Cara Buat Ketupat Daun Pisang. Mudah & Sangat Sedap.

Share

Bila tiba musim perayaan, ketupat adalah antara hidangan paling popular dan digemari ramai. Rasa tak meriah jika tiada menu ini. Bagi anda yang terasa nak makan ketupat atau mahu menjamu sahabat dan saudara mara yang datang beraya, hidangan Ketupat Daun Pisang

perkongsian saudara Hairul Hamid ni antara yang mudah dan sedap boleh dicuba. Lepas ni tak perlu dah beli ketupat segera. Buat sendiri lebih puas hati.

RESIPI KETUPAT DAUN PISANG PALING MUDAH

BAHAN-BAHAN:

  • 4 cawan beras pulut
  • 2 biji kelapa – ambil santannya
  • 1 helai daun pandan
  • Garam secukup rasa
  • Daun pisang secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Basuh beras pulut dan rendam selama 2 jam. Toskan.

2. Kukus beras pulut bersama santan yang dicampur dengan sedikit garam dan daun pandan. Boleh kukus sampai masak atau separuh masak.

3. Biarkan pulut sejuk seketika sebelum dibalut dengan daun pisang. Ikat kemas.

4. Bila dah siap balut, boleh kukus sekali lagi selama 15 – 20 minit.

5. Angkat dan sedia untuk dinikmati bersama rendang, serunding atau apa-apa menu kegemaran anda.

 

Kredit resipi & foto: Hairul Hamid

 

ANDA JUGA BOLEH CUBA:

IKLAN