Cara buat teh moringa dari daun segar ini memang mudah sangat, tak perlu dijemur atau diproses pun. Rebus saja sudah cukup, malah khasiatnya lebih tinggi berbanding serbuk atau teh sachet yang dijual di pasaran.

Kalau anda ada tanam pokok moringa atau pokok kelor di rumah, rugi kalau tak manfaatkan. Daun moringa terkenal sebagai superfood kerana kaya vitamin, mineral, antioksidan dan sifat antiradang yang baik untuk tubuh.

Malah bukan sahaja daunnya, buah, bunga, akar dan minyaknya juga digunakan dalam rawatan tradisional untuk pelbagai penyakit.

Ads

Cara Buat Teh Moringa Dari Daun Segar

  • Petik 4–5 pelepah daun moringa yang segar.
  • Basuh bersih dengan air mengalir dan toskan.
  • Didihkan 2 gelas air dalam periuk. Masukkan 2 cawan daun moringa ke dalam air mendidih.

Cara Buat Teh Moringa Dari Daun Segar. Lebih Tinggi Khasiat & Jimat Dari Beli Sachet

  • Rebus sekejap saja, 2–3 minit hingga daun lembut. Tutup api.
  • Biarkan periuk bertutup selama 10 minit supaya khasiat dan aroma meresap.
  • Sedia untuk dihidang. Boleh tambah hirisan lemon, madu atau stevia ikut selera.

TIP: Jangan rebus terlalu lama kerana khasiat vitamin boleh berkurang bila terkena haba tinggi.

Khasiat Daun Moringa

Cara Buat Teh Moringa Dari Daun Segar. Lebih Tinggi Khasiat & Jimat Dari Beli Sachet

-Kaya vitamin C, A, B6, kalsium & zat besi – tingkatkan imuniti, kesihatan mata & beri tenaga.

-Mengandungi antioksidan & fitokimia, membantu melawan radang, elak penuaan awal & sokong jantung sihat.

Ads

-Kajian menunjukkan ia boleh bantu rendahkan kolesterol LDL, gula dalam darah & stabilkan tekanan darah.

-Baik untuk kulit kerana sifat antiradangnya mengurangkan masalah jerawat dan inflamasi.

Lebih jimat dan berkhasiat bila buat sendiri teh daun moringa segar di rumah, tak perlu beli teh sachet mahal di kedai!

Ads

Kredit Info & Foto: Harun Arun

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

Dapatkan resipi, cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI