Pernah makan Burger Salmon Cheese Banjir tak? Kalau belum, jomlah cuba buat di rumah. Bayangkan ikan salmon yang berjus dengan Keju Chesdale Burger yang cair dan meleleh. Gabungan rasa yang padu, memang kecur air liur! Jangan lupa nikmati bersama Fernleaf Minuman Yogurt Greek Style Tropical Fruits. Memang menyegarkan!
BURGER SALMON CHEESE BANJIR
BAHAN-BAHAN:
8-10 keping Chesdale Burger
2 biji roti bulat – belah tengah
4 keping kepingan ikan salmon
Lada sulah & garam secukupnya
Arugula/wild rocket salad secukupnya
Ads
Anchor Unsalted Butter secukupnya
Serbuk paprika – pilihan
CARA MEMASAK:
Tabur sedikit garam dan lada sulah ke atas kepingan salmon.
Letak sedikit Anchor Unsalted Butter dalam kuali leper. Letak kepingan ikan salmon lalu gril di kedua-dua bahagian hingga perang. Letak sekeping keju Chesdale Burger atas salmon lalu masak beberapa minit hingga keju agak cair.
Sapu sedikit Anchor Unsalted Butter pada roti bulat lalu gril kan sekejap dalam kuali leper.
Di dalam kuali kecil; letak 4-5 keping Chesdale Burger lalu cairkan di atas api. Biarkan keju cair sepenuhnya. Ambil kepingan salmon tadi lalu lumurkan cairan keju menutupi keseluruhan salmon. Jika suka pedas boleh tambah sedikit serbuk paprika.
Untuk membuat burger; Letak sedikit arugula salad dan salmon yang telah dicelup cairan keju ke atas roti. Tuang lebihan cairan keju, letak sekeping lagi keju Chesdale Burger dan tutup burger dengan sekeping lagi roti.
Untuk hidangan yang lebih enak dan sihat, minum bersama Fernleaf Minuman Yogurt Greek Style Tropical Fruits.
Kadangkala kita tak tahu nak buat apa untuk minum petang. Lepas Asar, sedap kalau duduk-duduk dengan famili sambil makan-makan. Melalui akaun facebook, Izwahani Zainal berkongsi resipi membuat jemput-jemput udang. Resipinya simple saja tapi rasanya cukup sedap dan sambalnya pula menambah cita rasa. Izwahani tidak menggunakan serbuk penaik sebaliknya dia menggantikannya dengan telur ayam.
JEMPUT-JEMPUT UDANG
BAHAN-BAHAN
Tepung gandum
Telur ayam
Bawang besar | potong dadu
Kucai | hiris halus
Lada merah | hiris halus
Udang saiz sederhana secukupnya | disiang bersih
Garam secukupnya
Air secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Satukan tepung dengan telur ayam, bawang besar, kucai, lada merah, udang dan garam.
2. Bancuh dengan air sehingga teksturnya tidak pekat dan tidak cair. Sesuai untuk digoreng.
3. Panaskan minyak masak dan goreng sesudu demi sesudu sehingga habis bancuhan.
SOS LADA MERAH
BAHAN-BAHAN
Lada merah
Bawang putih
Garam
Gula
Cuka/limau kasturi
Air masak
CARA MEMBUAT
1. Masukkan semua dalam mesin pengisar.
2. Kisar sehingga lembut.
Kentang Bakar ( baked potato) ni memang layan kalau makan panas-panas. Kalau di pasar malam, sebiji harganya adalah dalam RM5. Boleh tahan mahalnya. Kalau buat sendiri secara homemade, tentunya lebih jimat. Malah, boleh tabur keju sebanyak yang anda suka. Jom cuba!
Sayang kalau roti tu dibiarkan tamat tempoh. Selain dijadikan puding, anda juga boleh buat roti kering menggunakannya. Krup..krup rangup. Memang layan! Kena pula cicah dengan air kopi, perghhh..tak nampak dah orang kanan kiri. Jom lihat cara-cara membuat roti kering ni.
BAHAN-BAHAN:
Roti
Mentega | boleh juga guna marjerin
Gula
Sudu/ pisau untuk sapuan mentega dan gunting untuk potong roti
CARA MEMBUAT:
1. Ambil roti dan sapukan marjerin di kedua-dua permukaan roti. Taburkan gula secukupnya.
2. Potong roti mengikut saiz yang anda gemari. Guna gunting untuk lebih mudah.
3. Susun kepingan roti di dalam dulang pembakar.
4. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 200C selama 20-25 minit. Guna api atas bawah.
5. Keluarkan roti dan sejukkan.
6. Simpan di dalam balang kedap udara.
Nota: Waktu membakar berlainan bagi setiap ketuhar. Oleh itu kena selalu jengah roti anda bagi mengelakkan ia hangus.
Nak buat aiskrim homemade lembut, halus dan murah? Ini resipi viral dengan 5 bahan ringkas yang rasanya setanding jenama mahal. Mudah, cepat dan confirm menjadi!