
Tak ada dapur khas untuk apam balik, tak semestinya anda tak boleh hasilkan kuih. Boleh je. Jom cuba resipi perkongsian saudari Sapura Pua ni. Memang best! Boleh letak banyak inti.
APAM BALIK HOMEMADE
BAHAN DOH APAM ( HASIL ANGGARAN 5 KEPING):
- 2 cawan tepung gandum
- 1/4 cawan gula
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh baking powder
- 1 biji telur
- 1 1/2 cawan susu cair / full cream
- 1/2 sudu teh garam
- Sedikit pewarna kuning
CARA-CARA:
1.Ayak tepung, baking powder dan soda bikarbonat.
2.Pukul telur dan gula sehingga sebati. Gula tidak perlu larut sangat.
3.Masukkan susu dan pewarna. Teruskan kacau sehingga sebati.
4.Masukan campuran tepung yang telah diayak tadi dan kacau sebati sehingga adunan licin dan tidak berketul. (jika nak lagi mudah, tapis adunan).
5.Perap adunan selama 1 jam.
BAHAN TABUR / INTI:
- Kacang tanah | digoreng tanpa minyak dan dikisar
- 1 tin jagung manis
- Mentega / marjerin secukupnya
- Gula secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan kuali tak melekat dan sapukan sedikit marjerin.
2. Masukkan 2 senduk adunan tepung dan ratakan sekeliling.
3. Tabur gula ( anggaran 2 sudu makan) dan tutup kuali. Biar hingga adunan masak. Jika mahukan apam yang rasa lebih manis, lebihkan gula. Kalau apam ada lubang-lubang halus diatasnya, bermakna adunan tersebut menjadi.
4. Tabur kacang tanah rata-rata diikuti mentega dan jagung.
5. Lipat apam dan balikkan. Angkat.
6. Sedia untuk dinikmati.
Petua:
Kalau kuali melekat, ambil kuning telur sahaja dan masak dalam kuali tersebut sehingga masak. Ambil tisu dan tonyoh telur tersebut di permukaan kuali. Telur jadi hangit pun tak apa. Insya-Allah kuali jadi tak melekat dah.
Kredit resipi & gambar: Sapura Pua
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Rugi Cuba, Rasa Lemak Manis Kuih Koci Labu Leleh

Ada peminat kuih koci labu tak? Sedapnya dapat makan kuih ni. Rasanya yang lemak manis disukai ramai.
Jom kita buat kuih koci labu dengan resipi yang dikongsi saudari Nor Al Fatihah.
CARA BUAT KUIH KOCI LABU LELEH
BAHAN DOH KOCI:
2 cawan tepung pulut – beli online di sini
1 cawan puri labu (1/2 biji labu direbus/kukus. Kemudian, kisar tanpa air guna pengisar kering)
Sedikit air
½ sudu teh garam halus
Pewarna kuning (optional)
TONTON Dapur Rasa Live: Roti Wholemeal Walnut
TONTON Dapur Rasa Live: Buko Pandan versi Ketodiet
BAHAN INTI KELAPA
1 biji kelapa parut putih
½ cawan air
1 ½ keping gula melaka – beli online di sini
3 sudu besar gula pasir
Secubit garam
1 sudu besar tepung gandum – beli online di sini
2 helai daun pandan | disimpul
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
BAHAN DADIH SANTAN:
1 cawan santan pekat (saya pakai santan kotak) – beli online di sini
1 cawan air
1 sudu besar tepung beras – beli online di sini
1 sudu besar tepung jagung – beli online di sini
½ sudu teh garam halus
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
BAHAN-BAHAN LAIN:
Daun pisang secukupnya
Minyak untuk disapu pada daun pisang
CARA BUAT:
1. Inti kelapa; Cairkan gula melaka, gula pasir, garam bersama air dan daun pandan.
2. Masukkan kelapa parut. Kacau hingga air kering. Kemudian, campur tepung gandum. Kacau sebati. Inti jangan terlalu kering, biar lembab-lembab sikit baru sedap. Sejukkan inti dan bulat-bulatkan sebesar biji guli.
3. Doh koci; Satukan tepung pulut, puri labu dan garam. Gaul. Tambah air sedikit demi sedikit dan pewarna kuning sambil gaul hingga menjadi doh. Dohnya seperti buat doh buah melaka.
4. Sapu dulang dengan minyak supaya doh tak melekat pada dulang. Ambil sedikit doh, leperkan dan letak inti di tengahnya. Gentel bulat. Saya dapat 33 biji koci. Bergantung pada saiz juga.
5. Didihkan air. Rebus doh koci. Bila ia timbul di permukaan air, bermakna ia sudah masak. Toskan. Letak di dalam dulang dulu yang disapu sedikit minyak. Jarak-jarakkan koci supaya ia tak melekat di antara satu sama lain.
6. Dadih santan; Satukan semua bahan. Kacau sentiasa di atas api kecil hingga pekat dan meletup-letup.
7. Masukkan koci ke dalam dadih dan gaul perlahan-lahan.
8. Sapu daun pisang dengan sedikit minyak. Letak koci dan sedikit dadih santan di atasnya. Lipat kedua-dua belah daun pisang.
9. Kemudian, hujungnya dilipat secara bersilang ke tengah. Kemudian, lipat lebihan hujungnya ke bawah.
10. Didihkan pengukus dulu. Kukus koci selama 5 minit dengan api sederhana.
Kredit resipi: Nor Al Fatihah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Kuih Kasturi Lemak Rasa, Kerangupannya Memang Puas Hati Makan

Kuih muih tradisi memang mempunyai keistimewaaan tersendiri. Mungkin ada di antara kuih ini menjadi nostalgia zaman kita kanak-kanak dahulu. Dah lama teringin nak kuih kasturi ni, kalau beli kat kedai keras sebab kacang bercampur tepung gandum. Kalau ikut resipi ni dapat hasilkan 20 biji kuih kasturi.
KUIH KASTURI
Bahan-bahan:
250gm kacang hijau
2 senduk kelapa parut
3 senduk gula ikut manis yang kita suka
untuk salutan celup tepung:
1 cawan tepung beras cap teratai
1 sudu tepung jagung (optional)
1 sudu air kapur makan
Garam secukup rasa
Sedikit kunyit
Dapatkan Gintell DeSpace Care Massage Chair dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
Cara membuat:
1.Rendam kacang hijau 1-2 jam. Kemudian rebus.
2.Agak kering air,letak gula. Gaul sampai kering dengan api perlahan.
3.Letak kelapa dan tunggu sejuk. Saya letak dalam peti sejuk sebab buat malam. pagi tu.Keluarkan bentukkan macam di atas. Pastikan padat kalau tak berderai masa goreng.
4.Celup bancuhan tepung kemudian goreng.
Kredit : Zunainah Hamid
Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Koleksi Resipi Kuih Muih Tradisional Melayu Sedap & Popular.

Bagi peminat juadah kuih muih tradisi pastinya tidak dapat melupakan keenakan hidangan ini yang sememangnya memenuhi cita rasa. Lemak, pedas, berempah…Memang cukup rasa! Pendek kata sekali makan, nak lagi cuba berkali-kali. Jom lihat senarai kuih-kuih tradisional Melayu yang paling popular di kalangan rakyat Malaysia.Nak buatnya pun senang. Anda boleh cuba.
1. CUCUR BADAK
BAHAN-BAHAN A:
- 200gm ubi keledek|direbus dan lecek
- 120gm tepung gandum
- Sedikit garam
BAHAN-BAHAN B:
- 1 biji kelapa parut|diambil putihnya sahaja
- 15 ekor udang sederhana|buang kulit dan cincang
- 4 biji cili merah|kisar
- 4 biji bawang merah|kisar
- 2 ulas bawang putih|kisar
- 1 batang serai|dimayang halus
- Sedikit serbuk kunyit
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat inti cucur badak, panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau.
- Masukkan udang yang dicincang dan kelapa parut. Tumis sehingga agak garing. Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Sejukkan.
- Untuk menyediakan doh pula, satukan semua bahan dan bentukkan ia menjadi bulat kemudian dileperkan. Masukkan inti ke dalam doh dan kemaskan.
- Goreng di dalam api yang sederhana sehingga ia menjadi kekuningan.
Info Chef: Pastikan cucur badak digoreng di dalam api yang kecil untuk mengelakkan ia menjadi hangus.
2. CUCUR KETAM BERCILI
BAHAN-BAHAN:
- 400gm tepung naik sendiri
- 150ml air
- 100gm isi ketam|dihancurkan
- 3 tangkai kucai|dipotong kecil
- 1 biji cili merah|dicincang halus
- 1 biji bawang besar|dimayang halus
- 1 biji telur
- 5gm soda bikarbonat
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan cucur di dalam mangkuk besar dan kacau rata. Jika adunan terlalu lembik tambah sedikit tepung dan jika terlalu kental tambah sedikit air.
- Biarkan adunan cucur selama 10 hingga 15 minit.
- Panaskan minyak yang banyak. Sudukan sesudu besar bancuhan cucur dan goreng hingga keperangan. Toskan.
- Hidangkan bersama sos pilihan.
Info Chef: Pastikan anda tidak membancuh terlalu banyak air untuk bancuhan cucur kerana ia akan menjadi tidak kenyal.
3. JEMPUT-JEMPUT KENTANG
BAHAN-BAHAN:
- 420gm tepung gandum
- 250ml air
- 125ml susu
- 8 ekor sotong|dihiris halus
- 2 biji ubi kentang|disagat
- 5gm garam
- Sedikit lada sulah
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Bancuh tepung bersama air dan susu sehingga sebati. Tambah garam dan lada sulah. Masukkan sotong dan ubi kentang. Gaulkan sehingga ia sebati.
- Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Ambil sesudu bancuhan dan masukkan ke dalam kuali.
- Goreng sehingga kekuningan atau sehingga masak. Toskan.
- Hidangkan bersama sos pilihan.
Info Chef: Selain penggunaan susu, krim segar turut boleh digunakan di dalam penyediaan cucur ini.
4. KARIPAP INTI KELEDEK & AYAM
BAHAN-BAHAN A:
- 500gm tepung gandum
- 200ml air
- 125ml minyak masak
- 60gm marjerin
BAHAN-BAHAN B:
- 2 biji ubi keledek|dibersihkan dan dadu kecil
- 125gm isi ayam rebus
- 60gm rempah kari
- 1 labu bawang besar|dicincang halus
- 1 tangkai daun kari
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat kulit karipap, panaskan marjerin bersama minyak hingga semua bahan cair dan benar-benar panas. Tuangkan campuran marjerin dan minyak panas tadi ke dalam tepung gandum dan gaulkan sehingga rata.
- Setelah suam, uli hingga sebati sambil ditambah air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama sejam.
- Untuk membuat inti pula, panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang sehingga wangi. Masukkan rempah dan daun kari. Tambah sedikit air.
- Masukkan ubi keledek dan tambah air secukupnya lalu didihkan hingga ubi keledek menjadi empuk. Tambah isi ayam, garam dan gula secukup rasa. Didihkan beberapa minit sehingga inti menjadi kering. Sejukkan.
- Canai kulit karipap dan terap menggunakan acuan karipap. Letak sesudu inti dan kemaskan kelilingnya. Goreng karipap hingga kuning keperang-perangan.
Info Chef: Untuk memastikan doh benar-benar lembut, rehatkan ia selama sejam sebelum dicanai.
5. POPIAH SAYUR GORENG
BAHAN-BAHAN:
- 10 keping kulit popia
- 6 ekor udang|dicincang
- 250gm hirisan kubis panjang
- 1 batang lobak|diparut
- 125gm sengkuang|potong memanjang kecil
- 5 biji bawang kecil|tumbuk halus
- 4 ulas bawang putih|tumbuk halus
- Garam secukup rasa
- Lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga wangi. Masukkan udangdan kesemua sayuran lain.
- Tambah garam, lada sulah dan gula secukup rasa. Sejukkan inti seketika.
- Ambil sesudu inti dan letak di atas kulit popia, gulung kemas. Goreng popia di dalam minyak yang banyak hingga kekuningan dan tos.
- Hidangkan bersama sos pilihan.
Info Chef: Penggunaan udang boleh digantikan dengan isi ketam.
6. PULUT PANGGANG SERUNDING
BAHAN-BAHAN A:
- 300gm pulut
- 250ml santan pekat
- Garam secukup rasa
- Daun pisang/daun nyirik secukupnya
BAHAN-BAHAN UNTUK SERUNDING:
- 200gm udang segar|bersihkan dan cincang kasar
- 50gm udang kering|ditumbuk lumat
- 1 biji kelapa parut|diambil putihnya sahaja
- 2 batang serai|dimayang halus
- 4 biji cili merah|tumbuk lumat
- 5 biji bawang merah|tumbuk lumat
- 4 ulas bawang putih|tumbuk lumat
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Rendam pulut selama 30 minit. Kukus sehingga separuh masak. Tuang santan yang dicampur sedikit garam ke atas pulut dan kukus lagi hingga tanak. Ketepikan.
- Untuk membuat serunding, tumis bawang tumbuk sehingga wangi. Masukkan serai dan kelapa parut lalu tumis beberapa minit.
- Masukkan udang, garam dan gula. Tumis sehingga udang masak dan serunding menjadi agak garing.
- Ambil sehelai daun pisang atau daun nyirik. Letakkan sesudu besar pulut kukus dan ratakan.
- Isikan inti dan kemaskan balutan. Panggang sehingga daun agak layu dan pulut panggang masak.
Info Chef: Pulut boleh ditanak dengan menggunakan daun pisang ataupun daun nyirik
7. PULUT TANAK SAMBAL BILIS
BAHAN-BAHAN A:
- 500ml santan pekat
- 50ml air
- Sedikit garam
BAHAN-BAHAN B:
- 100gm ikan bilis|goreng garing
- 10 biji cili padi|dikisar
- 2 biji cili hijau|dikisar
- 5 biji bawang merah|dikisar
- 4 ulas bawang putih|dikisar
- 1 labu bawang besar|dipotong bulat
- 5ml air asam jawa
- Sedikit belacan
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Satukan kesemua bahan A di dalam periuk. Tanak sehingga pulut masak.
- Untuk membuat sambal tumis, panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
- Masukkan belacan, bawang besar dan sedikit air. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masukkan ikan bilis goreng ke dalam sambal dan kaup-balikkan. Ketepikan.
- Ambil sehelai daun pisang/daun nyirik, sendukkan sedikit pulut tanak ke dalam daun. Sudukan sedikit sambal tumis ke atas pulut.
- Kemaskan balutan daun dan sedia dihidangkan.
Info Chef: Rendam beras pulut terlebih dahulu selama dua jam sebelum ditanak.
BOLEH CUBA: DONUT PANDAN SUSU GEBU
Resipi Donat Pandan Susu Gebu. Terlajak Mudah & Senang Nak Buat. Memang Wajib Cuba!
8. SAMOSA
BAHAN-BAHAN:
- Kulit popia secukupnya
- 2 biji ubi kentang – bersihkan & dadu
- 10-15 ekor udang sederhana – bersihkan & cincang
- 2 sudu makan serbuk kari
- 1 labu bawang besar – cincang
- 1 tangkai daun kari
- Garam & gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat inti; panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bawang hingga naik bau. Masukkan serbuk kari dan daun kari dan sedikit air. Masukkan ubi kentang dan tambah dua sudu makan air. Didihkan hingga ubi kentang empuk.
- Masukkan udang, garam dan gula secukup rasa. Masak hingga sebati hingga inti menjadi kering. Sejukkan.
- Untuk membuat samosa; ambil sekeping kulit popia, letakkan sesudu inti ke dalamnya dan bentukkan mengikut cita rasa(gulung/segi tiga).
- Goreng di dalam minyak yang banyak hingga kuning keperang-perangan.
9.LEMPENG GULUNG DAN SAMBAL IKAN
Bahan-bahan A:
- 150g tepung gandum
- 350ml air
- 1 biji telur
- Sedikit minyak
- Garam secukup rasa
Bahan-bahan B (sambal ikan):
- 3 ekor ikan kembung/selar – potong kecil & goreng garing
- 3 sudu makan cili kisar
- 1 labu bawang besar – potong bulat
- 4 ulas bawang merah – kisar
- 3 ulas bawang putih – kisar
- 1 sudu teh air asam jawa
- Garam & gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Campur semua bahan A di dalam mangkuk pengadun. Kacau rata hingga bancuhan menjadi likat ( tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair).
- Panaskan kuali leper dan sapukan sedikit minyak di permukaan kuali. Ambil sesenduk bancuhan tepung dan ratakan menjadi kepingan lempeng yang nipis.
- Biarkan lempeng masak untuk beberapa minit. Keluarkan lempeng dari kuali. Gulung dan ketepikan.
- Untuk membuat sambal ikan: panaskan 2-3 sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar dan cili kisar hingga wangi dan agak garing. Masukkan bawang besar, air asam jawa dan gula secukup rasa.
- Masukkan ikan yang telah digoreng di dalam sambal dan kaup-balikkan. Hidangkan bersama lempeng gulung.