Siapa suka Cucur Badak, kuih tradisi ini antara kuih yang memang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Sentiasa menjadi carian untuk kudapan sarapan mahupun minum petang. Tapi semakin hari kuih ini semakin mahal harganya. Kalau korang peminat kuih ini mesti 2-3 biji tak cukup. Apa kata korang buat sendiri kuih ini.

Cara Buat Cucur Badak Paling Senang.
CUCUR BADAK
BAHAN-BAHAN:
INTI
:

IKLAN
  • 1/2 biji kelapa parut | putih sahaja
  • 2 sudu makan udang kering
  • 2 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu teh air asam jawa
  • 3 ulas bawang merah | kisar
  • 1 ulas bawang putih | kisar
  • 1 cm halia | kisar
  • 1 batang serai | kisar
  • Garam dan gula secukup rasa

DOH:

IKLAN
IKLAN
  • 250gm keledek | rebus dan lenyek
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh garam

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua bahan kisar bersama kelapa parut, pes cili, garam, gula dan air asam jawa.
  2. Gaul rata, kemudian rasa jika tidak cukup garam atau gula boleh tambah lagi (inti ini sedikit manis).
  3. Panaskan 1 sudu minyak masak dalam kuali, kemudian masukkan inti yang sudah digul rata tadi.
  4. Kacau hingga Sedikit garing,
  5. Tutup api dan ketepikan.
  6. Gaulkan tepung bersama garam halus.
  7. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dalam bekas berisi keledek yang telah dilenyek.
  8. Uli hingga menjadi doh lembik dan tidak melekat di tangan.
  9. Ambil sedikit doh sebesar bola pingpong, leperkan dan masukkan inti di tengah kemudian bulatkan semula dan leperkan sedikit. Lakuka hingga habis adunan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI