
Makanan segera sejuk beku seperti nuget ayam, daging burger, sosej dan sebagainya memang tak sihat. Kalau diambil selalu, boleh mendatangkan masalah kesihatan. Malah kandungan lemak yang terkandung juga boleh menyebabkan berat badan anda naik! TIDAK!!! Oleh itu, adalah lebih baik jika kita buat sendiri. Salah satunya ialah daging burger. Mudah, 100% daging dan tanpa MSG. Barulah boleh makan tanpa rasa bersalah. Jom cuba resipi perkongsian saudari Sue Faizah ni. Pasti puas hati.
CARA BUAT DAGING BURGER HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji telur
- 1 sudu makan mentega bergaram (salted butter)
- 1 biji bawang holland saiz kecil. (kalau saiz besar, guna separuh je)
- 1 sudu teh serbuk blada hitam
- 1 sudu teh mixed herbs
- 500gm daging lembu atau ayam ( tanpa lemak & kulit ) yang dah dipotong kecil
CARA MEMASAK:
1. Kisar telur sampai berbuih.
2. Kemudian masukkan mentega, bawang holland, serbuk lada hitam dan mixed herbs. Kisar lagi.
3. Seterusnya masukkan daging. Kisar lagi hingga halus.
4. Keluarkan bahan kisar dari blender dan masukkan dalam acuan untuk bentuk kepingan daging burger. (lapik acuan dengan plastik yang dah disapu dengan minyak masak sebelum bentukkan untuk elak daging melekat masa kukus atau masuk dalam peti sejuk beku.)
5. Untuk simpan, ada dua cara. Pilihan 1, boleh terus masukkan daging yang dah bentuk tadi ke dalam freezer dalam 1 jam. Dah keras sikit, boleh ambil dan simpan dalam bekas bersesuaian.
ATAU
6. Pilihan 2, kukus daging burger sebentar anggaran 1 minit (sekadar untuk lekatkan daging dengan elok. Jika kukus terlalu lama daging akan kurang berjus bila dimasak nanti). Kemudian boleh terus bungkus untuk sejukbekukan.
NOTA: Kalau yang suka masin, boleh tambah sedikit garam dalam adunan daging burger.
Kredit resipi & foto: Sue Faizah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Rendang Itik Yang Sedap Serta Tip Daging Lembut, Tak Bau Hanyir Langsung

Resipi rendang itik mungkin ramai yang tak pernah makan tapi mungkin jadi kegemaran ramai kalangan kita.
Kalau nak cuba kelainan dalam rendang, boleh saja cuba masak rendang itik ini. Cuma nak memasaknya ada cara dan tipnya supaya daging tiada bau dan lembut hasilnya.
Cara buat rendang itik
Bahan-bahan
1 ekor itik -dipotong
2-3 sudu besar kerisik
Garam
2 sudu besar bawang goreng
½ kotak aantan kotak kecil
300 ml air putih
2 sudu belacan serbuk belacan
1 keeping daun salam/bayleaves
2 helai Daun limau purut
1 atau 2 helai daun kunyit – hiris halus
Bahan kisar
1 ½ biji bawang besar
8 ulas bawang putih
2 batang serai
Halia(sebesar ibu jari)
Kunyit(sebesar ibu jari
Lengkuas(sebesar ibu jari
Cili kering 15-20 tangkai(direbus/Direndam air panas)
Cara memasak
1. Cuci bersih itik, gaul dengan tepung jagung dan garam kemudia bilas untuk hilangkan bau hanyir.
2. Masukkan kesemua bahan ke dalam kuali atau periuk besar kecuali kerisik, garam, kiub, daun kunyit. Masak gunakan api sederhana tanpa menggunakan minyak kerana itik mengeluarkan minyaknya sendiri.
3. Gaul sentiasa. Masak sehingga daging empuk dan kering.
4. Selepas itu baru masukkan kerisik, kiub ayam, garam, daun kunyit, bawang goreng. Gaul rata dan sebatikan rasanya.
5. Siap dihidang.
TIP
- Gunakan itik serati atau itik kampung — lebih sedap dan tidak terlalu berlemak.
- Untuk menghilangkan lemak, lender dan bau hamis rendam itik dengan air limau nipis atau cuka.
- Boleh juga perap daging itik dengan garam, kunyit, halia, dan bawang putih selama 1-2 jam untuk naikkan rasa dan kurangkan bau hanyir.
- Bagi memastikan daging itik empuk dan rendang pekak, renih menggunakan api sederhana ke perlahan, biar ia mereneh lama (1-2 jam).
Kredit resipi & foto: Abby Razy
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA
Sajian Barat Daging & Ayam, No 5 Tu Spageti Udang Sesedap Rasa

Apakata tengahari ni kita makan sajian barat. Sajian berasaskan daging, ayam dan udang memang sungguh wow sedapnya. Boleh dimakan dengan roti dan crepe atau makan dimakan begitu sahaja pun enak.
Ni min kongsikan 5 variasi sajian barat untuk makan tengahari dan malam. Resipi dari Azian , Hassan, penulis buku masakan. Min dah try memang lazat.
1. DAGING STROGANOFF
BAHAN-BAHANNYA :
- 1 biji bawang holland | dipotong dadu
- 1 ulas bawang putih | dicincang halus
- 3 cendawan butang | dihiris nipis
- 3 sudu makan cuka epal (cider)
- 3 sudu makan mentega
- 500 gm daging batang pinang | dipotong memanjang
- 1 cawan krim
- 1 cawan susu segar
- 1 sudu teh pasli kering
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAKNYA :
1. Panaskan dan cairkan mentega dan masukkan bawang holland dan bawang putih.
2. Masak sehingga wangi. Angkat dan ketepikan.
3. Masukkan cendawan butang dan masak selama 2-3 minit. Angkat dan ketepikan.
4. Masukkan daging dan masak sehingga daging keperangan.
5. Masukkan epal cider dan sedikit air dan biarkan ianya mendidih.
6. Masukkan serbuk lada hitam, pasli, garam,susu segar dan krim
7. Renehkan sebentar sehingga kuahnya pekat.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 25 hingga 30 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Sajian Tradisional Russia
Keistimewaan : Daging berjus dengan rasa lemak berkrim
Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Gunakan daging segar yang mempunyai sedikit lemak untuk rasa lebih enak. Sajian tradisional Russia ini sudah wujud sejak abad ke 19 dan amat popular di seluruh dunia.
2. AYAM PANGGANG DENGAN NENAS
BAHAN-BAHAN :
- 1/2 biji nenas | sederhana saiz, dikupas dan potong dadu
- 2 ketul peha ayam
- 4 sudu makan mentega
- 1 sudu makan madu
- 2 biji bawang merah | dicincang halus
2 biji cili merah | dihiris nipis - 1 biji oren | ambil jusnya
- 1/2 cawan apple cider @ cuka epal
- 2 sudu makan tepung jagung
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu teh lada sulah
- 1 sudu teh garam
CARA MEMASAKNYA :
1. Bersihkan ayam dan tos ayam dengan menggunakan tisu dapur
2. Lumurkan ayam dengan garam,serbuk lada hitam dan lada sulah
3. Sementara itu panaskan mentega didalam kuali
4. Tumis bawang sehingga layu dan kemudian masukkan madu.
5. Masukkan apple cider, jus oren nenas dan cili merah.
6. Bancuhkan tepung jagung bersama air dan masukkan kedalam kuali.
7. Masak sehingga kuah pekat
8. Letakkan ayam keatas dulang pembakar
9. Tuangkan kuah tadi keatas ayam .
10. Panaskan ketuhar, dan bakar ayam di dalamnya dengan suhu 250 C selama 40-45 minit.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 1 jam
Cara memasak : Tumis dan bakar
Jenis masakan : Sajian barat fusion
Keistimewaan : Rasa masam manis dari nenas menjadikan ayam panggang lebih lazat
Anggaran kos : RM 10
INFO CHEF : Sajian barat dengan sentuhan rasa tempatan. Lazat dimakan bersama kentang putar dan coleslaw.
3. CREPE BERINTI BAYAM DAN AYAM
BAHAN-BAHAN :
Bahan crepe :
- 175 gram tepung serbaguna
- 3 biji telur
- 1 sudu makan mentega
- 1 ½ cawan susu segar
- ½ sudu teh garam
Bahan inti :
- 100gm isi ayam | dipotong dadu
- 1 labu bawang Holland | dipotong dadu
- 3 ulas bawang putih | dicincang halus
- 1 ikat daun bayam | secekak, dibasuh bersih dan ditoskan
- 3 tangkai daun ketumbar | dipotong pendek
- 1 sm halia | dicincang halus
- 1 sudu kecil serbuk cili
- 1 sudu kecil garam masala
- 1 sudu kecil garam
- 3 sudu besar minyak
CARA MEMASAK:
Cara membuat Crepe:
1.Ayak tepung bersama garam. Ketepikan
2.Pukul telur sehingga kembang dan masukkan telur ke dalam adunan.
3.Kacau adunan hingga sebati.
4. Masukkan susu sedikit demi sedikit dan terus mengacau adunan.
5. Pastikan adunan tidak berketul.
6. Biarkan adunan seketika untuk 1 jam
7. Selepas itu bolehlah di panaskan kuali dan sapukan sedikit mentega
8. Masukkan satu senduk adunan dan ratakan seperti membuat pan cake atau lempeng.
Cara membuat inti :
1. Panaskan minyak dan masukkan bawang holland dan masak sehingga ianya layu.
2. Masukkan isi ayam, bawang putih, halia ,serbuk cili, garam masala dan garam.
3. Selepas itu masukkan tomato dan bayam
4. Kacau hingga ayam masak dan akhir sekali masukkan daun ketumbar
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 20 – 30 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Sajian barat fusion
Keistimewaan : Sajian crepe berkhasiat dengan gabungan inti ayam dan bayam
Anggaran kos : RM 12
INFO CHEF : Usah membuat crepe yang terlalu tebal kerana ia menenggelamkan keenakan rasa inti ayam bayam.
4. STEW DAGING
BAHAN-BAHAN :
- 500gm daging batang pinang | diptong saiz 3 sm
- 1 biji bawang holland | dipotong dadu
- 100gm mentega
- 3 sudu makan tepung gandum
- 2 biji lobak merah | dipotong membulat tebal
- 2 batang saderi | dipotong pendek
- 3 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu teh thyme
- 1 sudu teh rosemary
- 3 helai daun bay
- Garam secukup rasa
- Air secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Panaskan kuali dan cairkan mentega
2. Masukkan bawang holland dan masak setakat ianya layu.
3. Masukkan tepung dan kacau sehingga warnanya menjadi keperangan.
4. Tuangkan air sedikit demi sedikit
5. Ulang langkah ini selama 3 kali dan akhir sekali tuangkan air mengikut kesesuaian.
6. Masukkan kesemua bahan-bahan lain dan reneh sehingga daging lembut.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Sajian barat
Keistimewaan : Sajian stew bertambah lazat, bila dihangatkan dari lauk semalaman.
Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Enak dimakan bersama roti. Anda juga boleh menambahkan kentang, cendawan dan kacang pis hijau ikut rasa yang anda gemari.
5. SPAGHETTI UDANG
BAHAN-BAHAN :
- 1 biji bawang holland | dipotong dadu
- 1 ulas bawang putih | dipotong dadu
- 1 sudu teh paprika
- 2 cawan stok ayam
- 150gm spaghetti | direbus dan toskan
- 4 ekor udang
- 2 ekor sotong
- 2 tangkai daun ketumbar | dicincang halus
- 1 sudu makan minyak zaitun
- Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAKNYA :
1. Rebuskan dan toskan spaghetti, ketepikan
2. Panaskan minyak dan masukkan bawang holland dan bawang putih dan masak sehingga wangi.
3. Masukkan serbuk paprika, serbuk lada hitam,tomato dan stok ayam
4. Masak sehingga kuah mendidih dan masukkan udang dan sotong
5. Masak selama 2-3 minit dan perasakan dengan garam dan lada sulah. Akhir sekali masukkan spaghetti tadi dan gaul.
6. Taburkan daun ketumbar
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Pasta
Keistimewaan : Spaghetti Makanan Laut memang lazat dengan ramuan udang segar
Anggaran kos : RM 13
INFO CHEF : Selain udang dan sotong, anda boleh sahaja memasukkan makanan laut yang lain seperti kekapis, kerang, kepah dan sebagainya.
Didie Alias Kongsi Masakan Warisan Asam Pedas Daging Tetel Mak Kiah & Keria Keladi Gula Melaka Mummy

Rasa Nostalgia Ramadan Musim Kedua, Episod Keenam gamat dan kelakar tadi. Didie Alias sama kecoh dengan Datuk Chef Wan, macam-macam cerita dan tip masakan menarik yang disembangkan bersama.
Didie Alias lengkap berkebaya merah jambu menyala, menyerlah berseri pelakun dan pelawak handalan ni.
Resipi yang dikongsikan Didie memang cukup istimewa warisan dari ibunya, Asam Pedas Daging Tetel Mak Kiah dan kuih tradisional olahannya sendiri iaitu Keria Keladi Gula Melaka. Memang terbaiklah.
Untuk pengetahuan Didie memang hebat memasak kerana selalu menolong ibunya yang berniaga makanan. Sebut apa aje boleh aje masak untuk keluarga. Resipi keria ni biasanya guna keledek kan, tapi Didie olah semula gunakan keladi. Sedap weii.
Didie bagi tip masak keria menggunakan keladi disebabkan ia melekit jadi gaulkan tepung sedikit. Asam Pedas Daging Tetal pulak dari warisan ibunya. Maklumlah orang Melaka memang terror bab masakan asam pedas ni.
Nak resipi lauk dan kuih yang dimasak tadi, jom catat resipi yang dikongsikan RASA ini, jangan lupa mencuba ya. Selamat Berbuka.
1. ASAM PEDAS DAGING TETEL MAK KIAH
BAHAN-BAHAN
- 1 kg daging tetel
- 4 sudu besar pes cili kering
- 1 sudu makan belacan bakar
- 5 tangkai daun kesum
- 2 batang bunga kantan
- 2 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 1/2 cawan air asam jawa
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- 1 liter air rebusan daging
- Minyak CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak.
2. Kisar bawang besar,bawang putih dan belacan bersama air.
3. Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar (5-7 minit).
4. Kemudian masukkan cili kering.
5. Seterusnya, masukkan daun kantan bersama daun kesum.Masukkan air asam jawa.
7. Masukkan air rebusan daging.
8. Masukkan daging tetel yang telah direbus.
9. Akhir sekali, masukkan garam dan gula secukup rasa.
2. KERIA KELADI GULA MELAKA MUMMY
BAHAN-BAHAN :
- 400gm keladi | dikupas dan direbus
- 150gm tepung gandum
- Garam secukup rasa
- Garam secukup rasa
- Minyak masak secukupnya Bahan untuk sira:
- ¾ cawan gula melaka | telah dihiris
- 1-2 sudu besar gula pasir
- ¼ cawan air CARA MEMASAK :
1. Rebuskan keladi sehingga lembut sebelum melenyekkannya.
2. Campurkan keladi yang telah dilenyek bersama tepung gandum dan secubit garam.
3. Bentukkan adunan keladi menjadi bulat dan buat lubang ditengahnya seperti donut.
4. Panaskan minyak.
5. Masukkan keladi yang telah dibentuk ke dalam minyak yang panas.
6. Goreng keria keladi sehingga menjadi kuning keemasan.
7. Angkat dan biarkan sehingga sejuk.
Cara membuat kuah Sira:
1. Panaskan periuk.
2. Masukkan gula Melaka dan air.
3. Kacau sehingga larut.
4. Masukkan gula.
5. Kacau sehingga menjadi pekat.
6. Kemudian gaulkan kuah sira bersama keria keladi yang telah digoreng.
AKSI SEBALIK TABIR :
TERUSKAN MENONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN MUSIM KEDUA SEPANJANG RAMADAN INI.
Teruskan menonton Rasa Nostalgia Ramadan dengan resipi yang menarik dan menyelerakan dari Datuk Chef Wan bersama artis dan selebriti jemputan yang lain berkongsi masakan yang menjadi nostalgia Ramadan masing-masing.
Rancangan Rasa Nostalgia Ramadan musim kedua bersiaran dari Isnin hingga Jumaat, setiap jam 5 petang di Astro Prima di saluran 125 dan Prima HD di 105.
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA VIDEO MASAKAN INI :
DAN JUGA RESIPI INI :