
Sedapnya Tauhu Telur atau Tauhu Jepun ni. Macam-macam menu boleh dimasak menggunakan bahan ini. Boleh dimasak sup, dijadikan inti dumpling atau dimasak bersama sayur pun sedap. Di Malaysia, Tauhu ini mudah diperolehi di pasaraya namun jika tinggal di luar negara atau nak cuba buat sendiri, resipi perkongsian saudari Ida Alina Salleh ni boleh dicuba. Sangat mudah, jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI TAUHU TELUR HOMEMADE
BAHAN UNTUK TAUHU TELUR:
- 6 biji telur saiz besar
- 500ml susu soya panas ( resipi soya homemade ada disertakan bawah)
- 5gm tepung jagung
- 1 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
1. Pecahkan telur ke dalam bekas dan pukul. Pada masa yang sama, masukkan garam dan tepung jagung ke dalam bekas soya panas. Kacau rata.
2. Tuangkan soya tadi ke dalam bekas telur. Pukul perlahan hingga sebati.
3. Masukkan adunan ke dalam loyang atau bekas bersesuaian. Kukus selama 20 minit menggunakan api perlahan. Pastikan alas tutup kukus dengan kain supaya tidak menitis.
4. Bila sudah sejuk, keluarkan tauhu dari acuan dan potong ikut saiz yang sesuai untuk masakan anda.
5. Rupa tauhu yang sudah siap untuk digunakan.
BAHAN UNTUK BUAT AIR SOYA:
- 250gm kacang soya
- 1.8 liter air
CARA-CARA:
1. Rendam kacang soya semalaman. Kemudian kisar dengan air hingga betul-betul halus. Tuang kisaran soya ke dalam kain kasa.
2. Ambik air soya yang ditapis tadi dan masak atas api hingga merenih lembut selama beberapa minit. Jangan sampai mendidih.
3. Gunakan tapis untuk membuang buih-buih yang terbentuk di permukaan soya. Ambil 500ml susu soya ini untuk menghasilkan Tauhu Telur.
4. Lebihan susu soya boleh direbus bersama daun pandan dan gula. Ia enak diminum pada bila-bila masa.
Kredit resipi & foto: Ida Alina Salleh
Anda mencari FOOD PROCESSOR pada harga yang berpatutan? Boleh klik DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Resipi Menggunakan Telur Masin Memang Sedap. Gerenti Laku Keras
Resipi Sup Telur Chinese Style. Simple, Jimat & Sangat Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tiga Menu Mudah Untuk Bekal Sekolah Anak. Nak Bawa Pejabat Pun Okay.

Tiga menu mudah untuk bekal sekolah anak ini, cepat dan mudah dimasak. Kalau nak jadi bekal ke pejabat pun apa salahnya, buangkan hiasan ala bento tu aje. Boleh masak resipi yang sama.
Cepat dimasak, enak dimakan sajian pasta, kentang dan cekodok atau pop corn brokoli ni memang sedap dinikmati. Jom semak resipi dari Young Chefs Academy ni.
1. BENTO PASTA ‘WAGON WHEEL’& SOS TOMATO BERKRIM
BAHAN-BAHAN :
- 240gm pasta bentuk wagon wheel | direbus dan tos
- 2 sudu makan mentega
- 3 ulas bawang putih | dicincang
- 1/2 biji bawang besar | dicincang
- 100gm isi ayam | dipotong dadu
- 1 cawan puri tomato
- 185ml krim
- 125ml susu segar
- 30gm keju parmesan
- 1 sudu teh basil
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Cairkan mentega di atas kuali atas api yang sederhana. Masukkan bawang putih dan bawang besar dan tumiskan hingga naik bau.
2. Masukkan ayam dan masakkan ayam hingga empuk.
3. Masukkan kesemua bahan-bahan, kacau hingga keju menjadi cair. Perasakan dengan garam dan gula.
4. Masukkan pasta dan gaul selama 2 minit atau sehingga soso tomato jadi pekat.
Saiz Hidangan: 4 Orang
Waktu memasak: 40 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan: Pasta
Keistimewaan : Pasta lazat dengan rasa tomato dan keju berkhasiat
Anggaran kos : RM15
INFO CHEF : Jika suka anda boleh variasikan menu dengan memasukkan cendawan butang.
2. POP CORN BROKOLI
BAHAN-BAHAN :
- 1/2 brokoli | direbus dan dicincang halus.
- 1 biji telur
- Secubit garam
- Secubit lada hitam
- 1/2 sudu teh serbuk bawang putih
- 1/2 sudu teh oregano
- 1/2 sudu teh paprika
- 1/2 cawan keju cedar
- 1/2 cawan serbuk roti
- 2 sudu makan minyak sayur
Bahan sos yogurt :
- 2/3 cawan yogurt
- 1/2 sud makan jus limau nipis
- 1 biji bawang putih | dicincang
CARA MEMASAK :
1. Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah C.
2. Di dalam mangkuk pukul telur, garam, serbuk bawang putih, oregano, lada hitam dan paprika. Kacau sehingga rata.
3. Masukkan keju cedar, serbuk roti dan brokoli yang telah dicincang. Gaul hingga sebati.
4. Ambil sudu besar kaut dan bentukkan 16 biji bebola.
5. Bakar pop corn di dalam ketuhar selama 15-20 minit.
6. Untuk sos: Masukkan semua bahan-bahan dan kacau hingga sebati.
Saiz Hidangan: 4 Orang
Waktu memasak: 40 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan: Snek ala cucur
Keistimewaan : Cara terbaik agar kanak-kanak menggemari makan sayur
Anggaran kos : RM 14
INFO CHEF : Brokoli mengandungi kadar kalsium dan vitamin K yang tinggi untuk kesihatan tulang dan cegah osteoporosis.
3. KASEROL HASHBROWN
BAHAN-BAHAN :
- 1 cawan kentang, dikupas dan disagat
- 1/2 biji bawang besar | dipotong dadu
- 1/3 cawan mentega
- 1/3 cawan tepung gandum
- 1 1/2 cawan stok ayam
- 1/2 cawan keju mozarella
- Garam secukup rasa
- Lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah C.
2. Cairkan mentega di dalam periuk dan tumis bawang hingga naik bau.
3. Masukkan tepung dan kacau hingga rata. Masukkan stok ayam, garam, dan lada hitam. Kacau sehingga kuah menjadi pekat.
4. Masukkan kentang yang disagat di dalam bekas aluminium. Tuang kuah stok ayam sehingga menutupi kentang dan taburkan keju mozarella.
5.Bakar hashbrown di dalam ketuhar selama 20-25 minit.
Saiz Hidangan: 2 Orang
Waktu memasak: 45 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan: Sajian barat
Keistimewaan : Rasa kentang yang kaya dengan keju enak
Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Bekal makanan yang kaya dengan serat. Pilihlah kentang russet untuk rasa terbaik
Resipi : YOUNG CHEFS ACADEMY, IPC Shopping Centre, L2.18, 2, Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor & No.5-3 Jalan 26/70A, Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur.https://youngchefsacademy.com
Terima kasih : Chef Brian Chen
8 Idea Buat Kek & Cookies Mudah Sesuai Untuk Doorgift, Korang Boleh Cuba Ni.

Sekarang musim orang kahwin, macam-macam jenis doorgift termasuklah makanan yang disediakan sebagai doorgift. Jika anda masih tercari-cari apa apa yang ingin dijadikan hadiah sebagai buah tangan kepada tetamu yang hadir. Apa kata anda pilih kek, brownies dan cookoes yang boleh disediakan sendiri buah tangan tetamu, pasti anda puashati dan lebih jimat. Kalau ingin mencuba, ini lapan idea doogift siap dengan resipi yang disediakan oleh Khairil Anuar Azman, pemilik Instagram Bakeril.
BUTTERCAKE NUTTELA
BAHAN-BAHAN:
- 250gm mentega
- 180gm gula kastor
- 210gm tepung naik sendiri
- 1/2sudu teh baking powder
- 1/2 sudu teh baking soda
- 1 sudu teh esen vanilla
- Nuttela
BAHAN HIASAN:
- Kotak plastik | untuk bekas
- Cawan kertas saiz sederhana | untuk lapik kek
- RibEN | untuk hiasan
CARA MEMASAK:
- Ayakkan tepung bersama baking soda dan baking powder
- Masukkan mentega, gula kaster, esen vanilla dalam mesin putar. putar sehingga kembang dan fluffy.
- Masukkan telur satu persatu. pukul sehingga sebati.
- Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit. Pukul sehingga sebati dan rata.
- Masukkan dalam loyang kemudian lapiskan dengan nuttela dan tuang adunan sehingga habis.
- Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 celsius selama 40-45 minit.
- Potong ikut saiz yang sesuai dan masukkan dalam bekas untuk doorgift. hiaskan.
ALMOND BROWNIES
BAHAN-BAHAN
- 100gm tepung naik sendiri
- 100gm badam hirisan badam | goreng sangai
- 30gm serbuk koko
- 400gm bar coklat
- 150gm mentega
- 180gm brown sugar
- 4 biji telur saiz besar
- 1 sudu teh esen vanilla
BAHAN HIASAN:
- Bekas plastik bertutup
- Riben
- Kertas Dolly saiz kecil
CARA MEMASAK:
- Cairkan coklat bar dan mentega kacau sebati.
- Seterusnya kacau telur bersama gula perang sehingga sebati bersama esen vanilla
- Dalam bekas lain campurkan adunan coklat tadi dan adunan telur kacau sebati.
- 4. Akhir sekali ayakkan tepung dan coklat dalam adunan di atas dan kacau semua.
- Tuang dalam loyang saiz 10×10 inci, bakar selama 30 minit dengan suhu 160 celsius.
- Selepas sejuk, potong ikut saiz yang sesuai dan sedia dihias untuk doorgift.
CONGO BAR
BAHAN-BAHAN:
- 300gm tepung gandum
- 2 sudu teh serbuk penaik
- 150gm mentega
- 1 sudu teh garam
- 300gm brown sugar
- 3 biji telur ayam
- 1 sudu teh esen vanilla
- 2 cawan cip coklat
- 1 cawan badam nib
BAHAN HIASAN:
- Kotak lutsinar
- Kertas dolly saiz kecil
- Riben
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar dengan suhu 160 celsius
- Pukul mentega sehingga lembut dan cerah warnanya dengan mesin putar.
- Masukkan gula perang, telur dan esen vanilla selang dua tiga kali dan pukul sebati.
- Seterusnya masukkan tepung yang diayak bersama serbuk penaik kacau dengan spatula sehingga semua bahan sebati.
- Akhir sekali masukkan cip coklat dan badam nib, gaul rata.
- Setelah siap semua, masukkan dalam loyang 10×10 inci dan taburlah lebihan cip coklat dan badam nib di atasnya.
- Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan tadi selama 30 minit dengan suhu 160 celsius.
- Sejukkan sebelum dipotong dan dijadikan doorgift.
MACROON
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji telur ayam | ambil putih telur sahaja
- 60gm gula kastor
- 140gm gula icing
- 80gm badam serbuk
- Pewarna merah jambu
- Jem Strawberri | untuk ganache
BAHAN HIASAN:
- Tin cenderhati kecil bentuk bulat bertutup
- Hiasan bunga riben
- Guntingan kertas
CARA MEMASAK:
- Sediakan dulang pembakar, boleh lorekkan bulatan saiz syiling 50 sen lama (kat bakeri dah ada jual silikon utk macaroon ).
- Ayakkan badam serbuk dengan gula icing, ketepikan sekejap.
- Pukul putih telur menggunakan pemutar dengan kelajuan maksima dan masukkan gula kastor sedikit demi sedikit sehingga adunan kental dan ‘bertanduk’ dan nampak berkilat dan ringan.
- Cuba terbalikkan , jika tidak jatuh. sudah jadi.
- Masukkan 1/4 campuran serbuk badam dan gula icing tadi ke dalam putih telur. Sebatikan dengan spatula.
- Setelah rata masukkan baki serbuk badam tadi sedikit demi sedikit dan gaulkan sehingga adunan sempurna dan masukkan pewarna dan gaul rata.
- Masukan adunan ke dalam piping bag
- Ppicitkan di atas dulang pembakar tadi dan rehatkan seketika dalam 15 minit.
- Panaskan ketuhar terlebih dahulu, kemudian bakar dengan suhu 140 celsius selama 15 minit.
- Setelah masak biarkan sejuk seketika.
- Letakkan ganache dibahagian bawah macroon kemudian kepilkan dua macroon jadi satu.
- Macroon sedia untuk dijadikan doorgift.
BUBBLERICE CHOCOLATE IN JAR
BAHAN-BAHAN:
- 600gm chocolate bar cadbury
- 12 cawan bubble rice
- 6 sudu minyak jagung
- 3 sudu makan mentega
BAHAN HIASAN:
- Botol kaca
- Kertas hiasan
- Tali hiasan
- Tag ‘Terima Kasih’
CARA MEMASAK:
- Goreng tanpa minyak bubble rice beberapa minit. ketepikan dan sejukkan.
- Cairkan coklat bersama minyak dan mentega. guna kaedah double boil.
- Biarkan bahan ini agak sejuk.
- Masukkan bubble rice ke dalam jar sehingga hampir penuh.
- Kemudian curahkan adunan coklat tadi sehingga hampir menyelaputi bubble rice.
- Tutup jar dan sedia untuk hiasan.
RED VELVET COOKIES IN JAR
BAHAN-BAHAN:
- 200gm mentega
- 30gm lemak sayur
- 200gm gula kastor
- 1 biji telur ayam
- 300gm tepung rose
- 30gm serbuk koko
- 50gm tepung jagung
- 1/2 sudu teh baking soda
- 1/2 sudu teh garam
- 1 sudu teh cuka
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1 sudu teh pewarna merah
- 150gm coklat cip putih
BAHAN HIASAN:
- Botol plastik bertutup
- Riben
- Tag ‘Terima Kasih’
CARA MEMASAK:
- Ayak tepung, baking soda, serbuk koko, tepung jagung. Ketepikan
- Dalam satu bekas adunan, pukul mentega, gula kastor, lemak sayuran sehingga sebati dan kembang.
- Masukkan telur dan esen vanilla, pukul lagi.
- Seterusnya, masukkan cuka dan pewarna pukul sehingga semua sebati.
- Kemudian masukkan adunan tepung tadi dan gaul sebati sehingga mendapatkan warna red velvet.masukkan cip coklat putih.
- Gentelkan dengan tangan atau guna sudu bentukan ikut cita rasa cookies yang diingini.
- Letakkan di atas dulang pembakar.
- Bakar dalam ketuhar dengan suhu 150 celsius, selama 20 minit
- Setelah masak letak atas gril dan sejukkan. sedia masuk dalam bekasa untuk dijadikan door gift.
COOKIES SUJI KRISTAL
BAHAN-BAHAN:
- 250gm tepung gandum
- 250gm badam serbuk
- 300gm gula icing
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 1 sudu teh soda bicarbonat
- Gula caster
- Minyak sapi
- Esen vanila
- Pewarna
BAHAN HIASAN:
- Kotak lut sinar berpenutup.
- Riben
- Cawan kertas
CARA MEMASAK:
- Cairkan minyak sapi. biarkan agak sejuk
- Dalam bekas lain satukan semua bahan di atas.
- Kemudian tuang minyak sapi secukupnya dan gaul semuanya membentuk doh dan letakkan pewarna.
- Bahagikan doh mengikut warna yang dikehendaki dan adun lah sehingga tidak melekat pada jari
- Rehatkan adunan seketika kemudian gentel bulat-bulatkan.
- Letakkan di atas dulang bakar. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 140 celsius selama 20 minit.
- Setelah siap bakar. Tunggu sejuk, dan salutkan dengan gula kastor.
- Sedia untuk dimasuk dalam bekas doorgift yang diingini.
KEKACANG DWI WARNA
BAHAN-BAHAN:
- 2 kg kacang hijau
- 2kg biji jagung salut tepung
BAHAN HIASAN:
- Botol kaca doorgift
- Riben besar
- Riben bunga
- Tag Terima Kasih
CARA MEMASAK:
- Masukkan kacang hijau di lapisan bawah.
- Kemudian lapiskan dengan jagung salut tepung di bahagian atas.
- Kemaskan penutup.
- Sedia dihias untuk doorgift.
Rasa Live Ramadan Tunjuk Cara Masak Rendang Daging Rembau, Ayam Ungkep & Udang Galah Mentega Telur Masin

Rasa Masak Live Ramadan Special dah pun masuk minggu kedua. Bersiaran dari khamis hingga sabtu sepanjang Ramadan, jam 12 tengahari .
Terbaru bersiaran adalah tetamu jemputan terdiri daripada Chef Ismail Ahmad, usahawan Datin Anida Azmi dan instafamous Ayu Shuhaimi. Memang seronok mendengar celoteh tiga tetamu yang handal memasak ni.
Sambil memasak sambil menyembang,Chef Ismail siap buat house tour di rumahnya yang cantik sungguh tu sementara tunggu daging empuk. Chef Ismail memasak Rendang Daging Rembau dan mengambil tempahan lauk berbuka dari dapur Restoran Rebungnya.
Selain memasak Chef juga rajin bercucuk tanam. Paling mengagumkan Chef Selebriti yang juga pemilik Restoran Rebung ini juga berjiwa seni kerana pandai melukis (painting) dan bulan Ramadan ni sibuk membuat lukisan dan hiasan rumah burung.
Datin Anida Azmi pulak tak kalah dengan masakan Jawa yang sangat menyelerakan iaitu Ayam Masak Ungkep. Beliau juga turut menyediakan tempahan melalui Dapuq Kak Nida dan memiliki dapur pusat untuk katering.
Pengasas D Event Management & Katering Services ini juga turut memasak makanan untuk frontliners KKM dan polis. Masa bersiaran live hari tu ada insiden kecil kebakaran di dapur Datin tetapi alhamdulillah beliau tetap pro dan tenang meneruskan siaran.
Instafamous Ayu Shuhaimi pula turut menunjuk cara memasak Udang Galah Mentega Telur Masih yang cukup membuatkan penonton kecur air liur. Besar dan segar udang galahnya.
Instafamous ini kini mempunyai follower hampir mencecah 96K dan aktif membuat dan berkongsi lauk pauk Melayu dari dapur rumahnya. Ayu juga menjalankan perniagaaan syarikat fotografi perkahwinan.Waktu kerja fleksibel di syarikat miliknya, Ayu memang aktif dalam IG ayu_shuhaimi.
Jom kita semak resipi tiga masakan istimewa ini:
1.RENDANG DAGING REMBAU.
(Resipi Chef Ismail Ahmad)
BAHAN-BAHAN :
- 1kg daging (top side) bahagian atas peha | dipotong 2sm x 2sm, cuci dan toskan
- 30 tangkai cili kering | direbus dan kisar halus
- 20 biji cili padi kampung | dikisar halus
- 3 batang serai | dititik dan disiar-siat
- 5 biji bawang merah kecil | dihiris nipis
- 4 ulas bawang putih | dihiris nipis
- 2 ½ sudu besar pes kunyit hidup
- ½ sudu besar serbuk kunyit
- 1 ½ sudu besar serbuk rempah kari daging
- 500ml air
- 800ml santan pekat
*Jika guna santan segera 200ml, dan ½ cawan minyak masak
*Jika guna kelapa segar ambil santan pekat dari 3 biji kelapa
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Masukkan ke semua bahan-bahan ke dalam periuk kecuali santan.
2. Gaul bersama daging dan rebus sampai air daging hampir kering dan lembut.
3. Kalau tak lembut lagi tambah sedikit air panas.
4. Kecilkan api dan masukkan santan, renih hingga pekat sampai warna perang tua.
5. Perasakan dengan garam secukup rasa. Sajian sedia dihidang
2. AYAM UNGKEP
(Resipi Datin Anida Azmi)
BAHAN-BAHAN :
- 1 ekor ayam | dipotong 18
- 3 batang serai | diketuk
Bahan kisar :
- 2 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 10-15 biji cili padi hijau |jika suka pedas bubuh cili banyak
- 1.5sm kunyit hidup
- 1 sudu kecil ketumbar
- 1 sudu kecil jintan manis
- 1 sudu kecil jintan putih
- 3 sudu besar serbuk kari daging | Datin Anida tambah kalau tak ada tak apa
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak, kemudian tumis serai yang diketuk dulu bagi naik bau.
2. Masukkan bahan yang dikisar dan kacau bagi pecah minyak pecah minyak
3. Masukkan ayam, tak payah tambah air biar air ayam keluar sendiri.
4. Kalau suka boleh letak sekeping asam keping
5. Letak gula dan garam ikut rasa masing masing
3. UDANG GALAH MENTEGA TELUR MASIN
(Resipi Ayu Shuhaimi)
BAHAN-BAHAN:
- 4 ekor udang galah gred A
- 4 biji telur masin | direbus
- 4 sudu besar mentega
- 6 ulas bawang putih | dicincang
- 10 biji cili api merah | dicincang
- 4 tangkai daun kari
- 1/2 tin susu cair
- 3 sudu besar tepung jagung
- Garam secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Rebus telur masin, sejukkan. Kupas dan asingkan bahagian putih dan kuning. Hancurkan menggunakan garfu. Ketepikan.
2. Siang dan bersihkan udang galah. Salut dengan dua sudu besar tepung jagung. Perakan dengan garam, goreng dan toskan. Ketepikan.
3. Cairkan mentega. Masukkan bawang putih yang dicincang, cili api yang dicincang dan daun kari. Tumis hingga naik bau.
4. Masukkan susu cair. Masukkan satu sudu besar tepung jagung. Masak seketika.
5. Masukkan udang yang telah digoreng. Masukkan kesemua telur masin kuning,
6. Masukkan hanya separuh telur masin putih yang telah dihancukan. Tidak perlu garam. Gaul sebati. Siap!
Jangan lupa follow dan boleh bertanya soalan dan komen Rasa Masak Live Ramadan Special Minggu Hadapan bersama Chef Razak, Datin Nor Hafizah Saad dan Chef Asma minggu hadapan jam 1200 tengahari Khamis , Jumaat dan Sabtu.
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
DAN JUGA RESIPI INI :