Selalunya kita dengar ikan Talapia sungguh sedap digoreng rangup atau dimasak sambal, tapi tau tak korang sebenarnya isi ikan ini sedap juga dibuat kerabu. Hasilnya sangat sedap, aroma campuran hirisan ulam-ulaman, cili padi, perahan jus limau nipis dan dilengkapi dengan rasa masam masinnya. Memang memancing selera makan sungguh. Apatah lagi kalau dihidangkan terus selepas dibuat, korang kena cuba sebab menu ni bukan hanya sedap tetapi ia juga sangat sihat, sesuai untuk korang yang berpantang atau berdiet.

Cara Buat Kerabu Ikan Talapia Bunga Kantan Ni, Sedap & Rugi Tak Cuba.

KERABU IKAN TALAPIA BUNGA KANTAN
BAHAN-BAHAN:

IKLAN
IKLAN
IKLAN
  • 1 ekor ikan Talapia | cuci bersih dan bakar
  • 4 helai daun kaduk | mayang halus
  • 1 kuntum bunga kantan segar | mayang halus
  • 1 tangkai cili merah | mayang halus
  • 5 biji cili padi | hiris halus
  • 1 biji bawang merah | mayang halus
  • 1 biji limau nipis | ambil jus
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Asingkan isi ikan Talapia dari tulangnya.
  2. Masukkan dalam mangkuk, kemudian tambahkan ke dalamnya semua bahan hirisan.
  3. Perahkan jus limau nipis.
  4. Perasakan dengan sedikit garam dan gula.
  5. Gaul rata sehingga cukup rasa.
  6. Setelah siap, ia sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI