Mesti ramai yang menerima daging korban sempena Aidiladha baru-baru ini. Jika belum berhajat untuk memasak daging korban ini pastikan ia disimpan dengan cara yang betul supaya kualiti daging segar ini terjaga.
Untuk menyimpan daging yang baru disembelih ini memang ada caranya. Bukan pakai masuk dalam freezer saja. Kena ikut kaedah ini supaya kualiti daging itu terjaga dan tahan lama.
1. Jangan cuci daging korban sebelum disimpan
Sebelum disimpan, daging korban jangan dicuci. Jika dicuci guna air paip, kuman mungkin akan masuk dan tinggal di dalam daging. Itu akan merosakkan kualiti daging. Mencuci hanya dibuat apabila daging berkenaan hendak dimasak pada keesokan harinya.
Ads
2. Potong dalam kuantiti kecil
Jika mendapat daging dalam jumlah yang banyak, jangan simpan daging keseluruhan daging dalam freezer. Cara yang betul ialah dengan memotong daging berukuran lebih kecil, kemudian simpan di dalam plastik-plastik berukuran 1/2 kg atau 1 kg.
Bila hendak memasak, ambil satu plastik yang kecil sahaja, biarkan yang lain tetap beku di dalam freezer. InsyaAllah daging dalam keadaan beku dapat disimpan dalam jangka masa lama.
Ads
3. Elak terus simpan daging dalan ruang sejuk beku
Sebelum disimpan di freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama 4-5 jam. Setelah daging sejuk, baru dimasukkan ke dalam kompartmen sejuk beku/freezer.
4. Jangan cairkan daging beku guna air panas
Jika hendak memasak daging beku, jangan mencairkan ais dalam daging atau daging yg beku menggunakan air panas. Cara yang betul adalah meletakkan daging beku di bawah air paip suhu normal (dalam keadaan daging masih terbungkus dalam plastik). Setelah daging kembali empuk, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan, dan daging sedia untuk dimasak.
Ads
5. Jangan simpan pakai plastik hitam
Jika menerima daging korban dalam plastik hitam, keluarkan. Jangan simpan menggunakan plastik hitam kerana plastik warna hitam ini adalah hasil recycle. Ia mengandungi karsinogen yang dapat menyebabkan sel kanser. Gunalah sarung plastik putih atau plastik lutsinar.
Masak ketupat banyak gila masa raya tapi esoknya dah berbau? Rugi betul! Jangan ulang silap lama — ini cara paling senang untuk pastikan ketupat kekal segar & tak membazir.
1. Pilih beras terbaik
Untuk mendapat ketupat yang sedap dan tahan lama, pastikan pilih beras yang berkualiti atau dalam keadaan baik (bukan beras lama dan hapak). Beras harus dicuci bersih supaya dapat hasil ketupat yang bertekstur lembut. Selepas dicuci bersih rendamkan beras selama 30 minit.
2. Daun kelapa yang terbaik
Pilih daun ketupat yang masih segar dan bersih. Ia mesti dianyam kemas dan rapi agar isi ketupat tidak terkeluar dan comot. Jika ketupat yang dianyam tidak rapat, ia mudah terdedah dengan bakteria yang menyebabkan ia cepat basi.
3. Kandungan beras
Isi ketupat dengan beras yang sudah dicuci bersih. Untuk mendapat ketupat yang lembut, isi beras dengan kadar 1/3 atau 2/3. Jika beras diisi terlalu banyak, ketupat akan keras dan tidak masak. Begitu juga sebaliknya beras yang sedikit akan membuat ketupat lembik dan mudah basi.
4. Rebus 4-5 jam.
Sebenarnya masa yang diperlukan untuk merebus ketupat hingga masak adalah diantara 4-5 jam. Ketupat harus masak sempurna untuk mengurangkan risiko untuk basi. Jika ketupat masak sempurna, ketupat tidak akan lembik dan berair. Ketika merebus, harus pastikan seluruh ketupat terendam dalam air.
5. Tos dan gantung
Selesai direbus celupkan ketupat dengan air mendidih yang lain dan siram ketupat dengan air biasa yang sudah dimasak. Kemudia ketuapat di tos supaya air rebusan yang berlebihan akan keluar. Selepas itu ketupat akan digantung di tempat yang mempunyai pengaliran udara yang baik. Ia di gantung untuk mempercepatkan proses pengeluaran air berlebihan kerana kandungan air akan mempercepatkan proses basi berlaku.
6. Simpan dalam peti sejuk (frozen)
Jika ada ketupat lebih boleh simpan di dalam peti sejuk. Sebelum itu ketupat harus dibungkus kemas di dalam plastik, ini mengelakkan daun ketupat tidak kering. Jika hendak dimakan bolehlah dikeluarkan tetapi jangan direbus semula. Hanya ambil pengukus dan kukus semula dalam 10 ke 15 minit. Selain ketupat, lemang & ketupat palas juga boleh dibekukan.
Sekarang tidak perlu risau untuk menyambut hari raya kerana pembaziran boleh di kurangkan.
Kebanyakan daripada suri rumah lebih cenderung membeli bahan memasak untuk stok seminggu sekali. Adakalanya untuk lebih menjimatkan masa, bahan masakan seperti sayur dan bawang akan dipotong siap-siap dan disimpan dalam peti sejuk. Ketika inilah kita berdepan dengan masalah tidak tahan lama terutama sayur yang mudah bertindak balas jika tidak disimpan dengan baik. Petua menjaga kesegaran sayur ini mungkin pilihan terbaik untuk anda cuba.
BAHAN-BAHAN:
Sayur
Plastik pembungkus aluminium (contoh plastik pembungkus keropok mini atau oat)
Gunting
Tisu
CARA-CARA:
1. Gunting bahagian atas plastik pembungkus aluminium.
2. Lap dan bersihkan permukaan dalamnya menggunakan tisu. Elakkan dari membasuh sayur menggunakan air kerana ia akan membuatkan sayur lebih cepat busuk. Basuh bila anda sedia untuk memasaknya.
3. Kemudian masukkan sayur di dalamnya plastik pembungkus aluminium yang telah dibersihkan tadi.
4. Lipast dengan kemas dan simpan di dalam peti sejuk.
Dapur ibarat ‘pejabat’ bagi kalangan ibu-ibu. Disini, banyak masa dihabiskan bagi menyediakan hidangan enak buat keluarga. Namun, dari aktiviti memasak ini, adakalanya meninggalkan bau yang kurang enak kesan daripada bau tumisan dan sebagainya.
Pelbagai alat serta cara digunakan bagi memberikan rasa selesa di dapur seperti penggunaan kebuk asap dan sebagainya. Namun bagi yang tiada kemudahan ini, ada cara semulajadi yang boleh dicuba untuk memulihkan masalah ini.
Caranya mudah sahaja. Anda hanya memerlukan buah lemon segar. Rebus lemon dengan air secukupnya kemudian biarkan air rebusan terdedah supaya kesemua aroma meresap masuk ke segenap ruang dapur. Aroma segar yang dikeluarkan ini akan membuat dapur menjadi segar. Malah kosnya juga jauh lebih murah. Cara ini juga berkesan dan sesuai digunakan di ruang-ruang lain seperti di ruang tamu, bilik tidur dan juga bilik air.
Resipi kek mentega sedap & mudah. 15 variasi moden (pandan, strawberi, lemon, nenas, marble, oreo & banyak lagi). Ikut langkah satu per satu, confirm jadi!