Masukkan tepung dan baking powder tapi jangan gaul guna mixer,cukup sekadar kaup dan balik guna senduk atau spatula.
Masukkan dalam loyang yang dah disapu majerin dan bakar dalam ketuhar ikut kepanasan yang sesuai.
Ads
Ikut jenis ketuhar masing-masing. Dah masak angkat dan keluarkan dari loyang guna scraper.
Letak di atas kertas A4. Sapu jem kegemaran anda dan gulung ketika masih panas.
Ads
Jem nenas saya hanya guna jem nenas untuk tart tapi saya tambah 500ml air dan 1kg jem tart. Masak atas api sederhana hingga gula dan jem sebati dan mendidih.Tutup api dan biarkan sejuk baru guna.
Ada yang dapat idea dan jalan untuk berniaga tambah pendapatan. Rezeki Allah tiada terduga. Boleh cuba buat resipi congo bar ini. Taburan coklat cip, kepingan badam dan kacang walnut di dalam congo bar ini memang padu rasa.
CONGO BAR Bahan- bahan: 315 gram tepung gandum 250 gram gula perang-BELI ONLINE DI SINI 150 gram mentega-BELI ONLINE DI SINI 3 biji telur 2 1/2 sudu kecil serbuk penaik 1 sudu kecil garam 1 sudu kecil esen vanila-BELI ONLINE DI SINI 100 gram coklat cip 100 gram badam keping 100 gram badam hiris 100 gram kacang walnut
Cara membuat: 1. Ayak tepung, serbuk penaik dan garam (Bahan A) 2. Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata mentega melarut. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sebati. Masukkan esen vanila. Masukkan semua Bahan A.
3. Masukkan coklat cip, badam keping, badam hiris dan kacang walnut. Gaul sekata. Simpan sedikit coklat cip dan badam keping untuk ditabur pada bahagian atas Congo Bar.
4. Tuangkan adunan kedalam bekas 9 X 9 yang telah dialas dengan ‘baking paper’. Tabur coklat cip dan badam keping. 5. Bakar pada suhu 170 degree C selama 30 minit atau sehingga permukaan atas Congo Bar kuning keemasan.
Kredit: Zaky Mat Ali
Teringin sangat nak makan kek yang nikmat di tekak. Tapi takut pula tak menjadi. Dengan resipi ni korang tak perlu risau, pasti menjadi kalau ikut langkah demi langkah. Mudah jer . Bahan-bahan pun tidak susah nak cari.
Bahan-bahan:
3 biji telur 1 sudu kecil esen vanilla-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu besar pewarna hijau-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu besar perasa pandan kelapa (pandan kelapa lag isedap dari pandan…selalu dekat kedai bakery je ada) 1sudu besar ovallete-BELI ONLINE DI SINI 1 cawan gula (kalau tak nak manis kurangkan)
Cara memasak:
1. Pukul dengan kelajuan tinggi lebih kurang 5 minit hingga kembang.
2. Masuk 1/4 cawan susu dan pukul perlahan.
3. Masuk 1 1/2 cawan tepung gandum yang dicampur dengan satu sudu kecil baking powder. Pukul perlahan hingga sebati.
4.Masuk 1/4 cawan minyak dan gaul sebati.
5.Masuk dalam loyang saiz 8 inci.Tutup dengan aluminium foil. Kukus 50 minit.
6.Siap kukus. Belah tengah jadi dua lapisan. CONFIRM GEBU!
Sebenarnya boleh sediakan sendiri ayam gunting ini di rumah dengan taburan serbuknya sekali. Ikut resepi yang dikongsikan oleh Are Peace ini.Menurut lelaki ini, resipi ayam gunting tersebut diberikan oleh peniaga ayam gunting sendiri yang dia gunakan untuk meniaga.