Teringin makan donat ala kampung yang simple, rangup di luar dan lembut di dalam. Apa kata anda mendonat sendiri di rumah berpandukan resipi yang dikongsikan ini. Ia sangat mudah dan gerenti anak-anak suka untuk hidangan minum petang sekeluarga. Apa yang penting anak-anak dapat rasa air tangan ibu sendiri.
DONAT GULA BAHAN-BAHAN: 1 peket yis mauripan 3 cawan tepung gandum 1 cawan air suam 3 sudu besar gula 3sudu besar susu pekat 2sudu besar marjerin 1biji telur Gula halus atau gula aising ( untuk gaul donut nanti)
Biasa apam kampung jadi kegemaran dan sekarang apam pisang pun dan jadi viral pula. Jadi untuk memenuhi perut sekeluarga dengan menu Apam susu & apam susu cheese untuk berbuka nanti. Bagi yang suka cheese, boleh saja letak cheese.
Teringin masak gulai atau kari daging untuk menu malam ni, korang boleh cuba dua menu ni, Gulai Tulang Campur Tetel dan Kari Kambing Tanpa Santan. Selain boleh dimakan dengan nasi dua lauk ini juga sedap dimakan dengan roti,roti cnai mahu pun capati, Menarinya gulai dan kari ini semakin diperangat,tambah sedap ye..Apa-apapun korang kena cuba dulu, cara memasaknya juga senang sesangat.
GULAI TULANG CAMPUR TETEL BAHAN-BAHAN:
1 kg tulang | rebus hingga empuk
500gm daging cincang |rebus hingga empuk
500ml santan
500ml air rebusan
3 keping asam gelugor
3 batang serai | titik
3 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
10 biji tomato ceri
3 sudu makan rempah kari daging
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN REMPAH PENUMIS:
3 biji buah pelaga
5 cm Kayu manis
2 kuntum bunga lawang
BAHAN KISAR HALUS:
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
6 tangkai kering
1 sudu makan biji ketumbar | goreng sangai
1/2 sudu teh jintan manis
3cm halia
3cm lengkuas
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis rempah penumis, serai titik dan daun kari hingga wangi.
2. Masukkan bahan kisar, setelah pecah minyak masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.
3. Setelah pecah minyak, masukkan air rebusan tulang, setelah mendidih masukkan tulang dan daging tetel yang telah direbus tadi.
4. Tambahkan dengan asam gelugor dan biarkan mereneh seketika.
5. Akhir sekali masukkan santan pekat, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Kecilkan api, biarkan gulai mereneh hingga timbul minyak.
7. Gulai tulang sedia dihidangkan.
KARI DAGING KAMBING TANPA SANTAN
BAHAN-BAHAN:
1kg daging kambing | potong kecil dan bersihkan
3 biji kentang | buang kulit dan potong kiub
4 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan serbuk cili
1 biji bawang besar | dadu halus
2cm halia muda | mayang halus
1 biji lemon | ambil jus sahaja
200ml yogurt
150ml susu cair
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawing
6 ulas buah pelaga
5 kuntum bunga cengikih
BAHAN KISAR:
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
3cm halia
3cm lengkuas
3cm kunyit hidup
4 biji cili hijau
2 pokok daun ketumbar | ambil batang dan daun
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan daging kambing dengan separuh dari bahan kisar, kemudian perap lebih kurang 30 minit.
2. Panaskan minyak dalam periuk, kemudian tumiskan bahan rempah menumis bersama serai dan daun kari.
3. Apabila wangi masukkan bahan kisar, kacau rata hingga garing.
4. Seterusnya masukkan rempah kari dan serbuk cili yang dibancuh bersama.
5. Setelah wangi dan timbul minyak masukkan yogurt dan daging kambing,
6. Kacau hingga daging layu dan biarkan mereneh seketika.Tambahkan santan,
7. Perasakan dengan jus lemon, garam dan gula secukup rasa.
8. Kecilkan api biarkan mereneh lebih kurang lima minit baru tutup api.
9. Kari kambing sedia dihidangkan.
Kalau sebut ayam golek mesti ingat makan beradab pengantin, betul tak? Kali ini jom kita buat ayam golek untuk hidangan istimewa cuti Tahun Baru Cina, boleh makan puas dengan ahli keluarga supaya lepas ni tak perlu lagilah jeling-jeling ayam golek ke atas meja makan beradab. Terima kasih Sri Astana Katering ini atas perkongsian resipi ini.
AYAM GOLEK THAI SOS
BAHAN-BAHAN:
Bahan Ayam Golek:
1 ekor ayam | bersih dan tos
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
Garam secukupnya
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Bahan Sos Thai::
4 ulas bawang putih | cincang
4 biji cili merah | kisar kasar
3 sudu makan sos cili
2 sudu makan cuka
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit daun ketimbar | hiris
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan semua bahan perapan dan garam. Perapkan 30 minit.
Panaskan minyak, goreng ayam hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali lain, tumiskan bawang putih hingga wangi. Kemudian masukkan bahan kisar. Kacau hingga pecah minyak
Seterusnya masukkan sos cili, cuka dan hirisan daun ketumbar.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Tutup api, tuangkan sos ke atas ayam dan hidangkan.
AYAM GOLEK SAMBAL MERAH
BAHAN-BAHAN:
Bahan Ayam:
1 ekor ayam | bersih dan tos
Garam secukupnya
Sedikit serbuk kunyit
Bahan Sambal:
3 biji bawang besar | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
6cm halia | kisar
2 batang serai | kisar
3 sudu makan pes cili kering
100ml susu cair
1 sudu makan air asam jawa
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
Rempah penumis:
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan ayam golek. Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit.
Panaskan pengukus, kukus ayam lebih kurang 15 minit, angkat dan toskan.
Panaskan minyak dalam kuali (pastikan minyak banyak dan panas), goreng ayam hingga keperangan. Angkat dan siapkan dalam pinggan hidangan.
Untuk menyediakan sambal.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis, tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan pes cili. Kacau rata.
Selepas beberapa minit, masukkan air asam jawa, susu cair, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api, biarkan kuah sambal mereneh seketika dan timbul minyak.
Tutup api, dan tuangkan sambal di atas ayam golek yang telah digoreng tadi.
AYAM GOLEK PERCIK
BAHAN-BAHAN:
Bahan Ayam:
1 ekor ayam | bersihkan
Garam secukupnya
Sedikit serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh lada sulah
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
Bahan Sos Percik:
1 liter santan pekat
4 biji bawang besar | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
4cm halia | kisar
3cm lengkuas | kisar
3cm kunyit hidup | kisar
3 biji cili merah | kisar
3 batang serai | kisar
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan ayam golek, gaulkan ayam dengan bahan perapan.
Panaskan pengukus dan kukus lebih kurang 15 minit. Angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali (minyak mesti banyak dan panas). Goreng ayam hingga keperangan. Angkat dan letakkan di atas pinggan hidangan.
Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak.
Tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan pula santan, garam dan gula secukupnya.
Apabila kuah mula pekat, kecilkan api. Biar kuah mereneh hingga timbul minyak.
Akhir sekali, tutup api dan tuangkan kuah di atas ayam sebelum dihidangkan.