Cara-Cara Buat Inti Karipap Sardin Yang Mudah & Sedap.

Share

Inti sardin ni tak susah pun untuk membuatnya. Jika tahu cara dan teknik yang betul, karipap sardin yang anda buat pasti kelihatan elok dan tidak bocor ketika digoreng. Terasa nak cuba? Ha…Jom kita lihat cara-cara membuat inti sardin

untuk karipap perkongsian FB Che Kelly Muhamad. Malah jika ada lebihan, anda juga boleh gunakan inti yang sama untuk menghasilkan Sardin Roll, Roti Goreng, Popia dan sebagainya. Just be creative. Selamat mencuba!

CARA BUAT INTI KARIPAP SARDIN

BAHAN-BAHAN:

  • 4 tin sardin | asingkan kuah dan isi ikan
  • 6 ulas bawang putih | ditumbuk
  • 5 biji bawang merah besar | dihiris
  • Minyak untuk menumis
  • Serbuk cili secukupnya
  • Garam, gula dan perasa secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih seketika.

2. Kemudian masukkan masukkan bawang besar. Tumis hingga layu.

 

3. Seterusnya masukkan serbuk cili, garam, gula dan serbuk perasa. Jika mahu letak cili boh atau cili api pun boleh. Masak hingga sebati.

4. Masukkan ikan sardin yang telah ditapis kuahnya. Lenyek hingga sedikit hancur.

5. Setelah berpuas hati dengan rasa serta semua bahan telah masak sepenuhnya, tuang inti sardin ke dalam bekas berlubang. Tujuannya untuk menapis lebihan cecair yang ada pada inti. Jika tidak, bila inti diisi pada doh, kulit karipap akan berlubang dan bocor kerana intinya basah.

6. Setelah inti sardin sejuk, bolehlah disudukan pada kulit karipap dan kelim dengan kemas.

7. Sedia untuk digoreng dan dinikmati.

Info chef: 1 tin sardin boleh menghasilkan inti untuk 30-35 biji karipap bergantung pada jumlah yang anda isi.

 

Kredit resipi & gambar: Che Kelly Muhamad

Klik sini untuk resipi  KULIT KARIPAP RANGUP

 

IKLAN