Jeruk buah-buahan terutamanya mangga, memang sedap. Jika dibeli kebanyakannya menggunakan bahan pengawet supaya jeruk yang dihasilkan tahan lama. Namun ia tidak bagus untuk kesihatan. Bagi anda yang terasa nak makan, boleh hasilkan sendiri dan cuba resipi perkongsian saudari Nor Shakinah Md Zainal ni. Mudah dan memang tak guna sebarang pengawet berbahaya. Selamat mencuba!
JERUK MANGGA EPAL
BAHAN-BAHAN:
Ads
1 plastik buah mangga epal ( RASA: Anggaran dalam 15-20 biji)
2 genggam garam kasar
1 sudu makan kapur makan – dibancuh dengan air
1 kg gula
3 cawan air
2 balang plastik besar
CARA PENYEDIAAN:
1. Basuh buah mempelam dan potong ikut kreativiti. Lebih sedap jika dikupas kulit. Basuh sekali lagi dan toskan airnya.
2. Isi hirisan mempelam dalam balang dan masukkan garam kasar anggaran 1 genggam untuk satu balang besar seperti dalam gambar. Peram semalaman dalam peti sejuk. Esoknya, sejatkan air.
3. Isikan kembali mempelam dalam balang. Buat air kapur. Ambil 1 sudu makan kapur dan bancuh dengan air. Jumlah air anggaran tenggelam buah. Tuang dalam balang. Peram selama 6- 12 jam.
4. Untuk kuantiti mempelam sebanyak 1 plastik tadi, guna 1 kg gula dan masak dengan 3 cawan air. Jika nak lebih air pun boleh. Setelah gula larut, sejukkan.
Ads
5. Ambil mempelam yang direndam air kapur, basuh bersih dan toskan airnya. Isikan ke dalam balang dan masukkan air gula. Tidak mengapa jika mempelam tidak tenggelam kerana nanti buah tadi akan berair sendiri.
6. Hasil mempelam yang direndam dengan air gula. Simpan dalam peti sejuk semalaman sebelum boleh dinikmati pada keesokan harinya.
Tak susah pun nak buat kudapan untuk dimakan di rumah. Paling penting kudapan yang dibuat sendiri lebih terjamin kesihatannya dari segi bahan-bahan yang digunakan sebagai ramuan. Korang boleh pantau jumlah gula dan garam yang hendak digunakan.
Kali ni RASA nak kongsi resipi kudapan berupa maruku cheese yang rasanya manis dan berlemak. Sedap sangat tau. Senang pulak tu nak buat. Bahan-bahan yang digunakan pun simple je. Bolehlah cuba. Bukan orang dewasa je suka, kanak-kanak pun suka makan maruku macam ni.
MARUKU CHEESE
Bahan-Bahan 175 gram tepung beras pulut 250 gram krim keju 100 gram gula ising 1 biji telur ayam 60 gram air 1/2 sudu teh garam Minyak masak untuk menggoreng
Cara memasak 1. Satukan tepung beras pulut, krim keju dan gula ising. Gaul rata. 2. Kemudian masukkan telur ayam dan air. Perasakan dengan garam. 3. Adun sehingga sebati dan tidak berketul. 4. Masukkan adunan maruku ke dalam acuan dan goreng dalam minyak menggunakan kepanasan sederhana. 5. Angkat maruku setelah ia kelihatan kekuningan.
Ayam Popcorn rangup memang menjadi kegemaran anak-anak. Senang nak disediakan anak-anak pun puas makan kalau buat sendiri.
Mak ayah pun boleh tumpang sekali, makan panas-panas dengan cili sos dan mayonis sangatlah sedap.
Isi ayam yang dipotong kecil dan digoreng ranggup dengan bahan perapan yang istimewa. Saiz yang kecil seakan popcorn membuatkan ia senang dikunyah terutama kanak-kanak.
Boleh juga buat banyak-banyak dan bekukan. Simpan stok dalam peti sejuk anak-anak nak makan boleh goreng dalam air fryer.
AYAM POPCORN
BAHAN-BAHAN:
7 Ketul isi ayam (potong dadu)
BAHAN-BAHAN 1:
* 6 ulas bawang putih
* 2 batang serai
* 1 sudu kecil lada hitam
* halia seinci
BAHAN-BAHAN 2
4 tangkai daun kari
2 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk kari daging
BAHAN-BAHAN 3:
2 biji telur
BAHAN-BAHAN 4:
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 sudu teh soda bikarbonat
Garam secubit
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan ayam yang sudah dipotong dadu bersama garam dan kunyit.
2. Kisar bahan bertanda * dengan sedikit air. Tuangkn bahan kisar ke dalam ayam tadi. Masukkan bersama bahan ke 2 gaul sebati. Perapkn sejam @ lebih.
3. Pecahkan telur dalam bekas asing.
4. Satukan bahan 4 dan gaul sebati
5. Celup isi ayam satu ke dalam telur kemudian celup ke dalam tepung. Terus masukkan ke dalam minyak panas satu persatu. Buka api perlahan goreng sehingga masak dan tos.
Kredit: norhayu hanafi
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...