Yong Tau Foo adalah antara street food kegemaran ramai. Jika ada gerai yang sosnya sedap, pasti ramai yang sanggup bertaur lama untuk mendapatkannya. Penat! Apa kata cuba buat sendiri di rumah. Serius, memang tak susah. Jom cuba resipi perkongsian dari saudari Fazni Hasri ni.
RESIPI KUAH YONG TAU FOO HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Ads
10 tangkai cili kering
3 sudu makan gula merah @ 2 ketul gula melaka
Sebesar ibu jari belacan
3 sudu makan kicap
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos cili
1 mangku air
2 sudu makan tepung jagung
Serbuk perasa
Garam dan gula jika perlu
2 sudu makan minyak
Bijan secukupnya | disangai
1 ikat kangkung | dicelur
Aneka seafood / bebola yang digemari | dicelur
CARA MEMASAK:
1. Cili kering rendam sampai kembang. Toskan. Goreng dengan minyak sehingga wangi. Goreng sekejap saja jangan sampai garing.
2. Kisar cili bersama belacan dan sedikit air. Ketepikan.
3. Masak gula merah sehingga hancur dan tapiskan.
4. Dalam periuk yang lain. Masukkan kisaran cili, gula merah dan semangkuk air.Masak atas api sederhana.
Ads
5. Tambahkan kicap, sos cili, sos tiram, serbuk perasa, garam serta gula jika perlu.
6. Akhir sekali, masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air untuk memekatkan kuah.
Ads
7. Masukkan aneka bebola dan kangkung ke dalam mangkuk. Masukkan kuah secukupnya. Tabur bijan sangai dan nikmati segera.
Sambal sardin adalah sejenis lauk ringkas yang boleh dimakan dengan pelbagai jenis makan utama. Misalnya nasi, roti atau lempeng. Boleh juga dijadikan pencecah makan dengan ubi kayu rebus.
Sardin dalam tin juga memang selalunya menjadi stok lauk ketika rasa malas nak masak atau ketika kehabisan stok lauk basah dalam peti ais. Ada macam-macam style masak sambal. Kali ini RASA kongsikan resipi sambal sardin daripada Azura Ishak.
SAMBAL SARDIN LETOPS EKSPRES
.
BAHAN-BAHAN
Ini saja bahan-bahannya. Senang kan?
Minyak masak
Kentang | potong kecil
Bawang putih | dicencang (BELI DI SINI)
Bawang merah | dihiris (BELI DI SINI)
Halia | dihiris
Cili boh (atau cili kering yang dikisar) (BELI DI SINI)
Garam secukup rasa
1 tin besar sardin
Sos cili
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Goreng kentang sehingga masak. Ketepikan.
Kentang digoreng dulu.
2. Kurangkan minyak, tumis bawang putih, bawang merah dan halia.
Tumis bawang merah, bawang putih dan halia.
3. Masukkan cili boh. Tumis lagi. Masukkan garam.
Masukkan pula cili boh dan tumis lagi.
4. Masukkan kentang yang telah digoreng tadi.
5. Masukkan sardin dan sos cili. Biarkan mendidih. Matikan api.
Kalau ada kawan-kawan ke Thailand, pasti ada gambar hidangan Miang Pla Pao ni yang dikongsi. Sajian ikan yang dihidangkan bersama aneka ulam, salad dan laksa siam/bihun yang dicicah bersama sos hijau istimewa. Kadang-kala ada juga yang hidang dengan aneka makanan laut panggang. Nampak sangat sedap kan? Bagi yang nak rasa, resipi perkongsian saudari Maryam Mahmood ni boleh anda cuba. Mudah sangat rupanya. Tak payah susah-susah ke Thailand dah. Boleh buat sendiri di rumah. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI MIANG PLA PAO
BAHAN SOS:
15 biji cili padi hijau – lebihkan jika nak pedas
3 ulas bawang putih
3-4 batang akar ketumbar
2 senduk sos ikan/ sos nampla/kicap sotong
1 senduk nisan kabung/gula kabung/gula
Air secukupnya – agak-agak sahaja
3 sudu makan jus perahan limau nipis
Daun ketumbar – hiris
BAHAN SAMPINGAN:
Ikan siakap/tilapia atau apa-apa ikan yang sesuai – resipi guna ikan tilapia merah
Laksa siam/bihun/suhun – dicelur
Salad, timun, pudina dan daun selasih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan goreng ikan hingga masak. Ikan digoreng kosong sahaja supaya boleh naikkan rasa sos. Jika nak lumur sedikit garam pada ikan pun boleh. Selain goreng, boleh juga dibakar.
Angakt ikan dan toskan minyaknya.
Untuk sos, tumbuk cili hijau, bawang putih dan akar ketumbar hingga lumat. Boleh juga dikisar.
Letak semua bahan dalam bekas ( kecuali daun ketumbar) termasuk bahan tumbuk tadi. Masukkan air akhir sekali supaya mengikut kepekatan dan rasa yang anda suka.
Rasa sos. Jika tawar, tambah sedikit garam. Pastikan sos ini mempunyai rasa pedas dan manis.
Akhir sekali, masukkan hirisan daun ketumbar secukupnya. Kacau rata.
Untuk menikmati Miang Pla Pao, susun hirisan salad, timun, pudina, daun selasih dan ikan. Jadikan seakan uncang dan nikmati bersama sos yang dibuat tadi.
INFO: Jika di Thailand, ikan dipanggang bersama garam. Namun andai kurang suka ikan, boleh gantikan dengan sotong bakar, udang atau apa-apa bahan kegemaran anda.
Bagi yang suka makan cicah sos cili ala thai boleh buat sendiri dan ikut kepedasan yang di ingini. Bukan setakat sebagai pencicah ia juga boleh guna sebagai bahan perasa dalam masakan.
SOS CILI ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
4 biji cili merah
9 biji cili padi (kalau suka pedas boleh tambah lagi)
5 ulas bawang putih
1 ½ cawan air
2 sudu besar cuka
1 biji jus limau nipis
1 cawan gula atau secukup rasa
1 sudu garam atau secukup rasa
2 sudu makan sos ikan
1 sudu besar tepung jagung + 2 sudu besar air
CARA MEMASAK:
Kisarkan cili merah, cili padi,bawang putih dan air
Masukkan ke dalam periuk. Masukkan pula cuka, jus limau nipis, sos ikan, garam dan gula. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih. Perlahankan api.
Campurkan tepung jagung ke dalam air. Kacau sebati. Masukkan ke dalam periuk. Kacau sehingga sos memekat lebih kurang seminit.
Setelah sejuk, bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara.