
Ermm sedapnya minum petang bersama kuih muih yang disukai. Puding yang satu ini juga tidak kurangnya enaknya bila dimakan sejuk-sejuk. Puding yang dilapis-lapis dengan rasa asli adan koko menghasilkan lapisan yang cantik. Ikut cara Marina bagaimana menghasilkan puding marble yang memikat rasa.
PUDING MARBLE
BAHAN-BAHAN
- 37 gm agar-agar tali (1 tahil)
- 6 gelas air (1300 ml)
- 2 1/2 gelas gula pasir ( 470gm)
- 4 biji telur
- 1/2 cawan tepung jagung
- 1 1/2 tin susu cair
- 2 sudu besar marjerin
- 1/2 cawan serbuk koko (bancuh dgn sedikit air)
- 1 sudu teh esen vanilla
CARA-CARA:
- Masak agar-agar dengan air.
- Pukul telur sampai kembang, masukkan tepung jagung ke dalam telur, pukul lg hingga sebati.
- Masukkan susu cair dan esen vanilla, pukul sebati.
- Apabila agar-agar td sudah hancur masukkan gula. Bila hancur tapis kan ke dalam periuk. Kemudian jerang balik ke atas dapur hingga mendidih. Masukkan adunan telur tadi (tapis dahulu adunan telur sewaktu menuang ke dalam agar-agar)
- Kemudian kacau hingga mendidih dua tiga kali. Masuk marjerin dan kacau lagi.
- Angkat dan bahagikan kepada dua bahagian. Satu masukkan koko dan kacau di atas api. satu bahagian lagi warna asal vanilla.
- Apabila angkat tuang berselang seli di dalam loyang.
- Boleh disimpan sejuk dalam peti sejuk.
Kredit: Marina Mar Mawar
Tiramisu Campuran Biskut Oreo & Vege Cracker Sedap, Buat Ketagih Nak Makan
Sedapnya Agar-Agar Sedut Oren Sunquick & Pic. Rasa Nyaman Di Tekak!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
6 Resipi Kuih Untuk Minum Petang Yang Mudah & Sedap

Tak tahu nak masak apa untuk juadah minum petang? RASA kongsikan beberapa resipi kuih yang mudah, sedap dan membuka selera yang boleh dicuba untuk seisi keluarga. Bukan saja enak, resipi-resipi ini juga sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Jom lihat senarai juadah minum petang paling popular di kalangan rakyat Malaysia. Selamat mencuba.
1. CUCUR KETAM BERCILI
BAHAN-BAHAN:
- 400gm tepung naik sendiri – beli online disini
- 150ml air
- 100gm isi ketam | dihancurkan
- 3 tangkai kucai | dipotong kecil
- 1 biji cili merah | dicincang halus
- 1 biji bawang besar | dimayang halus – beli online disini
- 1 biji telur
- 5gm soda bikarbonat – beli online disini
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan cucur di dalam mangkuk besar dan kacau rata. Jika adunan terlalu lembik tambah sedikit tepung dan jika terlalu kental tambah sedikit air.
- Biarkan adunan cucur selama 10 hingga 15 minit.
- Panaskan minyak yang banyak. Sudukan sesudu besar bancuhan cucur dan goreng hingga keperangan. Toskan.
- Hidangkan bersama sos pilihan.
Info Chef: Pastikan anda tidak membancuh terlalu banyak air untuk bancuhan cucur kerana ia akan menjadi tidak kenyal.
2. JEMPUT-JEMPUT KENTANG & SOTONG
BAHAN-BAHAN:
- 420gm tepung gandum – beli online disini
- 250ml air
- 125ml susu
- 8 ekor sotong | dihiris halus
- 2 biji ubi kentang | disagat – beli online disini
- 5gm garam
- Sedikit lada sulah
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Bancuh tepung bersama air dan susu sehingga sebati. Tambah garam dan lada sulah. Masukkan sotong dan ubi kentang. Gaulkan sehingga ia sebati.
- Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Ambil sesudu bancuhan dan masukkan ke dalam kuali.
- Goreng sehingga kekuningan atau sehingga masak. Toskan.
- Hidangkan bersama sos pilihan.
Info Chef: Selain penggunaan susu, krim segar turut boleh digunakan di dalam penyediaan cucur ini.
3. KARIPAP INTI KELEDEK & AYAM
BAHAN-BAHAN A:
- 500gm tepung gandum
- 200ml air
- 125ml minyak masak
- 60gm marjerin – beli online disini
BAHAN-BAHAN B:
- 2 biji ubi keledek | dibersihkan dan dadu kecil
- 125gm isi ayam rebus
- 60gm rempah kari – beli online disini
- 1 labu bawang besar | dicincang halus
- 1 tangkai daun kari
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat kulit karipap, panaskan marjerin bersama minyak hingga semua bahan cair dan benar-benar panas. Tuangkan campuran marjerin dan minyak panas tadi ke dalam tepung gandum dan gaulkan sehingga rata.
- Setelah suam, uli hingga sebati sambil ditambah air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama sejam.
- Untuk membuat inti pula, panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang sehingga wangi. Masukkan rempah dan daun kari. Tambah sedikit air.
- Masukkan ubi keledek dan tambah air secukupnya lalu didihkan hingga ubi keledek menjadi empuk. Tambah isi ayam, garam dan gula secukup rasa. Didihkan beberapa minit sehingga inti menjadi kering. Sejukkan.
- Canai kulit karipap dan terap menggunakan acuan karipap. Letak sesudu inti dan kemaskan kelilingnya. Goreng karipap hingga kuning keperang-perangan.
Info Chef: Untuk memastikan doh benar-benar lembut, rehatkan ia selama sejam sebelum dicanai.
4. PULUT PANGGANG SERUNDING
BAHAN-BAHAN A:
- 300gm pulut
- 250ml santan pekat
- Garam secukup rasa
- Daun pisang /daun nyirik secukupnya
BAHAN-BAHAN UNTUK SERUNDING:
- 200gm udang segar | bersihkan dan cincang kasar
- 50gm udang kering | ditumbuk lumat – beli online disini
- 1 biji kelapa parut | diambil putihnya sahaja
- 2 batang serai | dimayang halus – beli online disini
- 4 biji cili merah | tumbuk lumat
- 5 biji bawang merah | tumbuk lumat
- 4 ulas bawang putih | tumbuk lumat
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Rendam pulut selama 30 minit. Kukus sehingga separuh masak. Tuang santan yang dicampur sedikit garam ke atas pulut dan kukus lagi hingga tanak. Ketepikan.
- Untuk membuat serunding, tumis bawang tumbuk sehingga wangi. Masukkan serai dan kelapa parut lalu tumis beberapa minit.
- Masukkan udang, garam dan gula. Tumis sehingga udang masak dan serunding menjadi agak garing.
- Ambil sehelai daun pisang atau daun nyirik. Letakkan sesudu besar pulut kukus dan ratakan.
- Isikan inti dan kemaskan balutan. Panggang sehingga daun agak layu dan pulut panggang masak.
Info Chef: Pulut boleh ditanak dengan menggunakan daun pisang ataupun daun nyirik.
5. PULUT TANAK SAMBAL BILIS
BAHAN-BAHAN A:
- 500ml santan pekat – beli online disini
- 50ml air
- Sedikit garam
BAHAN-BAHAN B:
- 100gm ikan bilis | goreng garing – beli online disini
- 10 biji cili padi | dikisar – beli online disini
- 2 biji cili hijau | dikisar
- 5 biji bawang merah | dikisar
- 4 ulas bawang putih | dikisar
- 1 labu bawang besar | dipotong bulat
- 5ml air asam jawa
- Sedikit belacan
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Satukan kesemua bahan A di dalam periuk. Tanak sehingga pulut masak.
- Untuk membuat sambal tumis, panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
- Masukkan belacan, bawang besar dan sedikit air. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masukkan ikan bilis goreng ke dalam sambal dan kaup-balikkan. Ketepikan.
- Ambil sehelai daun pisang/daun nyirik, sendukkan sedikit pulut tanak ke dalam daun. Sudukan sedikit sambal tumis ke atas pulut.
- Kemaskan balutan daun dan sedia dihidangkan.
Info Chef: Rendam beras pulut terlebih dahulu selama dua jam sebelum ditanak.
6. POPIAH GORENG BERINTI SAYUR
BAHAN-BAHAN:
- 10 keping kulit popia – beli online disini
- 6 ekor udang | dicincang
- 250gm hirisan kubis panjang
- 1 batang lobak merah | diparut – beli online disini
- 125gm sengkuang | potong memanjang kecil
- 5 biji bawang kecil | tumbuk halus
- 4 ulas bawang putih | tumbuk halus – beli online disini
- Garam secukup rasa
- Lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga wangi. Masukkan udangdan kesemua sayuran lain.
- Tambah garam, lada sulah dan gula secukup rasa. Sejukkan inti seketika.
- Ambil sesudu inti dan letak di atas kulit popia, gulung kemas. Goreng popia di dalam minyak yang banyak hingga kekuningan dan tos.
- Hidangkan bersama sos pilihan.
Info Chef: Penggunaan udang boleh digantikan dengan isi ketam.
Resipi Sambal Tempe Basah, Sangat Sedap & Cara Masak Pun Mudah
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Berbaloi Buat Sendiri Tepung Bungkus Ni, Sedap Sungguh.

Tepung Bungkus atau dikenali juga sebagai Kuih Dara Dua Sebilik kerana dalam satu bungkus intinya di isi dua bahagian antara adunan tepung. Ia diperbuat dari tepung beras, santan dan inti kelapa sebagai bahan utama. Lebih sedap kalau untuk dibuat dengan kelapa tidak terlalu tua dan mennggunakan gula kabung atau gula melaka. Memang mantaplah rasa, tak rugi kalau korang buat sendiri. Resipi macam biasa dikongsikan di bawah.
KUIH TEPUNG BUNGKUS
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung beras
4 cawan santan segar
1 sudu teh garam
BAHAN INTI KELAPA:
1 biji kelapa | putih sahaja
1 cawan gula melaka
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula pasir
Secubit garam
2 helai daun pandan | simpul
1 sudu makan tepung gandum
CARA MEMBUAT:
- Dalam periuk, campurkan santan, tepung beras dan garam. Kacau rata.
- Renehkan atas api kecil hingga pekat.
- Untuk membuat inti: Masukkan gula melaka, gula pasir, air, daun pandan dan secubit garam.
- Renehkan guna api perlahan hingga gula hancur.
- Masukkan kelapa, kacau sebati hingga air kering.
- Masukkan tepung gandum. Gaul rata.
- Tutup api dan biarkan sejuk.
- Letakkan adunan tepung atas daun pisang seperti dalam gambar dan letakkan inti di dua bahagian atas adunan tepung. Kemudian balut dengan daun pisang seperti buat lepat biasa.
- Kukus selama 10 minit atau hingga masak.
- Setelah masak Tepung Bungkus sedia dihidangkan.
Kredit : iffat irdina
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara Mudah Buat Pretzel Sedap Secara Homemade

Jom cuba buat Pretzel homemade. Bagi peminatnya, bila sebut sahaja pretzel, pasti ramai terbayang aneka roti lembut berpilin tu kan? Ada macam-macam perisa. Kalau sesekali ada sale, 5km beratur pun ramai yang sanggup. Bagi yang belum pernah rasa atau nak cuba buat sendiri, resipi perkongsian saudari Lalola Lilo ni boleh anda cuba. Jimat, sedap dan bolehlah makan puas-puas.
RESIPI PRETZEL HOMEMADE
BAHAN-BAHAN( untuk 8 hidangan)
- 1 1/2 cawan air suam
- 1 sudu makan garam
- 1 sudu makan gula
- 1 paket yis kering
- 4 1/2 cawan tepung gandum
- 3 sudu makan minyak (boleh guna minyak zaitun)
- 2/3 cawan baking soda
- 2 biji telur
- Garam kasar
CARA MEMASAK:
1. Panaskan oven 230°c.
2. Dalam mangkuk, satukan air suam,sedikit garam dan gula. Kacau sampai larut. Kemudian masukkan yis. Rehatkan selama 5 minit (sehingga berbuih).
3. Masukkan tepung gandum dan 2 sudu makan minyak. Uli sehingga jadi doh.
4. Angkat sementara doh, sapukan lebihan minyak tadi pada mangkuk yang sama dan letakkan doh semula (tujuan supaya doh tak melekat pada mangkuk bila mengembang)
5. Tutup mangkuk dengan plastic wrap dan rehatkan sejam.
6. Selepas sejam, bahagikan doh kepada8 bahagian. Gelekkan setiap bahagian jadi bentuk tali panjang dan buat bentuk pretzel.
7. Dalam periuk lain, didihkan air dan masukkan baking soda. Rebuskan doh pretzel tadi dalam 30 saat setiap belah.

8. Pindahkan pretzel ke baking sheet, sapukan telur di permukaan atas pretzel dan taburkan garam kasar.

9. Bakar dalam 10-15 minit atau sehingga kuning keemasan. (Boleh tukar perisa apa kita nak buat ikut citarasa) selamat mencuba!

Kredit resipi & foto: Lalola Lilo
Link resepi asal http://bzfd.it/2B3zdtt
Nota RASA: Resipi diatas adalah yang telah ditranslate dari resipi asal ( resipi luar negara). Bahan-bahan seperti garam kasar mungkin berbeza dengan garam kasar di Malaysia ( dari segi kemasinannya). Oleh itu, anda boleh sesuaikan perasa pretzel anda mengikut citarasa dan kesesuaian bahan yang ada.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

