunga kantan | belah dua
  • 5 tangkai daun kesum
  • 4 biji kacang bendi
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan air di dalam periuk secukupnya,masukkan asam gelugor, hirisan lengkuas dan bawang besar.
  2. Kemudian masukkan pes cili kering, kacau rata.
  3. Renehkan atas dapur, apabila kuah mendidih masukkan ikan, bunga kantan dan daun kesum.
  4. Selepas dua minit perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
  5. Setelah cukup rasa, masukkan kacang bendi.
  6. Apabila sudah layu, tutup api dan hidangkan.

INFO CHEF:  Asam Rebus ini sangat sesuai untuk anda yang berdiet kerana tidak menggunakan minyak langsung.

 

2. AYAM GORENG CILI BUNGA KANTAN

Koleksi Resipi Lauk Pauk Mudah Yang Sedap Kalau Masak Guna Bunga Kantan

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 500gm isi dada ayam | hiris kecil, bersih dan tos
  • 2 batang bunga kantan | hiris
  • 1 biji bawang besar | potong dadu
  • 3 ulas bawang putih | cincang halus
  • 3cm halia muda | hiris halus
  • 2 batang serai | hiris halus
  • 8 biji cili padi | hiris halus
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ayam dengan sedikit garam, serbuk kunyit dan lada sulah. Perap 10 minit.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
  4. Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga naik bau.
  5. Kemudian masukkan ayam yangtelah digoreng, hirisan bunga kantan dan cili.
  6. Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya. Kacau rata.
  7. Tutup api, hidangkan panas-panas.

INFO CHEF: Enak, pedas dan kaya dengan aroma bunga kantan. Selain ayam, anda boleh juga menggunakan daging.

 

3. ASAM PEDAS IKAN PARI

Koleksi Resipi Lauk Pauk Mudah Yang Sedap Kalau Masak Guna Bunga Kantan

BAHAN-BAHAN:

  • 800gm ikan pari | cuci bersih dan tos
  • 1 biji terung bulat | belah empat
  • 1 kuntum bunga kantan | belah empat
  • 3 tangkai daun kesum | asingkan dari tangkai
  • 150gm pes cili kering
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 500ml air
  • Air asam Jawa secukupnya
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis

BAHAN KISAR:

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3cm halia

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Panaskan minyak,  tumis bahan kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan  pes cili dan kacau lagi.
  3. Seterusnya masukkan  serbuk lada hitam, daun kesum, bunga kantan.
  4. Diikuti pula dengan memasukkan air asam Jawa, air .
  5. Apabila mendidih masukkan ikan pari.
  6. Setelah mendidih, perasakan dengan garam dan perasa secukupnya.
  7. Kecilkan api dan masukkan terung.
  8. Biarkan kuah mereneh hingga sedikit pekat dan pecah minyak.
  9. Tutup api dan asam pedas sedia dihidangkan.

 

4. KERABU DAGING MENTAH 

Koleksi Resipi Lauk Pauk Mudah Yang Sedap Kalau Masak Guna Bunga Kantan

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging batang pinang
  • 6 biji limau nipis
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS:

  • 2 batang serai
  • 1cm lengkuas
  • 1cm halia
  • 3 biji cili merah
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 4 ulas bawang merah

BAHAN MAYANG HALUS:

  • 4 helai daun limau purut
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji cili merah
  • 2 batang serai
  • 1 kuntum bunga kantan

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Bersihkkan daging dari sebarang lemak dan urat.
  2. Hiris nipis kemudian cincang halus.
  3. Cuci hingga bersih dan toskan airnya.
  4. Kemudian masukkan daging dalam mangkuk besar bersama bahan kisar halus.
  5. Gaul rata, kemudian perahan jus limau nipis.
  6. Tambahkan garam dan gula secukup rasa dan gaul lagi.
  7. Perapkan lebih kurang lima minit supaya semua bahan sebati dengan daging.
  8. Akhir sekali masukkan bahan hirisan, gaul sekali lagi.
  9. Setelah siap dan cukup rasa boleh hidangkan kerabu ini.

 

 

5.  ASAM REBUS IKAN

Koleksi Resipi Lauk Pauk Mudah Yang Sedap Kalau Masak Guna Bunga Kantan

BAHAN-BAHAN:

  • 2 ekor ikan kembung
  • 4 keping asam gelugur
  • 3 tangkai daun kesum
  • 1/4 biji nanas | dipotong kecil
  • Sedikit kunyit hidup | ditumbuk
  • 1 kuntum bunga kantan | dibelah dua
  • 4 biji cili merah | ditumbuk halus
  • Sedikit belacan | ditumbuk halus
  • 2 biji bawang merah | ditumbuk halus
  • 1 ulas bawang putih | ditumbuk halus
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan ikan. Jika guna ikan bersaiz besar, potong kecil.
  2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak sehingga air mendidih.
  3. Apabila ikan kelihatan masak, perasakan dengan garam serta gula dengan secukup rasa.
  4. Siap untuk dihidangkan. 

 

6. ASAM TEMPOYAK  BATANG  KELADI 

Koleksi Resipi Lauk Pauk Mudah Yang Sedap Kalau Masak Guna Bunga Kantan

BAHAN-BAHAN:

  • 3-4  pokok Keladi Kemahang muda
  • 3 sudu makan tempoyak
  • 6 pucuk daun kesum
  • 1 kuntum bunga kantan
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya
  • 1 keping asam gelugor | jika tempoyak kurang masam
  • Sedikit ikan bilis

BAHAN KISAR:

  • 10 biji cili padi
  • 3cm kunyit hidup

CARA MEMASAK:

  1. Buangkan kulit ari batang keladi dan potong 4cm. Isi keladi buang kulit dan potong dadu.
  2. Masukkan dalam periuk bahan kisar, asam tempoyak dan air, kemudian kacau rata.
  3. Masukkan batang keladi, ikan bilis dan renehkan di atas api sederhana.
  4. Setelah isi keladi empuk dan batangnya layu, masukkan asam keeping jika kurang masam.
  5. Seterusnya masukkan daun kesum, bunga kantan dan perasa dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Tutup api dan sedia dihidangkan panas-panas.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI