Donat yang gebu dan lembut memang jadi kegemaran ramai. Makan sebiji memang tak cukup. Bagi anda yang nak buat donut yang sedap, resipi perkongsian saudari Zurina Kifli ni boleh dicuba. Hasilnya memang gebu macam span. Kalau tiada mesin, uli dengan tangan pun boleh. Janji kena rajin menguli hingga dapat doh yang cantik. Jom cuba. Boleh buat untuk minum petang atau sarapan.
RESIPI DONAT GEBU
BAHAN PERAPAN YIS:
1 1/2 cawan air suam – isi dalam gelas besar @mangkuk untuk elak buih yis melimpah
2 sudu makan gula pasir
1 sudu makan yis Mauripan@Saf
1 biji kuning telur gred A@2 biji kuning telur B yang dibuang pusat & dikacau terlebih dahulu (rahsia lembut gebu)
BAHAN-BAHAN LAIN:
4 cawan tepung gandum – ayak (Empunya resipi guna 2 cawan tepung gandum + 2 cawan tepung high protein (tepung roti).
1/2 sudu teh garam halus
2 sudu makan shortening
2 sudu makan marjerin (kalau tak ada Shortening boleh guna 3 sudu makan marjerin,cairkan dan biar sejuk)
2-3 sudu makan susu tepung Nespray
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh Bread Softener @sebarang pelembut roti yang ada ( empunya resipi guna pelembut serbaguna Cream Super).
Sedikit air jika perlu
CARA MEMASAK:
1. Satukan air suam dan gula. Kacau hingga gula larut.
2. Masukkan yis dan kacau sekejap. Biarkan selama 15 minit atau hingga berbuih.
3. Bila yis dah berbuih, campurkan kuning telur dan kacau sebati. Ketepikan.
4. Satukan tepung yang telah diayak bersama bahan-bahan lain dalam bekas besar. Gaul rata.
Ads
5. Tuang perapan yis yang sudah berbuih, gaul rata dan uli hingga sebati. Tambah sedikit air jika doh terlalu keras dan rasa berat. (Kalau doh rasa ok, tak perlu tambah air lagi. Doh mesti lembut dan sedikit melekit).
6.Terus uli dengan cara tarik tolak doh (seperti memberus baju) hingga doh yang melekit bertukar menjadi licin. (Boleh juga masukkan doh ke dalam plastik bersih dan ramas sekali sekala dan picit-picit hingga doh menjadi licin dan tak melekit).
7.Keluarkan doh dari plastik dan terus uli lebih kurang setengah jam hingga doh licin, elastik dan terasa lembut ringan. Pada masa ini doh sudah tak melekat pada tangan.
8.Tutup bekas doh dengan penutup@kain lembap @ plastik. Perap doh lebih kurang 1 jam hingga naik 3 kali ganda.
9.Apabila doh dah cantik kembang, tekan @ tumbuk perlahan-lahan untuk buang angin dan bolehlah dibentuk atau direrap guna acuan donat. (Sentiasa lumur tepung pada tangan supaya doh tak melekat.)
10. Dah siap bentuk, rehatkan doh lebih kurang 30 minit bergantung suhu ruang. (Dulang bekas letak donat mesti ditabur tepung agar donat tidak melekat pada dasar. Jangan rehat doh sampai terlebih kembang kerana nanti donat akan mengecut, lembik dan serap banyak minyak bila digoreng.)
Ads
11. Panaskan minyak dan goreng donat dengan api sederhana perlahan sehingga masak sepenuhnya. Toskan minyak dan salut gula.
GULA SALUT DONAT:
1/2 cawan snow Powder @dusting powder
Sedikit gula kastor
CARA-CARA: 1. Satukan kedua-dua gula dan kacau rata. 2. Letak donat yang telah digoreng dalam bekas besar bertutup rapat. Goncang perlahan-lahan hingga gula tersalut cantik.
Nak try buat DONAT tapi bahan tak cukup? Tak perlu keluar rumah pun, beli je secara onlineDISINI. Ada banyak pilihan & tak perlu susah ke kedai. Jimat masa dan tenaga.
Nak lebih banyak resipi mudah, sedap & cepat masak, boleh cuba resipi di bawah ni:
Petang-petang sebegini, memang sedap jika dapat makan kuih muih. Salah satu resipi yang RASA nak kongsi hari ni ialah resipi Apam Tokyo. Ia juga dikenali dengan nama Apam Manja. Nak cuba? Ini resipinya.
APAM TOKYO/MANJA
BAHAN-BAHAN UNTUK KULIT:
1 cawan tepung gandum – diayak
1/2 sudu teh serbuk penaik – diayak bersama tepung
1 biji telur
1/4 cawan gula
1/2 cawan susu segar/ susu cair
1/2 cawan air
1 sudu makan marjerin cair
Secubit garam
BAHAN INTI KASTARD PANDAN:
1/2 cawan gula
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu makan tepung kastard
1/2 cawan air pati pandan pekat
1 cawan santan
Secubit garam
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan inti kastard pandan, satukan semua bahan didalam periuk atau kuali.
2. Seterusnya masak menggunakan api sederhana hingga likat.
3. Padamkan api dan sejukkan inti.
4. Bagi menyediakan kulit apam, pukul telur dan gula hingga kembang.
5. Kemudian masukkan bahan-bahan lain. Kacau lagi hingga sebati.
6. Sendukkan adunan ke atas kuali tidak lekat dan sudukan inti dengan secukupnya.
7. Lipat apam dan kepitkan. Ulang langkah sama hingga semua bahan habis.
8. Sedia untuk dinikmati.
Apam Tokyo ni juga sedap jika menggunakan inti Kastard dan Kaya.
BAHAN UNTUK INTI KASTARD:
1/2 cawan tepung gandum – diayak
1 sudu makan tepung kastard – diayak
1/2 cawan gula
1 1/2 cawan susu kotak/cair
1 sudu teh pewarna
Sedikit esen vanilla
CARA MEMASAK: 1. Satukan bahan-bahan diatas di dalam kuali atau periuk yang bersesuaian. Masak guna api sederhana besar dan masak hingga likat.
BAHAN INTI KAYA:
60gm gula
125ml air panas
1 sudu makan tepung jagung
170gm gula
300ml santan
3 biji telur
Daun pandan
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Masak gula menjadi gula hangus. Masukkan air panas.
Satukan semua bahan lain dan bancuh hingga larut.
Tuang abncuhan ke dalam periuk berisi gula hangus. Masak sehingga likat.
Jika nak hasilkan kaya yang seperti yang dijual di kedai, bila dah masak, kisar seketika. Hasilnya memang cantik licin.
Info: Inti boleh dipelbagaikan ikut citarasa masing-masing. Boleh juga menggunakan coklat.
Kali ini majalah RASA ingin tampilkan resipi kuih buah Melaka namun menggunakan labu. Pasti terbit cita rasa yang berbeza dengan buah Melaka yang biasa dimakan.
KUIH BUAH MELAKA LABU
BAHAN-BAHAN
1 cawan tepung pulut
1 cawan labu (kukus dan lenyekkan)
1/4 cawan air
Gula Melaka secukupnya (potong kecil-kecil)
1/2 cawan kelapa parut
1/2 sudu kecil garam
CARA MEMBUAT
1. Gaul tepung pulut dan labu lenyek. Hanya tambahkan air jika perlu.
Labu yang telah dilenyekkan selepas dikukus.
2. Uli sehingga adunan sebati.
Doh yang siap diuli.
3. Bulat-bulatkan doh dan leperkan sedikit.
4. Letakkan gula Melaka yang telah dipotong. Bungkus kemas-kemas.
Doh dileperkan sedikit dan diletakkan gula Melaka di atasnya. Kemudian bungkus kemas.
5. Didih air bersama daun pandan.
6. Selepas air mendidih, masukkan doh yang telah diisi gula Melaka tadi.
7. Jangan dikacau. Tunggu sahaja sehingga doh timbul.
Tunggu sehingga timbul.
8. Angkat dan toskan.
9. Gaul kelapa parut dengan sedikit garam.
10. Kemudian gaulkan kelapa parut tadi kepada buah Melaka.
Selamat mencuba!
Norazizah Ruslan ialah Penceramah Pemakanan Dan Gaya Hidup Sihat.
Bila tiba bulan puasa, pelbagai jenis manisan serta kuih tradisional boleh didapati di bazar Ramadan. Salah satunya adalah Kuih Puteri Mandi ini. Ia merupakan salah satu kuih tradisional popular kegemaran ramai terutamanya penduduk Pantai Timur. Sangat mudah cara pembuatannya. Saudari Aliyaisma Ariffin ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
RESIPI KUIH PUTERI MANDI SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN DOH: 2 1/2 cawan tepung pulut – beli online disini 1/2 cawan tepung beras – beli online disini Air dicampur dengan pewarna hijau secukupnya (kalau nak guna air kisaran daun pandan pun boleh)
BAHAN INTI KELAPA: 1 cawan air 2 ketul gula melaka bersaiz besar – beli online disini 2 helai daun pandan 1 cawan parutan kelapa muda
CARA MEMASAK: 1.Untuk membuat doh, satukan semua tepung dan masukkan air dengan secukupnya. Sukatan air hanyalah hingga mendapat bentuk doh yang elok dan tidak melekat di tangan.
2. Cubit doh, bulatkan ikut saiz sebesar ibu jari dan tekan dibahagian tengahnya. 3. Didihkan air dalam periuk kemudian masukkan doh-doh tepung yang telah dileperkan tadi. 4. Masak hingga doh timbul di permukaan air. Angkat dan toskan.
5. Untuk hasilkan inti kelapa, masukkan air ke dalam kuali dan didihkan. 6. Masukkan gula melaka. Kacau sehingga hancur sebati. 7. Masukkan juga daun pandan untuk bau yang lebih harum. 8. Seterusnya masukkan parutan kelapa muda dan kacau sebati dalam cairan gula melaka tadi.
9. Bila inti kelihatan sempurna, masukkan adunan pulut yang telah dimasak dan di toskan tadi. Gaul sebati. 10. Kuih Puteri Mandi sedia untuk dinikmati.
Nikmati Pak Choy Goreng Telur yang ringkas, sihat dan sangat sedap. Resipi mudah 10 minit ini padat dengan rasa umami dan sesuai untuk hidangan harian.