Bila makan steak pasti anda akan teruja bila menikmati keenakkan sosnya, atau mencicah kentang goreng atau nachos dengan sos mustard atau salsa yang masam manis, atau mencicah bergedil dengan sos macam manis. Malah banyak lagi sos yang dijadikan sebagai sos untuk melengkapi keenakan masakan seperti sos balognes untuk dihidangkan dengan pasta, sos tirayaki digabungkan dengan ayam goreng. Semua sos ini memang sedap sebab itulah satu dunia mengakuinya.   Kalau korang nak cuba buat sos sendiri, ini disediakan 10 resipi sos yang biasa korang makan dan sangat mudah disediakan.

 10 Jenis Sos Pencicah Ini Boleh Buat Sendiri, Mudah & Sedap.

SOS MASAM MANIS

BAHAN-BAHAN:

  • 1 Sudu makan minyak goreng.
  • 1 ulas bawang puti | titik
  • 1 biji cili merah |buang biji kemudian hiris nipis
  • 250ml air stok ayam
  • 2 sudu makan sps tomato
  • 1 sudu makan gula pasir
  • ¼ sudu teh minyak bijan
  • 1 sudu makan cuka
  • 1 sudu makan tepung ubi | larutkan dengan 1 sudu makan air

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak, tumis bawang putih dan cili merah hingga wangi.
  2. Masukkan stok ayam dan bahan-bahan lain, kecuali air larutan tepung ubi.
  3. Setelah mendidih baru masukkan air larutan tepung ubi. Kacau rata hingga pekat.
  4. Tutup api dan sos siap dituang atas makanan atau dijadikan pencicah makanan.

10 Jenis Sos Pencicah Ini Boleh Buat Sendiri, Mudah & Sedap.

SOS KEJU

BAHAN-BAHAN:

  • 1 sudu makan mentega
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 100gm keju cheddar
  • 150ml susu cair

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan mentega hingga cair.
  2. Masukkan tepung, terus kacau di atas api kecil.
  3. Masukkan susu cair, diikuti keju.
  4. Untuk mengelakkan adunan hangus, jangan berhenti kacau.
  5. Setelah masak tutup api dan sos siap untuk dicicah dengan makanan lain.

10 Jenis Sos Pencicah Ini Boleh Buat Sendiri, Mudah & Sedap.

SOS TERIYAKI

BAHAN-BAHAN:

  • 1,100ml kicap manis
  • 100ml kicap masin
  • 4 sudu makan gula perang
  • 1/2 sudu makan halia yang sudah diparut
  • 3 ulas bawang putih |kisar galus
  • 1 cawan nanas siap parut
  • 1 sudu makan jus limau nipis
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • Air secukupnya untuk melarutkan tepung jagung.

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Bancuh tepung jagung dengan air secukupnya. Ketepikan.
  2. Masukkan kicap manis dan masih dalam periuk.
  3. Panaskan sambil terus mengacau hingga berwap.
  4. Tambah ke dalamnya, gula perang, bawang putih, halia yang dikisar halus tai.
  5. Masukkan jus perhgan limaunipis dan nanas.
  6. Terus kacau supaya bahan campuran sebati.
  7. Akhir sekali masukkan jus limau nipis dan nanas.
  8. Kacau hingga rata, kemudian tambahkan air putih dan biarkan ia hingga mendidih.
  9. Tuangkan larutan tepung ubi, terus kacau hingga sos menjadi pekat dan meletop-letop,
  10. Tutup api, keluarkan nanas dan simpan sos dalam botol, sos Teriyaki sedia digunaka sebagai bahan campuran dalam pelbagai masakan.

 10 Jenis Sos Pencicah Ini Boleh Buat Sendiri, Mudah & Sedap.

SOS PASTO

BAHAN-BAHAN:

  • 4 cawan daun basil segar
  • ½ cawan minyak zaitun
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang parsley
  • 1/4 kacang pine
  • 1/2 cawan keju parmesan parut
  • Sedikit garam dan lada hitam

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan daun basil, minyak zaitun, bawnag aputih, parsley, garam dan lada hitam dan kacang pine dalam blender.
  2. Kisar hingga halus.
  3. Keluarkan dari blender dan campurkan dengan parutan keju.
  4. Sedap disajikan sebagai sos pasta.

10 Jenis Sos Pencicah Ini Boleh Buat Sendiri, Mudah & Sedap.

SOS SALSA
BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji tomato | potong dadu kecil
  • 1/2 biji cili banggala merah | dipotong dadu kecil
  • 1/2 biji bawang  Holland | potong dadu kecil
  • 1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
  • 1/2 sudu teh garam

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua bahan yang dipotong dadu ke dalam mangkuk besar.
  2. Perahkan jus limau nipis ke dalamnya Bersama sedikit garam.
  3. Gaul rata dan biarkan lebih kurang 15 minit.
  4. 4, Setelah siap, sos ini boleh dihidangkan dengan nachos.

10 Jenis Sos Pencicah Ini Boleh Buat Sendiri, Mudah & Sedap.

SOS TIRAM
BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  •  500gm tiram segar | kopek, bersihkan dan dihiris halus
  • 150ml air bersih
  • 1 sudu makan kicap soya
  • 2 sudu teh kicap masin

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan tiram dalam periuk bersama lendirnya sekali.
  2. Tambahkan air di dalamnya, dan didih di atas api kecil.
  3. Setelah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk.
  4. Kemudian tapis airnya menggunakan penapis.
  5. Masukkan hampasnya semula ke dalam periuk dan panaskan dengan api kecil hingga mendidih.
  6. Tambahkan garam, kicap masin dan kicap soya, kacau rata hingga sos pekat.
  7. Tutup api dan sejukkannya.
  8. Setelah betul-betul sejuk baru masukkan ke dalam botol.
  9. Untuk tahan lebih lama simpan dalam peti ais.

10 Jenis Sos Pencicah Ini Boleh Buat Sendiri, Mudah & Sedap.

SOS KARI

BAHAN-BAHAN:

  • 1 sudu makan serbuk kari
  • 1 sudu makan minyak masak
  • 1 batangserai | titik
  • 200ml santan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 helai daun limau purut
  • 3 ulas bawang putih | kisar halus
  • 4 ulas bawang merah | kisar halus
  • 1cm halia |kisar halus
  • 1/2cm kunyit hidup | kisar halus
  • 1/2 sudu teh lada hitam | kisar halus

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak dalam kuali, tumis bahan kisar halus.
  2. Kemudian tambah serai dan daun limau purut, kacau rata hingga timbul minyak.
  3. Seterusnya masukkan serbuk kali dan santan.
  4. Sesekali kacau dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Setelah masak, tutup api

10 Jenis Sos Pencicah Ini Boleh Buat Sendiri, Mudah & Sedap.

SOS MUSTARD

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 50gm tepung jagung
  • 300ml stock ayam
  • ¼ sudu teh jus halia
  • 50gm mustard segera
  • 1 sudu makan gula pasir
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh cuka

BAHAN B:

  • 50gm timun | potong dadu kecil
  • 50gm lobak merah | dadu kecil dan rebus
  • 50gm nanas | dadu kecil
  • 3-5 biji cili padi | hiris halus
  • CARA MEMASAK:
  1. Campurkan semua bahan A, kacau rata.
  2. Panaskan atas api hingga pekat dan masak.
  3. Tutup api dan sejukkan.
  4. Sos sedia dihidangkan sebagai pencicah dan dressing salad.

10 Jenis Sos Pencicah Ini Boleh Buat Sendiri, Mudah & Sedap.

 SOS BALOGNES

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm daging cincang
  • 1 biji bawang Holland | cincang
  • 1 ulas bawang putih
  • 300gm tomatio | celur dalam air mendidih, kemudian buang kulit dan cincang
  • 1 biji lobak merah | cincang halus
  • 1 sudu makan pes tomato
  • 1/2 sudu teh basil kering
  • 1/2 suu teh oregano kering
  • 3 sudu makan minyak zaitun
  • Garam dan serbuk lada sulah secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Tumis bawang Holland dan bawang putih dengan minyak zaitun hingga layu.
  2. Setelah wangi masukkan tomato, lobak merah, kacau rata masukkan pula daging kisar.
  3. Kacau rata hingga daging kisar berubah warna.
  4. Tuangkan 200ml air, masukkan pes tomati.
  5. Perasakan dengan sedikit garam, serbuk lada sulah, oregano dan basil kering.
  6. Setelah pekat, tutup api, sedia dihidangkan sebagai sos untuk spageti.
  7. Untuk penambah rasa, boleh taburkan dengan keju pamersan.

10 Jenis Sos Pencicah Ini Boleh Buat Sendiri, Mudah & Sedap.

SOS LADA HITAM  UNTUK STEAK

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji bawang Holland
  • 1 sudu the lada hitam | dikisar kasar
  • 1/2 sudu the serbuk buah pala
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu teh serbuk perasa ayam
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh gula
  • 200ml air
  • 1 sudu makan mentega | untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan kuali, masukkan mentega, tumis bawang Holland hingga layu dan wangi.
  2. Kemudian masukkan tepung gandum, kacau rata supaya tidak bergentel.
  3. Tuangkan air sedikit demi sedikit sambil terus mengacau di atas api sederhana.
  4. Masukkan serbuk perasa ayam, garam, gula pasir, serbuk pala, lada hitam dan sos tomato.
  5. Kacau rata hingga sos pekat.
  6. Tutup api dan sos sedia dihidangkan dengan steak.

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI