Pernah makan mango float ala-ala aiskrim? Memang sedap makan sejuk-sejuk.Senang je rupanya nak buat sendiri di rumah.
Resipi yang dikongsikan saudari T-hah T-hah, sesuai untuk dihidangkan makan bersama keluarga, apatah lagi anak-anak. Mesti suka dengan hidangan pencuci mulut yang sedap dan sejuk.
MANGO FLOAT HOMEMADE
Ads
BAHAN-BAHAN:
3 biji mangga saiz besar | dipotong dadu 1 cawan non dairy whipping cream 1 peket biskut marie | dikisar halus – beli online di sini 1 cawan nestum (optional) ½ biji biji mangga* ½ cawan gula* – beli online di sini ½ cawan air* (bahan bertanda * dikisar jadikan puri)
1. Pukul whipping cream hingga kembang. Kemudian, campur dengan puri mangga. Pukul lagi hingga kental atau sebati.
2. Biskut marie dicampur dengan nestum. Kalau tak nak nestum pun boleh je, tapi lagi sedap kalau letak. 3. Mula-mula sudukan biskut/nestum ke dalam gelas atau acuan mini. Di ikuti dengan krim, kemudian mangga.
4. Ulang step yang sama sampai penuh. Akhir sekali, tabur sedikit biskut/nestum sebagai hiasan. 5. Sejukkan di dalam peti ais bahagian chiller. Kalau nak rasa ala-ala aiskrim, letak di freezer.
Salah satu hidangan Vietnam yang popular adalah Goi Cuon iaitu Spring Roll. Hidangan ini tiada minyak dan sangat sesuai bagi mereka yang berdiet. Ini cara membuatnya.
GOI CUON (FRESH VIETNAMESE SPRING ROLLS)
BAHAN SPRING ROLLS
6 keping kulit popia Vietnam (rice paper wrapper)
200 gram suhun | celur
200 gram dada ayam | rebus dan siat-siat
10 ekor udang sederhana | rebus, belah dua
5 helai daun salad
1 biji timun | buang empulur, potong memanjang halus
1 batang lobak merah | hiris memanjang halus
1 pokok daun ketumbar | cencang kasar
1 pokok daun bawang | potong memanjang
CARA MEMBUAT SPRING ROLL
1. Celup kulit popia Vietnam ke dalam air kemudian lap dengan tuala bersih.
2. Susun serba sedikit bahan-bahan lain ke atas kulit popia Vietnam kemudian gulung rapi.
BAHAN SOS
1 sudu makan minyak sayur
1 sudu makan cencangan bawang putih
5 sudu makan sos hoisin
5 sudu air rebusan ayam
1 sudu makan mentega kacang
1 sudu makan gula
1 sudu makan kacang tanah sangai | tumbuk kasar
CARA MEMBUAT SOS
1. Panaskan minyak sayur dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi tapi jangan hangus.
2. Tambah sos hoisin, air rebusan ayam, mentega kacang dan gula.
3. Didihkan sehingga semua bahan sebati dan pekat. Tuang ke dalam mangkuk dan taburkan dengan kacang tanah sangai yang telah ditumbuk kasar. Ketepikan.
Kuih Tepung Boko Ubi Kayu ini antara yang popular di Kelantan. Dihasilkan dari parutan ubi kayu segar dan dinikmati bersama kepala santan, semamangnya ia sangat sukar untuk ditolak. Manis, lembut dan rasa sangat enak. Bagi yang belum pernah rasa, bolehlah cuba buat nanti. Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MASAK KUIH TEPUNG BOKO UBI KAYU
BAHAN-BAHAN:
2 cawan ubi kayu yang sudah diparut
1 cawan gula merah*
1 cawan air*
3 helai daun pandan *
CARA-CARA:
Masak bahan bertanda(*) sampai larut. Kemudian tapis dan sejukkan.
Dalam loyang, campurkan parutan ubi dengan bahan-bahan yang dimasak tadi. Kacau rata.
Bagi kamu yang suka ratah milo, suka sangat dengan serbuk coklat bolehlah buat resipi Milo Crackers ni. Hanya guna tiga bahan sahaja dan tidak perlu membakar, tunggu sejuk terus boleh menikmatinya. Mudahkan? Apa lagi jom cuba!
RESIPI MILO CRACKERS
BAHAN-BAHAN:
1 pek biskut Marie
1/2 tin susu pekat manis (kalau suka manis boleh letak lebih)
1/2 cawan Milo/ serbuk Koko/ Vico
Additional: chocolate rice sebagai hiasan.
CARA MEMASAK:
1. Hancurkan biskut Marie menjadi ala-ala serbuk roti.
2. Masukkan Milo dan susu pekat manis. Tuang sedikit air panas supaya lebih sebati.
3. Gaul dan bentukkan ikut kesukaan.
4. Nak lebih menarik boleh juga salut dengan chocolate rice, nestum, kacang tumbuk dan sebagainya. 5. Kemudian masukkan dalam peti sejuk lebih kurang setengah jam. Boleh hidangkan.
Sambal ayam daun kari ini boleh masuk dalam senarai resipi sambal ayam kita yang sememangnya ada banyak versi.Tapi resipi yang ini rasanya tidak semata...