Bahulu adalah antara kuih tradisional yang sentiasa menjadi kegemaran ramai. Jika dulu-dulu, kuih ni dibakar menggunakan sabut namun sekarang anda boleh hasilkannnya hanya dengan menggunakan ketuhar elektrik. Memang sedap kalau dapat makan panas-panas. Jom cuba!
BAHULU CERMAI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Ads
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
5 biji telur – gred A, B atau C
Sedikit esen vanilla
CARA MEMASAK:
1. Satukan telur dan gula. Kemudian pukul guna pengadun selama 5 minit hingga kembang pekat.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi selama 2 minit. Masukkan juga esen vanilla. Kacau rata.
3. Panaskan ketuhar dan acuan terlebih dahulu pada suhu 200C selama 10 minit. Acuan perlu dipanaskan buat kali pertama sahaja bagi tujuan supaya bahulu tidak melekat.
4. Sapu minyak masak pada acuan dan tuang adunan bahulu tadi.
5. Bakar pada suhu 200C selama 12 minit. Letak acuan di atas tray pemanggang pada bahagian tengah ketuhar. Bakar guna api atas bawah.
Ads
6. Bila masak, keluarkan bahulu dan sejukkan. Sapu minyak pada acuan dan tuang kembali adunan. Ulang langkah sampai habis. Satu adunan akan dapat dalam 48 biji bahulu.
Donat gebu rasa pandan yang harum wangi memang menambat selera. Warna hijau yang menarik dan lebih rasa lemak dengan tambahan bahan susu tepung. Nak cuba buat untuk minum petang ni? Memang sesuai sangat. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
DONAT PANDAN SUSU
BAHAN-BAHAN
1 sudu kecil garam
500gm tepung roti
11gm yis
10gm bread improver
20gm susu tepung
50gm gula pasir
2 biji telur gred A
80gm butter atau marjerin
160gm air sejuk
2 sudu kecil pes pandan
Susu tepung untuk salut donat
CARA MEMASAK:
1. Campurkan semua bahan-bahan dalam mangkuk mixer kecuali air sejuk.
2. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit. Uli sampai jadi doh yang licin.
3. Asingkan kepada doh kecik dan timbang setiap satu 50gm.
4. Bulatkan dan canai sedikit dan ambik penutup botol tekan bahagian tengah doh.
5. Tunggu doh naik sedikit dan boleh di goreng menggunakan api perlahan.
6. Salutkan dengan susu atau gula halus. Sedia untuk dinikmati.
Bahulu, antara kuih tradisi yang masih mendapat sambutan. Sama ada untuk makan ataupun dijadikan sebagai goodiespada majlis kahwin, bahulu memang sedap dimakan.
Tetapi untuk menghasilkan bahulu yang menjadi dengan cantik dan lembut, tidak semudah yang disangkakan.
Menerusi perkongsian daripada Sakinah Zulkefle ini, petuanya ialah menggunakan sukatan bahan yang betul. Malah bekas pun kena guna yang sama tau.
PETUA:
1. Pastikan guna tepung 1kg sahaja, bukan 850gm. Contoh tepung boleh refer di gambar. Saya guna cap kompang dan tank biru (1kg). Tank hijau 850gm TAK BOLEH guna ya, punca bahulu tak jadi. Boleh juga cuba tepung-tepung sekilo yang lain, bergantung pada harga di tempat masing-masing. 2. Gula pastikan TAK BASAH (kadang-kadang kan kita beli ada yang nampak lembab. Jadi punca bahulu bantat). Saya selesa guna gula prai/hijau. CSR boleh juga tapi pernah terbeli yang lembab, bahulu tak jadi.
BAHULU
BAHAN-BAHAN:
(pastikan semua mangkuk yang sama. Contoh kalau guna mangkuk taufufa, pastikan semua bahan gunakan sukatan mangkuk yang sama)
1 ½ mangkuk tepung gandum (saya TAK SANGAI, tapi kalau nak sangai pun boleh) – beli online di sini 1 mangkuk gula – beli online di sini 1 mangkuk telur saiz A @ B
1. Putar telur dan gula dalam seminit, agak-agak gula hancur. 2. Biarkan seketika dalam 2-3 minit kemudian putar semula sehingga gula dan telur kembang (anggaran 8-10 minit). 3. Panaskan acuan dalam tempoh yang sama ketika putar telur dan gula buat kali kedua (anggaran 8-10 minit juga/pastikan acuan dipanaskan dengan baik. Jika tidak nanti tepung melekat pada acuan).
4. Hentikan mixer untuk letak tepung. Kemudian putar semula tepung untuk sebatikan dengan gula dan telur sambil kacau dengan senduk. Tak perlu terlalu lama nanti adunan bantat. 5. Sapukan minyak pada acuan yang telah dipanaskan. Isi adunan tepung ke dalam acuan. 6. Bakar bahulu selama 8-10 minit atau ikut ketuhar masing-masing dengan menggunakan suhu 180°C dan api atas bawah.
7. Pastikan setiap kali nak letak adunan ke acuan, sapu minyak terlebih dahulu. Bukan sekali sapuan pada mula-mula sahaja. 8. Untuk basuhan acuan, pastikan acuan betul-betul sejuk baru diletakkan air atau terus basuh setelah acuan sejuk agar acuan tidak melekat untuk kegunaan masa hadapan.
Teringin nak makan donut yang sedap? Resipi DonatPandan Susu yang gebu dan ada wangi bau pandan perkongsian saudari Zaimah Zakaria ni memang anda kena cuba. Lebih istimewa sebab donut ni ada rasa yang lebih lemak sebab ada guna susu tepung. Memang terbaik! Nak cuba buat untuk minum petang ni? Memang sesuai sangat. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Singgang tumis ikan selar, antara lauk ringkas yang pastinya membuka selera. Selain direbus, masak singgang ada banyak jenis, ramai yang tak tahu ada juga...