
Pulut Pagi antara popular di kalangan masyarakat Pantai Timur. Menu ini menggunakan beras pulut yang dimasak dengan gula merah dan dimakan bersama kelapa parut. Gabungan pulut yang manis lemak kelapa, menjadiakan ia sangat sedap dijadikan menu sarapan minum petang ringkas. Kepada korang yang teringin membuatnya, ini min sharekan resipi dan korang boleh cuba sendiri.
PULUT PAGI
BAHAN-BAHAN:
500gm beras pulut | kukus sekurang-kurangnya setengah jam
2 keping gula Melaka | parut
2 helai daun pandan | simpul
BAHAN TOPPING:
1/2 biji kelapa muda | putih saja & gaul dengan sedikit garam
1 sudu makan beras pulut | goreng sangai hingga keperangan
CARA MEMASAK:
- Kukus atau tanak pulut bersama daun padan hingga masak.
- Tuangkan dalam bekas, kemudian gaulkan pulut dengan parutan gula Melaka.
- Gaulkan kelapa parut bersama garam, kemudian kukus sekejap.
- Hidangkan pulut dengan kelapa parut dan taburkan beras pulut sangai di atasnya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Perapan Sate Ayam Yang Sedap & Juicy. Memang Puas Makan

Sate Ayam ni merupakan salah satu hidangan yang jadi kegemaran ramai. Jika keluarga besar dan ramai, sangat berbaloi andai dihasilkan sendiri. Risau hasilnya tak sedap? Jangan khuatir, boleh cuba resipi perkongsian Kiran Kiran ni. Sangat mudah dan dijamin puas hati. Lihatlah cucuk ayamnya, besar dan nampak enak sekali. Sekali makan, puas hati. Siap dengan resipi Kuah Kacang juga. Selamat mencuba!
CARA MASAK SATE AYAM YANG SEDAP & BERJUS. MUDAH JE RESIPINYA
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam – ambil isi
1 sudu makan ketumbar – sangai (*) – beli online disini
2 sudu makan jintan manis – sangai (*) – beli online disini
1 sudu makan jintan putih – sangai (*) – beli online disini
1 inci halia (*)
1 inci kunyit (*)
3 biji bawang Holland (*) – beli online disini
1 labu bawang putih (*)
6 batang serai (*)
5 keping nise atau gula kabung – masak dengan segelas air – beli online disini
3 sudu asam jawa tanpa biji – beli online disini
Gula dan garam secukupnya
Lidi satay untuk mencucuk
CARA MEMASAK:
1.Potong isi ayam berbentuk kiub. Rangka ayam boleh dimasak gulai. Jika nak mudah, boleh beli dada ayam sahaja. Kemudian basuh dan toskan airnya hingga kering.
2. Sementara itu sangaikan ketumbar, jintan manis dan jintan kemudian kisar lumat semua bahan yang bertanda (*).
3. Dalam bekas besar, satukan isi ayam dan ramuan yang dikisar tadi.
4. Kemudian masukkan garam, gula, air nise @ gula kabung dan asam jawa.
5. Gaul rata semua bahan supaya tekstur isi ayam atau daging (jika nak campur) menjadi lembut dan mesra dengan rempah.
6. Perap semalaman atau sekurang-kurangnya 3 jam sebelum dicucuk dan dibakar.
RESIPI KUAH SATE
BAHAN-BAHAN:
1/2kg kacang tanah – goreng & kisar kering @ tumbuk – beli online disini
2 biji santan kelapa
Serai – diketuk
Air asam jawa secukupnya
6 keping gula nise (gula melaka)
Garam dan gula putih biasa secukupnya (kuah kena mais baru sedap)
BAHAN KISAR HALUS:
Bawang holland
Cili kering
Lengkuas
Jintan manis
Jintan putih
CARA MEMASAK:
1.Tumis kesemua bahan yang dikisar tadi kecuali kacang tanah dan serai hingga garing dan pecah minyak.
2. Kemudian masukkan santan cair dan kisaran kacang tanah. Biarkan mendidih sekejap.
3. Bila nampak sempurna, masukkan bahan-bahan lain dan ubah suai rasa ikut selera masing-masing.
4. Bila kuah kacang sudah pecah minyak, angkat dan hidangkan bersama sate.
TIP MASAK SATE YANG SEDAP & JUICY
1.Jika nak sate nampak kuning, boleh tambah serbuk kunyit bergantung pada selera masing-masing.
2. Air lebihan perapan jangan dibuang. Campurkan dengan segelas minyak untuk digunakan semasa membakar sate nanti.
3. Ketuk 2 batang serai, ikat dan celup dalam campuran minyak untuk disapu pada sate. Ia adalah salah satu rahsia sate yang dibakar tetap juicy.
4. Rajin-rajin balikkan sate supaya hasilnya cantik, tidak hangit dan hitam.
Kredit resipi & foto: Kiran Kiran
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Koleksi Aneka Resipi Nasi Bersama Lauk Pauk Sedap Sempena Aidiladha
Sedap & Mudah. Resipi Pengat Bebola Durian Best Untuk Minum Petang
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Sedap Ikan Selar Percik Kuah Merah Istimewa. Sekali Rasa Pasti Tak Cukup!

Ikan percik sememangnya antara hidangan yang paling kerap dihidangkan terutama dalam musim Ramadan atau hujung minggu. Jika di Kelantan dan Terengganu pula, ia dijual setiap hari di kedai-kedai makan. Sememangnya hidangan ini mampu memecahkan selera. Ikan bakar yang dilumur ramuan kuah percik yang penuh dengan pelbagai rasa dan lemak dari santan ini sentiasa dicari orang. Jom kita cuba resipi ini.
BAHAN-BAHAN
- 7 ekor ikan selar
- *5 ulas bawang merah
- *4 ulas bawang putih
- *6 tangkai cili kering (rendam air panas )
- *1/2 inci halia.
- *1 batang serai (hiris nipis).
- *1 sudu besar kerisik
- 1 gelas santan pekat.
- 2 gelas air.
- 1 keping asam keping @ gelugur.
- 1 sudu kecil kunyit
- Serbuk Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK
- Kisar semua bahan-bahan yang bertanda*.
- Siang dan cuci ikan. Ambil satu sudu besar bahan kisar tambahkan sedikit serbuk kunyit dan 1 sudu kecil garam. Lumurkan dan perap ikan 10 minit. Bakar ikan.
- Untuk membuat kuah, masukkn santan dalam kuali dan air. Pansakan sekejap dan masukkan asam keping.
- Masukkan bahan kisar kacau rata. Masak hingga kuah pekat.
- Bila ikan masak lumurkan atau percikan sedikit kuah atas ikan. Bakar kejap supaya kuah meresap pada ikan.
Resipi Sambal Halia Sedap Macam Dekat Restoran Nasi Ayam

Suka makan Sambal Halia? Andai menikmati sajian Nasi Ayam di restoran terkenal, pastinya pernah rasa Sambal Halia ni. Selain sedap, ia juga bagus untuk buang angin dalam badan. Bahan-bahan nak buatnya juga mudah sahaja. Boleh cuba resipi perkongsian saudari Mazliza Ahmad ni dan jadikan sebagai stok dalam peti sejuk. Jom cuba!
CARA BUAT SAMBAL HALIA NASI AYAM YANG SEDP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
- 1 ketul halia (saiz 1/2 tapak tangan)
- 2 ulas bawang putih – beli online disini
- 1 sudu makan daun bawang
- 3 sudu makan minyak masak
- Sedikit garam
- Sedikit air
CARA MEMASAK:
- Kikis halia untuk buang kulitnya. Basuh bersih dan keringkan. Kisar halia, bawang putih dengan sedikit air hingga halus.
- Tapis dan buang air bahan kisar tadi.
- Masukkan garam dan daun bawang. Kacau rata.
- Panaskan minyak masak hingga betul-betul panas. Tuang ke dalam bekas berisi halia tadi.
- Kacau hingga sebati. Sedia untuk dinikmati. Jika ada lebih, boleh simpan dalam peti sejuk.
Kredit resipi & foto: Mazliza Ahmad
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Suka makan? Dapatkan lebih banyak resipi harian yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan terbaru yang mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official