Cara Buat Ayam Popcorn Homemade Untuk Kudapan Anak-Anak.

Share

Mudahnya nak buat Ayam Popcorn homemade perkongsian saudari Amie Samuri ni. Sesuai dijadikan kudapan anak-anak sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina ni. Bahan yang digunakan pun sangat ringkas dan mudah untuk diperolehi. Jom cuba.

 

RESIPI AYAM POPCORN HOMEMADE

BAHAN AYAM:

  • Dada ayam – dipotong dadu
  • Lada sulah secukupnya
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • Garam dan perasa secukupnya

BAHAN GORENG:

  • Tepung gandum secukupnya ( campur dengan sedikit baking powder) – letak dalam mangkuk
  • Telur – dipukul rasa. Letak dalam mangkuk

CARA MEMASAK:

1. Satukan semua bahan ayam ke dalam mangkuk. Gaul rata dan perap seketika.

2. Ambil isi ayam yang diperap, salut dalam campuran tepung hingga rata.

3. Kemudian celupkan dalam bancuhan telur dan salut sekali lagi dalam campuran tepung.

4. Masukkan dalam minyak panas dan goreng hingga garing dan keperangan.

5. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati bersama sos dan mayones.

Kredit resipi & foto: Amie Samuri

IKLAN