Sekarang ni tengah musim Creamhorn Crumble berinti kastard ni. Memang sedap lebih-lebih lagi kalau makan yang baru keluar dari peti sejuk. Pastri yang rangup dan ditutupi dengan crumble enak. Ada pula inti yang berkrim. Memang sangat mengasyikkan. Bagi anda yang teringin nak cuba tapi susah nak jumpa orang yang jual, ha…resipi mudah perkongsian saudari Shima Maz dari Singapura ini boleh dicuba. Memang terbaik!
CREAMHORN CRUMBLE BERINTI KASTARD
BAHAN-BAHAN:
1 paket puff pastry saiz 8″
1 biji telur – dipukul sedikit untuk gam
Acuan creamhorn secukupnya – kalau tak ada boleh DIY sendiri. Guna kertas keras@manila kad buat acuan kon dan balut dengan aluminium foil
BAHAN CRUMBLE:
100gm tepung gandum
50gm mentega
50gm gula pasir (campurkan semua bahan dan ramas sehingga menjadi seakan serbuk roti)
CARA MEMASAK:
1. Ambil sekeping puff pastry, potong 7 bahagian ( Puan Shima potong 10 bahagian).
Ads
2. Ambil satu dan canai hingga nipis menggunakan kayu penggelek. Letakkan dihujung acuan dan lilitkan. Sapukan telur dihujungnya supaya melekat. Buat sehingga habis.
3. Sapukan telur di permukaan pastri dengan menggunakan berus, kemudian golekkan diatas crumble tadi.
4. Bakar dengan menggunakan api atas dan bawah dengan suhu 200c selama 25 minit @ sehingga kuning keemasan, mengikut oven masing-masing.
5. Keluarkan pastri creamhorn dari acuan dan sejukkan sebelum meletakkan inti.
BAHAN INTI VANILLA KASTARD:
2 cawan susu segar/susu cair
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung gandum
6 sudu besar gula
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar mentega
1/2 cawan whipping cream – (Puan Shima guna non-dairy whipping cream. Jika tiada, boleh abaikan tetapi letak whipping cream rasa inti akan lebih sedap)
CARA MEMBUAT:
Ads
1. Campurkan semua bahan inti kecuali mentega dan whipping cream. Kacau sebati dan masak dengan api sederhana.
2. Kemudian masukkan mentega. Sentiasa kacau sehingga kastard menjadi pekat. Tutup api dan sejukkan.
3. Pukul whipping cream sehingga kental dan campurkan ke dalam kastard yang telah sejuk tadi. Kaup balikkan hingga sebati.
4. Masukkan kastard ke dalam piping bag dan picitkan ke dalam pastri Creamhorn yang telah sejuk tadi.
Ads
5. Sedia untuk dinikmati.
INFO:
Adunan ini boleh dapat 35 biji Creamhorn
Pastri perlu dicanai hingga nipis supaya bila masak, teksturnya menjadi garing dan tidak tebal.
Kerepek kentang adalah salah satu jajan yang sedap dan disukai ramai. Jajan memang mengasyikkan kalau dimakan sambil tonton televisyen. Krup krap krup krap je kan? Nak buat sendiri jajan untuk dimakan seisi keluarga? Jom try resipi yang dikongsikan oleh Cahaya Malaika melalui chanel Telegram KakiMakan ni. Senang je nak buat tau.
POTATO CHIP ALA MR POTATO
BAHAN-BAHAN
6 biji kentang (mengikut kuantiti yang diperlukan)
Satu periuk air (untuk merebus kentang)
Sedikit garam (tak nak letak pun boleh)
2 sudu cuka makan
Serbuk cili
Serbuk cheese
Gula halus
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Basuh kentang. Kentang tak perlu buang kulit.
2. Hiris kentang nipis-nipis. Lebih mudah menggunakan penyagat atau slicer.
3. Didihkan air bersama cuka dan garam.
4. Masukkan kentang yang dihiris ke dalam air rebusan selama 3 minit sahaja. Ini untuk pastikan kentang kekal rangup dan tidak lembik apabila digoreng.
5. Basuh dan toskan kentang. Biarkan kentang kering. Boleh juga gunakan oven pada suhu rendah untuk cepatkan pengeringan.
6. Kentang kena betul-betul kering supaya rangup.
7. Goreng kentang sehingga kuning keemasan dan rangup. Angkat dan toskan minyak.
8. Gaul kentang dengan serbuk cili, serbuk cheese dan gula halus.
9. Simpan kerepek kentang dalam bekas.
INFO
Kalau tak nak letak apa-apa perasa pun boleh makan macam tu dah sedap.
Tergoda sungguh bila tengok Buttermilk Lemon Cake ini. Mana tidaknya, aroma mentega yang harum ditambah dengan rasa masam semula jadi dari jus lemon memang memikat selera. Untuk mendapatkan kek yang lebih beraroma, pastikan anda guna Mentega Anchor. Mentega tulen yang diperbuat daripada 100% susu segar lembu dari New Zealand ini adalah pilihan terbaik kerana aromanya saja sudah mampu menangkap selera.
BUTTERMILK LEMON CAKE
BAHAN-BAHAN:
225gram Anchor Butter Unsalted – suhu bilik
380gram tepung gandum
400gram gula kastor
240ml buttermilk
3 biji telur
2 sudu makan jus lemon
2 sudu makan parutan kulit lemon
½ sudu teh soda bikarbonat
½ sudu teh garam halus
BAHAN-BAHAN B (SIRAP):
2 sudu makan air
2 sudu makan gula kastor
2 sudu teh jus lemon
BAHAN-BAHAN C (GLAZE):
120gram gula aising
2 sudu makan jus lemon
CARA MEMBUAT:
Satukan tepung gandum, garam dan soda bikarbonat lalu ayak. Ketepikan.
Di dalam mangkuk kecil, satukan buttermilk, jus lemon dan parutan kulit lemon dan kacau sebati. Ketepikan.
Di dalam mangkuk pengadun, satukan Anchor Butter Unsalted dan gula kastor lalu pukul hingga agak kembang (3-4 minit) pada kelajuan sederhana.
Masukkan telur lalu pukul lagi hingga adunan kembang dan agak ringan.
Masukkan separuh campuran tepung lalu pukul perlahan diikuti dengan separuh campuran buttermilk. Masukkan separuh lagi campuran tepung dan separuh lagi campuran buttermilk. Gaul rata.
Tuang adunan ke dalam acuan kek pilihan yang telah disapu dengan mentega secukupnya. Ratakan.
Bakar kek di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 175-180C selama 50-60 minit atau hingga kek masak sempurna. Sejukkan sebentar dan keluarkan dari acuan.
Untuk membuat sirap; satukan semua bahan dalam kuali kecil lalu didihkan hingga semua bahan cair dan likat. Tuang sirap ke atas kek ketika kek masih agak suam.
Untuk membuat glaze; satukan semua bahan dan pukul menggunakan whisk hingga sebati dan likat.
Setelah kek sejuk dan menyerap sirap tadi, tuang pula glaze diatasnya. Jika suka boleh hias dengan hirisan lemon.
TIP: Parutan kulit lemon akan menaikkan lagi bau dan rasa kek. Buat ia bertambah enak!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Dodol panas-panas memang sedap. Malah ada yang suka makan dodol cair. Dapat sepiring, fuhhh…layan sungguh! Bagi anda yang ada periuk tekanan, selain masak lauk pauk, anda juga boleh guna buat masak dodol ni. 12 minit je dah boleh siap makan. Tak perlu tunggu berjam-jam. Bagi yang tak ada periuk tekanan, anda juga boleh masak dodol guna kuali non-stick. Menarik! Nak cuba? Ini resipinya.
DODOL SEGERA
BAHAN-BAHAN:
1 kotak kecil santan – jadikan 1 cawan. Kalau tak cukup, tambah air untuk genapkan sukatannya.
1/2 cawan gula pasir
1 cawan gula merah
1 cawan tepung pulut
1 sudu makan tepung gandum
Secubit garam
Daun pandan – simpul kasih
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan ( kecuali daun pandan) dan kisar.
2. Kemudian tapis dan masukkan ke dalam periuk noxxa. Masukkan juga daun pandan.
3. Tutup dan steam kan selama 4 minit.
4. Buka penutup dan kacau hingga sebati.
5. Kemudian tutup kembali periuk dan steam lagi selama 4 minit.
6. Ulang langkah ini sebanyak 3 kali.
7. Siap! Biarkan sejuk dan boleh dihidangkan.
RESIPI DODOL MASAK GUNA KUALI NON STICK
BAHAN-BAHAN:
500 gm tepung pulut
3 cawan gula melaka (*) (boleh juga gunakan gula merah)
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...