Cili kisar ni, mak mertua yang ajar. Dia dulu seorang peniaga nasi berlauk dan mi yang dijual di kedai makan di Singapura. Memang wangi aroma tumisan cili ni bila dimasak,senang, ringkas dan mudah bila-bila masa nak guna. Bila dah ada cili kisar macam ni,nak buat lauk jenis sambal,masak kicap, rendang,jenis-jenis bergoreng seperti mi, semua jadi mudah. Cili kisar ni boleh tahan selama satu bulan,tidak berbau,ia juga kurang pedas.Dekat sini saya sharekan caranya dan rahsia masak sambal sotong yang sedap.
BAHAN-BAHAN: 150gram cili kering kerinting 2 labu bawang putih 5 biji bawang besar 2 cm halia 1 batang serai 1 cm kunyit 4 sudu besar minyak masak
TONTON DAPUR RASA LIVE: Resipi Nasi Dagang Kelantan & Gulai Udang Diraja
CARANYA:
1)Gunting cili kering dan rebuskan sehingga lembut.
2)Apabila sudah lembut,tos airnya dan bilas cili yang telah direbus tadi.(sebab dekat cili kering kadang-kadang ada warna-warna hitam,serbuk-serbuk putih,kadang-kadang pun ada ulat. 3)Kupas bawang putih dan bawang merah dan potong bawang agar senang dikisar 4)Masukkan kesemua bahan,kisar dengan sedikit air dan minyak.Kisar sehingga lumat. *(kenapa letak minyak?membantu cili kisar tahan lama,tidak berbau dan bila kisar,cilinya tidak berbiji serta cilinya betul-betul hancur.
Ads
5)Simpan ke dalam bekas Dan masukkan dalam peti sejuk.
Cara Masak Sambal Sotong Agar Tak Kecut 1.Didihkan air ,masukkan sotong.Masak 4-5 minit.
Angkat Dan toskan sotong. Saya Guna 500gram sotong.
2.Masukkan satu senduk cili kisar tadi.Masak sehingga pecah minyak dan sehingga cilinya masak. Semasa masak cili ni,memang bau tumisan tu harum saja.
Ads
3.Apabila sudah pecah minyak,masukkan sehelai daun limau purut, satu sudu perahan air asam jawa.
4.Masukkan gula,garam,serbuk belacan dan Knorr.Gaul sebati.
5.Masukkan sotong dan dua sudu besar santan.
Kenapa masukkan santan?sebab nanti sambalnya akan rasa berlemak dan sedap.
Antara daun yang kerap dicampur dalam masakan sebagai penambah aroma ialah daun limau purut. Dengan aromanya yang segar, ia membantu menyedapkan masakan seperti tomyan, tumisan, gulai dan juga rendang. Untuk anda yang menyukai daun limau purut, ini ada info yang boleh dimanfaatkan mengenai daun pelbagai guna ini.
CARA MEMILIH:
Untuk mendapatkan aromanya yang kuat, maka anda perlu memilih daun yang elok dan segar. Pilih daun berwarna hijau tua dan licin. Elakkan daun yang ada kesan tompok coklat atau putih atau daun sudah berwarna kuningan, kering dan rosak. Semua ini mengurangkan aroma bila dimasukkan dalam masakan. Jika anda memetik daun limau purut di kebun sendiri, pilih daun paling bawah, kerana daunnya sudah matang dan akan menghasilkan bau yang lebih kuat berbanding daun muda.
CARA MENGGUNAKAN:
Jika ingin memasukkan daun limau purut dalam masakan, selepas daun dicuci, buang batangnya. Kemudian hiris halus daun tersebut. Tapi kalau ingin cepat boleh saja carik-carikkan atau meramaskannya supaya aromanya keluar.
SAMSUNG CAMERA PICTURES
CARA SIMPAN:
Jika daun limau purut ada lebih, anda boleh simpan dan digunakan dalam masakan yang seterusnya. Anda hanya perlu bungkusnya dengan kertas atau tisu dapur kemudian masukkan dalam plastik dan simpan dalam peti sejuk. Atau boleh simpan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk. Cara ini membantu daun limau purut segar lebih lama.
KEGUNAAN DALAM MASAKAN:
Sesuai dengan fungsinya memberikan aroma, daun limau purut juga boleh dijadikan hiasan dalam masakan untuk mencantik makann yang dihidang.
Anda penggemar sayur-sayuran, tapi yang menjadi sakit hati bila sayur hijau segar bila dimasak je berubah menjadi lebam. Kadang-kadang membantutkan selera makan. Sekarang usah risau kerana ada cara mudah menangani masalah ini hanya dengan garam.
Merebus atau celur: Semasa merebus sayur hijau seperti bayam atau sawi, anda hanya perlu menambah sedikit garam dalam air rebusan. Masak lebih kurang satu minit angkat dan toskan. Untuk menghilangkan rasa masin pada sayur, lalukan siramnya dengan air masak dan toskan semula dan sedia dihidangkan tanpa berubah warna.
2. Menumis: Anda disarankan gunakan minyak zaitun, tumis sekejap dan jangan biarkan sayur terlalu layu. Angkat dan segera dihidangkan.
3. Jangan biarkan sayur terlalu lama dalam kuali: Ini juga faktor menyebabkan sayur berubah warna. Pindahkan segera ke dalam pinggan sejurus masak, ia bukan hanya mengekalkan kehijauan sayur tetapi juga keranggupannya.
4. Gunakan api besar agar sayur masak sepantas kilat: Ia bertujuan mengekalkan kesegaran dan kehijauan sayur.
Nak bersihkan oven / ketuhar tapi kesan kotoran susah tanggal? Maklumlah, jika selalu guna untuk masak macam-macam makanan, pasti akan kotor. Jika dibiarkan, memang susah nak tanggal kesan makanan yang terpercik tu. Namun ada cara mudah sebenarnya untuk anda bersihkan oven tanpa guna banyak tenaga.
Petua yang dikongsi oleh Chef Asma ni memang mudah. Hanya menggunakan bahan-bahan yang memang ada di dapur sahaja. Jom cuba. Pasti ketuhar anda kelihatan lebih bersih dan seakan baru.
PETUA BERSIHKAN KETUHAR
BAHAN-BAHAN:
2 cawan air – lebih pun boleh
2 cawan cuka
1 cawan baking soda @ soda bikarbonat
Kain buruk
Botol spray
Mangkuk
Berus dawai periuk kasar
CARA-CARA:
Keluarkan semua perkakasan dalam ketuhar anda ( redai, tray dan sebagainya).
Campurkan baking soda, air dan cuka kedalam mangkuk. Tujuannya untuk jadikan campuran tu kepada cecair@ pes supaya mudah sapukan pada permukaan kotor.( masa tuang cuka, bancuhan akan nampak berbuih.)
Sapukan cecair @ pes tadi pada permukaan kotor dalam ketuhar. Baking soda akan bertukar jadi warna perang.
Biarkan selama 12 jam. Kena ikut supaya hasilnya menjadi seperti yang diingini.
Cukup 12 jam @ semalaman, ambik kain buruk @ berus dawai kasar dan gosok hingga hilang kesan minyak pada ketuhar.
Lap permukaan ketuhar hingga bersih. Kemudian bilas dengan sabun pencuci pinggan & spray dengan air bersih.
Kemudian lap dengan kain hingga betul-betul bersih. Hasilnya, ketuhar anda pasti berkilat.
CARA CUCI PERMUKAAN KACA (PINTU) KETUHAR
foto: http://stokkeland.info
Ulang langkah pertama tadi dengan menyediakan pes baking soda.
Sapu pes pada kaca ketuhar dan biar selama 30 minit.
Guna kain buruk untuk lap danbilas dengan air bersih. Pastikan anda lap hingga kering.
PERINGATAN:
JANGANswitch on ketuhar jika cermin oven masih basah. Pastikan betul-betul kering baru boleh on.
Pastikan bahagian dalam ketuhar juga benar-benar kering sebelum digunakan. Jika tidak ia boleh menyebabkan ketuhar berasap dan jika nasib tidak baik, cermin juga akan pecah.
Jangan simbah air pada kipas ketuhar. Cukuplah sekadar lap hingga bersih.
TIP DARI CHEF
foto: Chef Asma Nordin
foto: Chef Asma Nordin
Cecair bancuhan baking soda tadi juga boleh digunakan untuk rendam acuan biskut, tat dan kuih yang berkarat @ berminyak. Caranya ialah rendam semalaman @ berhari-hari. Kemudian gosok menggunakan span hingga kotoran hilang. Bersihkan dengan sabun cuci pinggan. Akhir sekali, bilas dengan air bersih. Hasilnya, acuan kuih akan berkilat macam baru.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.