Cara buat ayam percik dalam air fryer ini kena belajar memandangkan dah masuk bulan puasa. Selalunya waktu Ramadan inilah kita teringin makan hidangan ini.
Supaya tak perlu berasap satu rumah, boleh bakar ayam percik ini guna cara yang lebih mudah iaitu menggunakan air fryer. Kebanyakan rumah dah ada alat ini kan…
Cara buat ayam percik guna air fryer
Bahan-bahan
Ayam separuh ekor -dipotong dan dibersihkan
2 sudu minyak masak
Bahan perapan buat ayam percik
2 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah atau 1 biji bawang besar
3 inci halia
2 batang serai -dipotong kecil
2 sudu ciliboh -lebihkan jika mahu pedas
1/4 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa
Ads
Cara memasak
1. Kisar semua bahan perapan hingga lumat.
2. Masukkan bahan kisar dalam mangkuk besar bersama dengan ayam. Gaul rata dan kemudian letakkan minyak masak.
Ads
3. Perap ayam selama dua jam atau lebih. Lebih lama diperap lebih sedap.
4. Alas ayam dengan aluminium foil kemudian bakar dalam air fryer menggunakan suhu 170 darjah selsius selama 15 minit.
Ads
5. Sebelah 15 minit balikkan ayam dan bakar lagi hingga 10 minit. Siap
Daging Masak Cili Kering ni sangat mudah dibuat. Bahan-bahan rencahnya paling ringks tapi sangat sedap.
Untuk memasaknya, anda hanya perlukan bawang merah dan cili kering sebagai rencah utama. Tak perlu yang lain. Tiada sos yang diguna. Untuk menambah rasa pun, cukup sekadar perasa asas seperti garam, gula dan juga perasa.
Bagi anda yang nak cuba resipi perkongsian saudari Nana Ereena ni, pasti puas hati dengan rasanya. Paling sedap makan bersama nasi putih panas. Gaul-gaul sambalnya dengan nasi, memang padu. Jika nak tambah petai, pun boleh. Ikut selera masing-masing. Selamat mencuba!
CARA MASAK DAGING MASAK CILI KERING PALING SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
400gm daging
1 genggam cili kering – beli online disini
3-4 biji bawang merah – beli online disini
2 batang serai
Garam, gula & perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Hiris daging kemudian rebus hingga empuk. Angkat dan toskan airnya.
2.Panaskan minyak dalam kuali. Goreng hirisan bawang merah hingga wangi. Angkat dan toskan minyaknya.
3.Kemudian masukkan cili kering. Goreng lagi hingga bertukar warna. Angkat dan toskan minyaknya.
4. Masukkan bawang dan cili kering yang digoreng tadi ke dalam pengisar. Masukkan sedikit air dan kisar hingga halus. Boleh juga kisar guna minyak gorengan tadi.
5.Tumis kembali bahan kisar tadi hingga pecah minyak. Masukkan serai. Tumis lagi hingga wangi.
6. Seterusnya masukkan daging yang telah direbus empuk tadi. Gaul sebati.
7.Perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya.
8.Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kalau ada yang buntu nak masak apa untuk hidangan makan malam, boleh hidangkan spaghetti bersama kuah Bolognese homemade. Lagi puas hati bila masak sendiri kuah sos Bolognese meatball chicken. Jom kita cuba resipi yang dikongsikan Nazri Mat Zain ini. Sesuai untuk hidangan buat keluarga tercinta.
1. Mula-mula, rebus tomato dan lobak merah yang sudah dipotong hingga mendidih dan kulit tomato menggelupas. 2. Bila sejuk, tanggalkan kulit tomato yang menggelupas. Lakukan sampai habis. 3. Kemudian, kisar buah tomato tadi bersama lobak merah dan 3 @ 4 tangkai cili kering (bagi saya, kalau tak pedas tak sedap). Ketepikan.
4. Masukkan separuh mentega ke dalam kuali. Tumis sekejap bawang holland dan bawang putih hingga naik bau. 5. Masukkan bahan yang dikisar tadi dan ayam kisar atau daging burger. Masak hingga mendidih. Pastikan guna api perlahan ye.
6. Bila kuah dah mendidih letup-letup tu, masukkan tomato puree, sos cili, gula, garam dan serbuk perasa secukup rasa. Kacau rata.
7. Masukkan bebola ayam atau daging (tak kisah guna yang mana). Masak hingga mendidih. 8. Masukkan oregano. Saya suka masukkan lebih oregano sebab rasanya akan menjadi lagi sedap. 9. Akhir sekali, masukkan separuh lagi baki mentega yang ada. Biarkan mentega cair dengan sendirinya. Kacau-kacau dan angkat.
10. Kuah meatballs ni biar ada rasa masin, manis dan masam. Pandai-pandailah nak mengolahkannya. Siap untuk dihidangkan.
Banana Peanut Butter Oatmeal ialah sarapan sihat, mengenyangkan dan cepat disediakan. Ketahui cara membuatnya dengan bahan ringkas serta manfaat nutrisi yang membantu tenaga dan kesihatan harian anda.