Kuih Koci Pulut Hitam antara kuih melayu yang digemari ramai. Kena yang sedap, makan dua tiga biji pun tak cukup. Bagi anda yang suka kuih ni dan nak belajar cara-cara buatnya, jom lihat resipi perkongsian saudari Izza Howzin di bawah ini. Berbaloi untuk dicuba.
KUIH KOCI PULUT HITAM
BAHAN INTI:
2 biji kelapa
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh garam
2 cawan air
2 helai daun pandan
2 sudu makan tepung gandum
CARA MASAK INTI: 1. Satukan kesemua bahan ( kecuali tepung gandum) dan masak sampai hampir kering. 2. Kemudian masukkan tepung. Kacau rata. 3. Setelah inti kering, padamkan api. Setelah sejuk, cubit inti dan bulat-bulatkan.
NOTA: Jika suka inti manis, lebihkan gula.
IKLAN
BAHAN DOH KOCI:
100gm pulut hitam (rendam semalaman & kisar dengan air)
500gm tepung pulut
3 sudu makan tepung gandum
Air secukupnya
CARA ADUN DOH: 1.Tapis pulut hitam yang dikisar tadi untuk dapatkan patinya. Kalau nak muda,h guna je tepung pulut hitam tapi rasanya akan jadi lain. Maka ikut citarasa masing-masing. 2.Kemudian campurkan dengan bahan-bahan lain. Uli hingga menjadi doh. Tekstur doh seakan nak buat onde-onde ( buah melaka).
BAHAN SANTAN:
1/2kg santan
2 cawan air
1 sudu teh garam (kalau suka masin lebihkan jumlahnya)
3 sudu makan tepung jagung
3 sudu makan tepung beras
CARA MEMASAK: 1. Satukan kesemua bahan dalam periuk. Kacau sebati. 2. Kemudian masak guna api sederhana hingga pekat.
IKLAN
BAHAN LAIN:
Daun pisang secukupnya – bersihkan dan potong empat segi
CARA PENYEDIAAN KUIH KOCI: 1. Didihkan air dalam periuk dan siapkan daun pisang. 2. Ambil doh dan letak inti yang telah dibulat-bulatkan. Masukkan doh ke dalam air mendidih.
IKLAN
3. Setelah doh timbul, toskan dan letak ke dalam adunan santan yang dah dimasak tadi.
4. Golek-golekkan doh dalam santan hingga rata dan bersalut. 5. Letak doh koci atas daun pisang.
6. Bungkus dengan elok dan buat hingga habis adunan.
Anda peminat karipap? Tak kira apa jua inti di dalamnya yang penting doh yang elok bakal menghasilkan karipap yang rangup dan gebu. Buat banyak doh karipap ni dan boleh simpan untuk disejuk beku. Bila ada tetamu, hidangkan dengan karipap pusing pasti semua suka.
Karipap Pusing Rangup
Doh A (Minyak)
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar shortening
2 sudu besar marjerin/butter
1 sudu besar minyak masak
Uli sebati dan perap dalam peti ais 15 minit
Doh B (tepung)
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
1/4 cawan minyak masak yang dipanaskan
1 cawan air sejuk dari peti ais atau air biasa tambah ais
1 sudu kecil garam
dan sedikit gula
Uli sebati dan perap dalam peti ais selama 15 minit
Cara membuat:
Bahagikan Doh A kepada 6 bahagian dan Doh B pada 6 bahagian juga (nak buat 4 set pun boleh)
Bulat bulatkan doh seperti dalam gambar.
1.Ambil doh minyak (A) letak di atas doh Tepung (B) yang telah dileperkan seperti gambar .Tutup adunan dan bulatkan doh tersebut.
2.Bulatkan kesemua doh. Dan biarkan selama 10 minit.
3.Leperkan/Gelekkan adunan memanjang dan renjis atau sapu dengan sedikit air tujuan untuk gam. Gulung kembali doh tadi.
4.Setelah digulung, leperkan / gelek kembali adunan dan sapu dengan sedikit air pada permukaan adunan dan gulung kembali.
5.Potong adunan kepada 6 atau 7 bahagian.
6.Ambil 1 keping adunan dan leperkan. Letak inti dan kelim tepi karipap.
Sudah menjadi kemestian tiap kali Ramadan tiba, menu bubur lambuk pasti ada. Tambah meriah bila pembikinan bubur lambuk dilakukan secara gotong royong. Bubur lambuk kemudiannya diberikan secara percuma kepada orang ramai untuk dibawa pulang dan dinikmati bersama keluarga. Keistimewaan bubur lambuk adalah ramuan herba dan rempah ratus yang digunakan.
Bahan sampingan lain yang amat penting dalam pembuatan bubur lambuk antaranya daging, bawang besar yang dihiris, bawang putih, santan, minyak sapi, minyak kelapa dan garam secukup rasa.
Untuk menambah aroma pula, daun sup dan daun bawang turut dicampur, selain ditabur dengan bawang goreng,
Untuk program Projek Rasa Gerenti Jadi Aunty Aini , Che Ta bersama tetamu tetamu undangan Fatimah Abu Bakar dan Sharifah Aleya turut sama berganding bahu memasak secara rewang bubur lambuk istimewa. Turut dikongsi menu sampingan lain yang pasti membuka selera ketika berbuka nanti.
BUBUR LAMBUK
BAHAN-BAHAN KISAR (TUMIS)
1.5 kg bawang putih | dikisar
2.5kg bawang besar |dikisar
2.5kg bawang merah |dkisar
BAHAN-BAHAN LAIN
10kg beras
2kg halia |dihiris
5kg daging
20 helai daun pandan
2kg minyak masak
1 tin kecil ghee
6kg santan
kayu manis, halba,bunga cengkih, bunga lawang, jintan putih,pelaga
2 pek rempah sup
1 pek rempah kurma
200gm serbuk lada hitam
20 batang serai
3 pek jintan manis | dikisar
12 ketul stok daging
6 bungkus sup bunjut
Garam secukup rasa
BAHAN-BAHAN SAMPINGAN
bawang goreng
1kg daun bawang
1kg daun sup
Lobak merah (pilihan)
3kg kentang
CARA-CARA PENYEDIAAN:
1PANASKAN MINYAK MASAK DAN MINYAK SAPI. TUMISKAN BAWANG BESAR, BAWANG MERAH, BAWANG PUTIH DAN HALIA DIKISAR SEHINGGA NAIK BAU KEMUDIAN, MASUKKAN 4 SEKAWAN BERSAMA SUP BUNCUT, SERAI DAN KACAU SEHINGGA NAIK BAU.
2.CAMPURKAN REMPAH SUP, REMPAH KURMA DAN CAMPURKAN DENGAN SEDIKIT AIR MENHASILKAN PES. KACAUKAN SEHINGGA SEBATI KEMUDIAN MASUKKAN JINTAN MANIS YANG DIKISAR.
3.MASUKKAN HALIA GAUL SEKETIKA KEMUDIAN MASUKKAN DAGING DAN GAUL SEHINGGA SEBATI.
4.MASUKKAN AIR DAN BIAR SEHINGGA MENDIDIH. KEMUDIAN MASUKKAN BERAS, LOBAK MERAH, KENTANG, KACANG GAJUS.
5.MASUKKAN SANTAN DAN GAUL SEHINGGA SIAP. AKHIR SEKALI TABURKAN DAUN BAWANG, DAUN SUP DAN BAWANG GORENG. SIAP!
PUTERI MANDI
BAHAN-BAHAN UNTUK DOH:
5 paket tepung pulut
1 sudu besar kapur | bancuh dengan setengah cawan air
air secukupnya untuk dijadikan doh
pewarna -pink, hijau, kuning, merah dan putih
BAHAN-BAHAN UNTUK INTI KELAPA:
5 biji kelapa parut (putih)
1kg gula pasir
Air secukupnya
Garam secukup rasa
2 helai -daun pandan disimpul
CARA-CARA PENYEDIAAN:
1.CAMPURKAN TEPUNG PULUT DENGAN AIR KAPUR.
2.MASUKKAN AIR SEDIKIT DEMI SEDIKIT DAN GAULKAN TEPUNG SEHINGGA MENJADI DOH.
3.BAHAGIKAN DOH KEPADA BEBERAPA BAHAGIAN, LETAKKAN WARNA YANG DISUKAI BAGI SETIAP DOH.
4.APABILA WARNA DAH SEBATI DENGAN DOH, BENTUKKAN DOH SEBESAR GULI DAN TEKAN TENGAHNYA SUPAYA MENJADI LEPER SEDIKIT.
5.PANASKAN AIR DALAM PERIUK SEHINGGA MENDIDIH. MASUKKAN DOH YANG TELAH SIAP DIBENTUK TADI. APABILA IA TERAPUNG, ANGKAT DAN RENDAMKAN DALAM AIR SEJUK
6.BAGI PENYEDIAAN INTI, PANASKAN AIR DAN MASUKKAN GULA DANTUNGGU SEHINGGA IA LARUT, BARU MASUKKAN KELAPA PUTIH, GARAM DAN SIMPULAN DAUN PANDAN.
7.KACAU SEHINGGA MENDIDIH DAN LIKAT DAN MASUKKAN DOH YANG TELAH DITOSKAN AIR RENDAMAN DAN KACAU SEHINGGA RATA. SIAP UNTUK DIHIDANG!
SIRAP BANDUNG CINCAU
BAHAN-BAHAN
2 botol sirap kordial
10 tin susu cair
5 pek cincau
2 tin susu pekat | dicampur dengan setengah jag air panas
1/2 botol pati sirap
1 sudu teh garam
1 botol kecil esen vanila
air secukupnya
CARA-CARA PENYEDIAAN:
MASUKKAN SIRAP KORDIAL DAN PATI SIRAP. KEMUDIAN MASUKKAN SUSU CAIR DAN CAMPURAN AIR SUSU PEKAT BERSAMA AIR PANAS.
MASUKKAN ESEN VANILLA DAN GARAM KEMUDIAN KACAU SEHINGGA SEBATI.
AKHIR SEKALI MASUKKAN AIR DAN CINCAU. KACAU SEKETIKA DAN BOLEH TAMBAHKAN AIS.
Rasa Projek Gerenti Jadi
Pastikan anda semua tidak ketinggalan tonton rancangan Rasa: Projek Gerenti Jadi, setiap hari Isnin jam 12 tengah hari hanya di slot Dewi di saluran Astro Prima (105) dan Astro Prima HD (121).
Program masak yang sentiasa kecoh dan meriah, yang dihoskan bersama Rozita Che Wan bersama Aunty Aini serta para tetamu jemputan mereka dalam memeriah episod-episod seterusnya dengan menu baru lebih menarik lagi.
Terasa nak makan Roti John tak perlu tunggu bulan puasa atau ke Pasar Malam. Sekarang ni waktu PKP Pasar Malam pun tak buka, penyelesaian terbaik anda buat sahaja sendiri Roti John. Sangat mudah dan korang boleh letak inti dan cheese lebih kut cita rasa banyaknya. Barulah rasanya lebih sedap dan puas hati makan anak beranak. Untuk resipinya, berikut disertakan di bawah.
ROTI JOHN:
BAHAN-BAHAN: 4 biji telur | pukul 1 sudu kecil serbuk lada putih 1 sudu besar serbuk rempah kari 1 biji bawang besar | potong dadu 2 biji bawang putih | potong dadu Roti panjang | belah 2 Kubis | hiris nipis Beberapa keping cheese Mayonis secukupnya Sos cili secukupnya Ayam kisar/daging kisar Garam secukupnya Minyak masak secukupnya
CARA MEMBUAT: 1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan daging kisar atau ayam kisar, serbuk kari, serbuk lada putih dan garam secukupnya. 2. Kacau sebati dan biarkan sehingga ayam masak. 3. Setelah masak, angkat dan ketepikan. 4. Pukul telur sehingga berbuih dan masukkan inti tadi. Kacau rata hingga sebati. 6. Belah roti kepada dua bahagian, tapi jangan sampai putus ye. 7. Sapukan permukaan roti dengan butter atau marjerin dan grillkan atas kuali sekejap dan angkat. 8. Kemudian masukkan sedikit minyak di dalam pemanggang atau kuali leper, tuangkan inti secukupnya supaya ia melebar lebih besar daripada saiz roti. Biarkam seketika. 9. Letakkan kepingan cheese di atas inti tadi. 10. Ambil roti yang dibelah tadi dan terlangkupkan di atas inti. Tekan tekan sedikit dan biarkan masak sebentar. 11. Bila dah masak, balikkan roti seketika dan angkat 12. Letakkan mayonis, sos cili dan kobis yang telah dihiris nipis. 13. Potong la roti pada beberapa bahagian. 14. Setelah siap, Roti John sedia dihidangkan