Baru beberapa hari berpuasa sudah buntu nak masak apa dan tak ada idea untuk masak lauk hidangan berbuka puasa. Jika tidak makan ikan ini antara lauk yang berasaskan ayam. RASA kongsikan 10 resipi makanan berbuka puasa yang sering menjadi pilihan. Kamu boleh pilih resipi dan cuba sendiri di rumah. Selamat mencuba!

 

1. AYAM BAKAR TANDOORI

Buntu Nak Masak Apa! 9 Hidangan Ayam Pilihan Masa Berbuka Memang Terbaik.

BAHAN-BAHAN:

  • 3 ketul ayam
  • 2 sudu makan jus lemon
  • 1 sudu makan serbuk kari
  • 1 sudu makan cili kisar
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • Garam secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 250gm dadih
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2.5sm halia
  • 2 tangkai daun ketumbar

CARA MEMASAK:

1. Lumur ayam yang telah dibersihkan terlebih dahulu dengan jus lemon. Ketepikan.
2. Satukan bahan-bahan yang telah dikisar halus bersama serbuk kari, cili kisar, serbuk kunyit, lada sulah, garam secukup rasa. Gaul sebati.
3. Lumur rata di atas ayam dan perap selama dua jam.
4. Setelah itu, bakar ayam selama 30 minit pada suhu 200C.
5. Angkat dan sedia dihidangkan.

Info chef: Enak dimakan bersama roti atau nasi.

 

 

2. AYAM MASAK HALIA

Buntu Nak Masak Apa! 9 Hidangan Ayam Pilihan Masa Berbuka Memang Terbaik.

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm dada ayam -potong kecil
  • 5cm halia-hiris
  • 3 biji bawang merah-hiris
  • 3 ulas bawang putih-hiris
  • 3 biji cili merah-hiris
  • 1 sudu tepung jagung-bancuh dengan 50ml air)
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 biji tomato -belah 4
  • 3 tangkai daun bawang-potong kasar
  • 2 sudu minyak masak
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan yang telah dihiris. Tumis sehingga terbit wangi dan layu.
2. Masukkan isi ayam dan gaul rata.
3. Kemudian masukkan sedikit air dan kacau lagi. Masak sehingga ayam masak dan lembut.
4. Masukkan bancuhan tepung jagung, garam dan sos tiram. Masukkan sedikit air, Biarkan kuahnya memekat.
5. Masukkan hirisan tomato dan daun bawang, Gaul sebati.
6. Angkat dan sedia dinikmati.

Info chef: Boleh tambah hirisan cili padi merah jika ingin rasa lebih pedas menyengat.

 

3. AYAM MADU ALA MAMAK

Buntu Nak Masak Apa! 9 Hidangan Ayam Pilihan Masa Berbuka Memang Terbaik.

BAHAN-BAHAN:

  • 5 ketul ayam
  • 5cm halia-kisar
  • 1 sudu makan lada hitam – kisar
  • 3 ulas bawang putih-kisar
  • 3 sudu makan madu
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Bersihkan ayam, toskan. Ketepikan.
2. Gaulkan ayam dengan kesemua bahan kisar, madu, sos tiram, garam dan serbuk perasa secukupnya. Perap selama 1 jam.
3. Bakar di atas pemanggang sehingga garing.
4. Sapukan sedikit minyak masak dan bakar lagi seketika.
5. Angkat dan sedia dinikmati.

IKLAN

Info chef: Enak dihidang bersama salad

 

4. AYAM GORENG BEREMPAH

Buntu Nak Masak Apa! 9 Hidangan Ayam Pilihan Masa Berbuka Memang Terbaik.

BAHAN-BAHAN:

  • 5 ketul ayam
  • 1 sudu makan rempah kari
  • 1 sudu makan serbuk lada sulah
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 4 tangkai daun kari
  • Garam secukup rasa
  • Minyak secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 5 ulas bawang putih
  • 2.5sm halia
  • 3 biji bawang merah
  • 3 batang serai
  • 2.5sm lengkuas

CARA MEMASAK:

1. Gaul ayam dengan semua bahan kisar dan bahan lain kecuali minyak masak. Perap selama 1 jam.
2. Panaskan minyak dalam kuantiti yang banyak di dalam kuali. Goreng ayam yang telah diperap tadi.
3. Apabila ayam Nampak garing, angkat dan toskan minyak.
4. Sedia dinikmati.

Info chef: Enak dimakan bersama nasi atau dimakan begitu sahaja.

 

5. AYAM MASAK KICAP BERAROMA

Buntu Nak Masak Apa! 9 Hidangan Ayam Pilihan Masa Berbuka Memang Terbaik.

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm ayam
  • 20 tangkai cili kering-kisar
  • 5 biji bawang merah-kisar
  • 3 ulas bawang putih- kisar
  • 2.5sm halia -kisar
  • 1 batang serai-ketuk
  • 3 helai daun limau -dikoyak
  • 1 biji bawang besar-potong bulat
  • 3 sudu makan sos tomato
  • 5 sudu makan kicap
  • 180ml air
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

IKLAN

1. Basuh ayam dan toskan.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan yang telah dikisar bersama serai yang telah diketuk hingga terbit wangi dan garing.
3. Masukkan ayam dan gaul rata. Biarkan ayam lembut dan pecah minyak.
4. Masukkan daun limau purut, sos tomato dan kicap. Kacau sebati.
5. Masukkan hirisan bawang besar dan masak hingga pecah minyak,
6. Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Boleh tambah cili padi untuk rasa lebih pedas.

 

6. AYAM SALAI GULAI LEMAK CILI PADI

Buntu Nak Masak Apa! 9 Hidangan Ayam Pilihan Masa Berbuka Memang Terbaik.

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm ayam -salai bersama garam dan halia tumbuk
  • 10 biji cili padi -kisar
  • 2.5sm kunyit-kisar
  • 2.5sm halia -lkisar
  • 2 batang serai-kisar
  • 3 biji ubi kentang-potong
  • 500ml santan pekat
  • 500ml air
  • Garam secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Masukkan kesemua bahan kecuali santan pekat dan garam ke dalam periuk. Masak sehingga ayam yang disalai dan kentang menjadi lembut.
2. Masukkan santan pekat dan sentiasa kacau sehingga ia mendidih semula.
3. Perasakan dengan garam secukup rasa dan kacau sebati. Tutup api.
4. Angkat dan sedia dinikmati.

Info chef: Enak dimakan bersama nasi putih panas.

 

7. AYAM ROS

Buntu Nak Masak Apa! 9 Hidangan Ayam Pilihan Masa Berbuka Memang Terbaik.

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm ayam
  • 1 labu bawang besar -hiris bulat
  • 2 batang serai-ketuk
  • 2 helai daun pandan
  • 4 sudu cili kisar
  • 4 sudu tomato puri
  • 500ml santan
  • 1 biji tomato -belah empat
  • 2.5sm gula Melaka
  • Biji gajus secukupnya
  • 3 sudu minyak masak
  • Garam secukupnya
  • Rempah empat sekawan

BAHAN KISAR:

  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2.5cm halia
  • 2.5cm lengkuas

CARA MEMASAK:

IKLAN

1. Ayam dicuci bersih, toskan dan lumur dengan garam.
2. Panaskan minyak di dalam kuali, goreng ayam 2/3 masak dan ketepikan.
3. Di dalam minyak yang sama, masukkan rempah 4 sekawan, bahan kisar, serai dan daun pandan. Tumis hingga terbit wangi.
4. Masukkan cili kisar dan gula Melaka, tumis hingga ia pecah minyak.
5. Masukkan tomato puri dan kacau sebentar.
6. Masukkan ayam dan gaul sebati.
7. Masukkan santan, garam secukup rasa, biji gajus, tomato yang dibelah empat dan hirisan bawang besar.
8. Angkat dan sedia dinikmati.

Info chef: Tomato puri boleh diganti dengan sos tomato.

 

8. KERUTUP AYAM

Buntu Nak Masak Apa! 9 Hidangan Ayam Pilihan Masa Berbuka Memang Terbaik.

BAHAN-BAHAN:

  • 4 ketul ayam – potong kecil
  • 4 sudu makan rempah kerutup
  • 1 sudu makan kerisik
  • 1 sudu makan gula merah
  • 500ml santan
  • Garam secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 2 biji buah keras
  • 2.5sm halia
  • 1 batang serai
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan yang telah dikisar sehingga garing.
2. Masukkan rempah kerutup kemudian kacau sehingga sebati.
3. Masukkan ayam, kerisik, garam secukup rasa, gula merah dan santan. Biarkan ia mendidih.
4. Pastikan kacau sekali sekala. Apabila kuah sudah memekat dan ayam menjadi lembit, tutup api dan angkat.
5. Sedia dinikmati.

Info chef: Enak dimakan bersama roti atau nasi.

 

9. RENDANG AYAM MINANG

Buntu Nak Masak Apa! 9 Hidangan Ayam Pilihan Masa Berbuka Memang Terbaik.

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm ayam
  • 3 sudu makan kerisik
  • 1 helai daun kunyit -racik
  • 2 sudu makan jintan manis
  • 1sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji bunga lawing
  • 4 biji buah pelaga
  • 500ml santan

BAHAN KISAR:

  • 3 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai
  • 2.5sm halia
  • 2.5sm lengkuas
  • 2.5sm kunyit
  • 15 batang cili kering
  • 10 biji cili padi

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga kekuningan dan terbit wangi.
2. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pegaga, jintan manis dan ketumbar.
3. Masukkan ayan dan pastikan ayam sebati dengan rempah sebelum masukkan santan.
4. Kemudian masukkan kerisik, daun kunyit dan kacau sebati.
5. Perasakan dengan garam secukup rasa. Biarkan ia mereneh seketika hingga kuah agak pekat.
6. Tutup api, angkat dan sedia dihidangkan.

Info chef: Sesuai bagi mereka yang gemarkan rendang yang pedas.

 

 

Kongsi resipi: Terima kasih Chef Fairaz Fakhri bin Shaharudin, Padang Jawa, Selangor

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI