Menu makan malam ni min kongsi cara nak buat Murtabak Crackers. Sesuai sebagai juadah makan malam, sangat mudah menyediakan dan sedap rasa. Menurut Puan Hidayah, zaman dulu dulu, zaman maknya, murtabak crackers ni diguna sebagai hantaran. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya.
MURTABAK CREAM CRACKERS
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus setengah biskut cream cracker yang tak bergula- saya guna jenama julie’s, jenama pingpong pun sedap.
800gm daging kisar ramli (2 bungkus)
2 labu (saiz besar) bawang besar dipotong dadu.
2 biji cili merah dihiris halus
2 biji cili hijau dihiris halus
Satu ikat daun sup,daun bawang di hiris halus
7 biji telur grade A
1 kotak besar susu segar, saya guna jenama good day
2 sudu kecil garam
2 sudu kecil serbuk lada hitam
Loyang 4 segi dialaskan dengan aluminium foil dan disapu butter seluruh permukaan
Bahan-bahan untuk dikisar dan ditumis
3 biji bawang putih
1 inci halia
1 biji bawang besar
1 sudu makan cili giling (saya tak letak sebab tak mahu pedas, budak budak yang nak makan)
3 sudu makan rempah kari daging
Cara-cara memasaknya:
1. Panaskan minyak, tumiskan bahan2 kisar, ditumis hingga naik bau.
2. Masukkan rempah daging, tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit supaya rempah tak hangus dan naik minyaknya.
4. Masukkan daging kisar, masak hingga empuk. Masak daging kisar ni sekejap je, cepat empuk, lagipun kita nak bakat kemudian nanti. Masukkan air jika rasa perlu. Masakkan hingga kering sedikit airnya.
5. Masukkan bawang yg dipotong dadu ,cili hiris, serbuk lada hitam garam serta bahan perasa. Gaul rata.
6. Perlahankan api lalu masukkan daun sup dan daun bawang gaul rata baru matikan api biarkan hingga sejuk sedikit.
7. Pecahkan 7 biji telur, pukul sedikit dan tuangkan dalam adunan daging tadi gaul ratakan.
8. Bahagikan adunan pada 3 bahagian (saya devide agak-agak je main senduk je).
9. Masak susu dalam bekas jangan sampai mendidih, Suam suam aja dan perlahankan api yang paling kecil, jaga jaga jangan sampai meruap, kacau sentiasa (susu boleh ditambah dengan santan atau diganti dengan santan)
Cara menyusun biskut
1. Ambil 9 keping biskut (ikut besar loyang) masukkan dalam susu suam sekejap je jangan lama2 nanti kembang pulak, susun dalam Loyang hingga penuh. Bahagian sudut dan tepi mesti penuh, patahkan biskut utk isi bahagian lompong.
2. Permukaan loyang yang telah penuh disusun biskut, tuangkan adunan daging yang pertama ratakan ke seluruhan permukaan biskut.
3. Kembangkan 9 keping lagi biskut ke dalam susu dan susun dalam Loyang hingga menutupi bahagian adunan daging tadi sudah selesai tekankan sedikit agar rata.
4. Buat perkara yang sama seperti lapisan pertama dan kedua setelah selesai, tekan-tekan ke seluruh bahagian agar campuran telur naik di permukaan biskut.
5. Bakar dalam oven 180’C selama 45 minit pastikan betul-betul masak baru keluarkan dengan menyucuk bahagian tengahnya jika lidi tak ada kesan bererti dah masaklah tu.
6. Keluarkan dari oven dan terbalikkan pada dawai redai. Keluarkan dari loyang biarkan sejuk bolehlah dipotong dan dihidangkan.
Tip
1. Tunggu sejuk baru diterbalikkan dan dipotong bagi mengelakkan murtabak ini pecah.
2. Boleh tambah cheese di setiap lapisan murtabak.
3. Tumis guna butter sikit,campur dengan sedikit minyak. Daging cincang akan keluarkan minyak lagi dari lemak yang cair.
Selamat mencuba.
Resipi Oleh: Hidayah Syibly
JIKA NAK MEMBELI AIR FRYER, BOLEH LIHAT DI SINI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI