Kalau boleh setiap hari kita nak bekalkan makanan untuk anak ke sekolah, tetapi kadang-kadang mati idea juga, betulkan? Ini RASA nak kongsikan menu Bebola kentang Inti Pop Corn Ayam, mak-mak jangan risau ini menu yang mudah, sedap dan sihat. Siap dengan DIY membuat supaya lebih senang mencubanya. Jangan tak sempat simpan untuk bekal sudahlah…
BEBOLA KENTANG INTI AYAM AYAM
BAHAN-BAHAN:
2 biji kentang | buang kulit dan kukus
1 biji telur
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu makan hirisan bawang
1 sudu teh serbuk perasa ayam
1 sudu teh serbuk lada sulah
Sedikit garam
Minyak masak secukupnya| untuk menggoreng
1 cawan pop corn ayam
1 cawan nestum
LANGKAH DEMI LANGKAH:
LANGKAH 1: Lenyekkan kentang hingga hancur.
Ads
LANGKAH 2: Campurkan daun bawang. lada sulah, garam dan serbuk perasa ayam, gaul rata.
Ads
LANGKAH 3: Masukkan tepung, gaul rata dan bulatkan seperti guli.
LANGKAH 4: Leperkan dan letakkan di dalamnya poplcorn ayam, kemudian bulatkan semula.
Ads
LANGKAH 5: Celupkan dalam telur, kemudian golekkan di dalam mangkuk berisi nestum.
LANGKAH 6: Panaskan minyak dengan api sederhana, goreng bebola kentang hingga keperangan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Putu Mayam sejenis makanan tradisional India yang mendapat sambutan yang cukup baik di kalangan berbilang bangsa. Memang layan kalau dapat makan panas-panas. Berkeping-keping boleh dihabiskan tanpa sedar. Jom kita buat resepi Putu Mayam original seperti yang dikongsikan oleh Faizah Husain
RESIPI PUTU MAYAM
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung beras –BELI ONLINE 1 cawan air 1 sudu teh garam –BELI ONLINE 1 sudu makan minyak jagung – BELI ONLINE Pes pandan (jika nak rasa pandan dan warna hijau) Daun pisang Gula kabung – BELI ONLINE Kelapa parut putih
CARA MEMBUAT:
1. Potong daun pisang bentuk bulatan besar sedikit dari saiz putu mayam. Panaskan periuk kukus.
2. Dalam periuk lain masak air hingga mendidih.
3. Masukkan garam dan minyak jagung. Kacau biar sebati.
4. Tutup api dan masukkan tepung beras sedikit-sedikit sambil terus mengacau hingga jadi adunan lembut. Jika belum lembut tambah tepung sedikit demi sedikit.
5. Adunan panas-panas terus masukkan ke dalam acuan putu mayam. Kalau sejuk adunan keras tak boleh nak putar acuan.
6. Susun daun pisang yang telah disapu minyak dalam kukusan. Putar acuan secara membulat biarkan doh jatuh secara bertali di atas daun pisang. Jika tak tahan panas boleh putar di luar kemudian susun dalam kukusan.
7. Kukus lebih kurang 2 ke 3 minit sahaja. Balut penutup kukus dengan kain supaya wap tak jatuh. Sudah masak, susun dalam bekas.
8. Parut gula kabung. Guna gula kabung sebab kesedapan gula kabung tidak sama dengan gula lain.
9. Gaul gula kabung dan kelapa parut makan bersama putu mayam.
Ramai yang suka makan Kuih Pulut Sekaya atau juga dikenali dengan nama Kuih Tok Aji Serban tetapi tak berani nak cuba masak sendiri di rumah kerana risau kuih ini sukar untuk dihasilkan. Jangan bimbang, sebenarnya mudah sahaja. Anda boleh rujuk resipi langkah demi langkah perkongsian saudari Asmida Nor. Lengkap dengan gambar. Barulah mudah untuk dirujuk. Jom cuba! Hasilnya memang enak dan beliau guna resipi ini untuk jualan juga. Selamat mencuba!
Sebut sehaja laksa , siapa saja tak terliur, Setiap negeri laksanya berbeza-beza rasa. Kesedapan laksa terletak pada kepekatan kuah dan keseimbangan rasa. Buat yang pernah merasa laksa utaqa pasti terbayang akan kesedapannya. Memang boleh meleleh air liur dibuatnya. Ikan yang segar menjadikan rasa kuah yang dihasilkan enak.
Laksa Utaqa ikan Sekoq
Bahan-bahan (hidangan 6 orang)
Rebus 20 ekor ikan kembung 2-3 keping asam keping
Kisar 10-15 tangkai cili kering (rendam dulu) 3 biji bawang besar Belacan (besar ibu jari)
Kuah 1 batang bunga kantan Daun kesum Garam& gula, ajino moto secukup rasa
Cara memasak:
1. Mula-mula rebuskan ikan kembung bersama asam keping sehingga ikan masak dan masukkan sedikit garam. 2.Rebus ikan tadi, kisar ikan kembung yang rebus itu. Asingkan ikan dengan tulang dan kisarkan semua isi dahulu dan kemudian tapis isi ikan yang sudah dikisarkan tadi>Gunakan tapis yang sedikit besar supaya isi ikan itu dapat turun yang tinggal cuma tulang sahaja) 3.Selepas selesai kisar semua isi ikan,kisar pula semua tulang ikan itu. Semua bahan yang dikisar guna air rebusan ikan itu sahaja 4.Selepas kisar semua dan tapis masukkan ke dalam periuk buka api sederhana dan biarkan ia mendidih kemudian masukkan bunga kantan dan daun kesum. 5.. Kemudian masukkan terus bahan yang dikisar ke dalam periuk dan kacau hingga sebati. Masak hingga ramuan tadi sebati. 6. Siap untuk dihidang bersama laksa