Bila tiba raya, hidangan lemang dan ketupat palas semestinya antara yang wajib ada. Tanpa hidangan ni, tak lengkap raya tau. Bagi anda yang teringin nak cuba buat Ketupat Palas untuk raya tahun ni, resipi perkongsian saudari D’Iris Marissa Maria ni boleh dicuba. Sangat sedap dimakan dengan rendang ataupun nisan cair ( manisan cair).
RESIPI KETUPAT LEMAK / TAWAR
BAHAN-BAHAN:
1kg beras pulut
1/2kg santan pekat
1 cawan air
1 sudu makan garam kasar
2 sudu makan gula
Daun palas secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Beras pulut dibersihkan dan rendam selama 12 jam. Kemudian kukus hingga masak.
Ads
2. Campurkan santan bersama air. Kemudian masak santan tersebut bersama gula dan garam hingga mendidih.
3. Masukkan pulut yang baru siap dikukus ( panas-panas) ke dalam bekas bersesuaian dan masukkan santan. Gaul hingga sebati dan biarkan seketika.
4. Bila pulut telah sejuk, bolehlah dibalut dan dibungkus menggunakan daun palas. Lakukan hingga habis.
5. Setelah siap, ketupat boleh dikukus atau direbus seketika supaya rasanya lebih sedap dan tahan lama.
INFO RASA: Setelah siap dibungkus, ketupat palas juga boleh digoreng. Ikut citarasa masing-masing.
Kalau petang hari dihidangkan kuih kasturi bersama kopi atau teh hangat memang layan! Kuih kasturi masih popular dan dikenali ramai hingga kini. Admin yang Gen Z pun kenal kuih ni tau. Sedap sangat kuih ni kalau kena dengan cara pembuatannya. Asyik beli frozen je apa kata kalini cuba buat sendiri? Resipi ni telah dikongsikan oleh Norul Ashikin Osman di Facebook. Tunggu apa lagi tu? Jom cuba!
KUIH KASTURI
BAHAN-BAHAN:
INTI
1 cawan kacang hijau.. Rendam 2 jam
3 cawan air
Kelapa parut 1/2 cawan
Gula 1/2 cawan (kurangkan kalau taknak manis)
Garam sedikit
Tepung gandum 1/3 cawan
CARA PENYEDIAAN:
-Rebus kacang dengan air sampai lembut.. kalau andai kata kacang dah lembut tapi air masih banyak, buang sikit2 air tu.
– Masuk gula, garam, kelapa gaul2 sekejap.. akhir sekali masuk tepung gaul2 bagi sebati.. Tutup api.. Sejukkan dlu…
-Masa nak bentukkan dia tangan letak minyak bagi kurang melekat kat tapak tangan..bentukkn bulat comel.. Leperkan.
BANCUHAN SALUT TEPUNG
Tepung gandum 1 cawan
Tepung beras 1/3 cawan
Garam
Serbuk kunyit sedikit sahaja
Air secawan.. (masuk sikit2. Bancuhan jangan cair jangan pekat sangat)
Melalui facebook RASA Share Resipi, Suraya Cheeszif berkongsi resipi bingka ubi yang telah dicubanya. Resipi ini dikatakan diambil daripada Rosmini Rozi, Resipi Dapur Bidadari. Jom kita cuba juga.
Selera orang lama tapi kuih bingka ubi ini memang sungguh lejen. Rasanya lemak manis dan sangat sedap. Kuih bingka ubi ini tidak keras. Lembut dan mudah dimakan bagi setiap peringkat usia. Memang sesuailah untuk dijadikan hidangan minum petang.
KUIH BINGKA UBI
Jom minum petang.
BAHAN-BAHAN
2 kg ubi kayu
1 cawan gula pasir
2 biji telur ayam
Gula secukup rasa
1/2 sudu garam (BELI DI SINI)
Beberapa titik pewarna kuning
2 sudu besar minyak masak (untuk sapu pada loyang)
1 1/2 cawan santan pekat (BELI DI SINI)
2 sudu besar minyak masak (untuk campur dalam adunan)
Sedikit mentega (untuk tabur atas kuih sebelum dibakar) (BELI DI SINI)
CARA MEMBUAT
1. Kisar ubi bersama air dan tapiskan. Air tapisan boleh digunakan untuk mengisar ubi yang lain. Air tapisan dibuang. Ambil ubi parut yang sudah dibuang airnya sebanyak 4 cawan.
2. Campurkan 4 cawan ubi parut yang dibuang air ini dengan ubi parut yang lain dalam mangkuk.
3. Masukkan telur ayam, gula, garam, pewarna kuning dan minyak masak. Kacau sebati.
4. Tuang santan sedikit-sedikit sampai adunan menjadi sebati.
5. Sapukan loyang dengan minyak masak. Panaskan oven ke suhu 200 darjah api atas dan bawah
6. Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz 8 inci.
7. Taburkan mentega di atas adunan.
8. Bakar selama 45 minit hingga 1 jam atau bergantung pada oven masing-masing.
9. Potong apabila sudah sejuk.
Wow!
.
Tu diaaaa. Dah sejuk, boleh potong.
.
Sedap sungguh!
.
Selamat mencuba!
Sumber facebook: Suraya Cheeszif
Kredit Rosmini rozi, Resipi Dapur Bidadari
Bila musim durian, macam-macam menu yang boleh dihasilkan guna raja buah ni. Mana tidaknya, bila dah banyak, jelak juga kalau makan macam tu je. Salah satu kuih yang sedap kalau guna durian ialah bingka. Lemak-lemak manis, memang layan. Menerusi perkongsian Puan Salmah Saad, beliau berkongsi resipi kuih Bingka Durian yang paling mudah nak buat. Sukat guna cawan je tak perlu timbang pun. Hasil nampak sedap! Jom cuba.
BINGKA DURIAN PALING SEDAP!
BAHAN-BAHAN:
1 ½ cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan santan
1 cawan susu cair
1 cawan air
3 biji telur
1 cawan isi durian
Secubit garam
Bijan secukupnya
Sedikit pewarna kuning
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan ( kecuali bijan) ke dalam pengisar. Kisar hingga sebati.
2. Ambil loyang bersesuaian dan oles sedikit minyak.
3. Tuang adunan bingka tadi ke dalam loyang. Hentak-hentak sedikit supaya adunan sekata. Tabur bijan dengan secukupnya.
4. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 1 jam menggunakan api atas bawah.
5. Angkat dan sejukkan seketika. Kemudian boleh dipotong dan dinikmati.