Cara Buat Sos Sweet Chilli Thai Homemade. Mudah & Jimat.

Share

Hanya dengan modal yang kecil, puan-puan dapat menghasilkan sos Sweet Chilli Thai homemade untuk kegunaan keluarga. Memang sangat sedap dan boleh jimat banyak. Ada rasa pedas, masam dan manis. Sesuai sangat kalau guna untuk cicah keropok, ayam bakar, udang, sotong celup tepung, kerang rebus dan macam-macam lagi. Jom cuba resipi perkongsian saudari Sumaiyah Abdullah

ni. Pasti puas hati.

 

RESIPI SOS SWEET CHILLI THAI HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 10 biji cili merah
  • 5 biji cili padi
  • 13 ulas bawang putih
  • 1 cawan gula organik – boleh guna gula biasa
  • 1 sudu makan garam pink
  • 1 sudu makan cuka
  • Sos ikan secukupnya – boleh abaikan
  • 1 sudu tepung jagung untuk memekatkan sos

CARA MEMASAK:
1. Masukkan cili merah, cili padi dan bawang putih yang dipotong kasar ke dalam pengisar.

2. Kisar tanpa air. Pastikan tidak kisar terlampau halus kerana kita mahukan kepingan cili yang sedikit kasar.


3. Dalam periuk bersesuaian, masukkan air, gula, garam, cuka dan sos ikan.


4. Kemudian masukkan cili kisar tadi.


5. Masakkan atas api sederhana besar hingga menggelegak. Kemudian masukkan tepung jagung yang telah dicampur dengan sedikit air.


6. Tunggu sos sehingga sejuk terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam botol.


7. Sedia untuk dinikmati. Mudah buat, sedap dan lebih jimat.

Kredit resipi & foto: Sumaiyah Abdullah

IKLAN