Gabungan rempah ratus India dengan yogurt menjadi rahsia masakan India disukai ramai. Rasanya yang pedas hangat menjadikan ramai ketagih. Apa kata sempena Depavali ini korang cuba salah satu dari enam menu masakan asli India yang sungguh sedap ini. Percayalah tak rugi mencuba.
6 Masakan Asli India Yang Sungguh Sedap, Terasa Aura Depavali

ROGAN JOSH LAMB CURRY
BAHAN-BAHAN:

  • 600gm daging kambing | botong dadu
  • 3 sudu makan rempah
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu makan air asam Jawa
  • 3/4 cawan yogurt
  • 2 biji tomato | potong dadu kecil
  • 1/2 cawan daun pudina | cincang
  • 1/2 cawan daun ketumbar cincang
  • 1/4 cawan minyak masak
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 2 biji cili hijau

BAHAN REMPAH PENUMIS:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 5-6 kuntum bunga cengkih

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis.
  2. Setelah wangi masukkan bahan kisar hingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan, pes kari (campuran rempah kari, serbuk cili dan sedikit air).
  4. Kacau rata dan tumis hingga pecah minyak.
  5. Masukkan daging kambing dan air asam Jawa. Terus kacau hingga daging kecut.
  6. Jika liat tambah sedikit air, reneh seketika.
  7. Setelah daging empuk masukkan yogurt dan perasakan dengan garam dan gula.
  8. Kacau rata dan kecilkan api, biarkan mereneh seketika.
  9. Sebelum tutu api masukkan hirisan daun ketumbar dan pudina.
  10. Kari sedia dihidangkan.

6 Masakan Asli India Yang Sungguh Sedap, Terasa Aura Depavali

FISH MAKHANI
BAHAN-BAHAN:
PERAPAN IKAN:

  • 2 keping hirisan ikan merah
  • 1/2 biji lemon
  • Sedikit garam

BAHAN REMPAH PENUMIS

IKLAN
  • 6 kuntum bunga cengkih
  • 1 batang kuli kayu manis
  • 3 biji buah pelage
  • 1cawan yogurt

BAHAN KUAH:

  • 3 sudu makan minyak masak
  • 1 biji bawang besar | cincang halus
  • 4 ulas bawang putih | kisar
  • 2 cm halia |kisar
  • 2 sudu makan serbuk kentumbar
  • 2 sudu teh serbuk jintan
  • ½ sudu teh serbuk kunyit
  • 2 biji tomato | kisar
  • 250ml air stok ikan
  • 1 sudu makan serbuk Kasuri Methi (serbuk daun halba)
  • 2 sudu makan mentega
  • Garam secukup rasa
  • Daun ketumbar |untuk hiasan.

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ikan dengan jus limau nipis bersama garam dan serbuk cili, kemudian perap sekurang-kurangnya satu jam dalam bekas bertutup.
  2. Panaskan kuali non-stick dengan api kecil,goreng sangai bunga cengkih, lada hitam, kulit kayu manis, buah pelaga dan badam sehingga garing. Kemudian kisar menjadi serbuk.
  3. Campurkan bahan serbuk ini dengan yogurt. Serbuk ketumbar, kunyit dan jintam, gaul rata.
  4. Kemudian gaulkannya pada ikan yang telah diperap tadi, perap lagi untuk beberapa jam.
  5. Seterusnya, panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar hingga kekuningan dan masukkan bawang putih dan halia kisar tadi, kacau lagi seketika.
  6. Kemudian masukkan ikan yang telah diperap tadi. Diikuti pes tomato kisar , stok ikan, kasuri methi dan lebihan campuran yogurt tadi.
  7. Teruskan mereneh hingga ikan masak, perasakan dengan garam secukupnya. Tutup api.
  8. Kemudian panaskan mentega dalam kuali kecil tuangkan di atas ikan dan hiaskan dengan daun ketumbar.
  9. Sedia dihidangkan.

6 Masakan Asli India Yang Sungguh Sedap, Terasa Aura Depavali

VEGETABLE BRIANI
BAHAN-BAHAN:

  • 3 cawan beras basmathi
  • 3 cawan air
  • 1/2 cawan lobak merah | potong dadu kecil
  • 1/2 cawan kacang panjang | hiris kecil
  • 1/2 cawan cili benggala merah | potong dadi
  • 1/2 cawan cili benggala hijau | potong dadu
  • 1 biji tomato | cincang halus
  • 1 sudu makan serbuk pati ayam
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu teh garam masala
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh air rose
  • 1 cawan yogurt
  • Sedikit daun pudina
  • Sedikit pewarna kuning
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 2 sudu makan mentega
  • Sedikit hirisan daun pudina
  • Sedikit hirisan daun ketumbar
  • Garam secukup rasa

REMPAH PENUMIS:

IKLAN
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 4 biji buah pelaga

BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 3cm halia

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak bersama mentega di dalam periuk, tumis rempah penumis bersama bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan pula bahan campuran serbuk cili, ketumbar, jintan manis dan garam masala dengan sedikit air. Kacau rata.
  3. Tambah ke dalamnya yogurt, masukkan beras, daun pudina, ketumbar, garam dan serbuk perasa ayam.
  4. Angkat dan tukarkan ke dalam periuk nasi elektrik. Biarkan mendidih.
  5. Setelah air kering masukkan hirisan lobak merah, cili benggala merah dan hijau. Kacang panjang dan tomato, gaul rata.
  6. Setelah nasi masak, buatkan beberapa lubang pada nasi, dan tuangkan sedikit pewarna kuning.
  7. Tutup semula dan biarkan lima minit baru tutup api.
  8. Sedia dihidangkan bersama lauk yang telah disediakan.

6 Masakan Asli India Yang Sungguh Sedap, Terasa Aura Depavali

CHICKEN TIKA MASALA
BAHAN-BAHAN:
PERAPAN AYAM:

  • 1 kg isi dada ayam
  • 1 cawana yogurt
  • 1 cawan daun ketumbar cincang
  • 2 sudu makan halia kisar
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 3 sudu makan bawang putih kisar
  • 3 sudu makan garam masala
  • 3 sudu makan jus limau nipis

BAHAN UNTUK KUAH:

IKLAN
  • 2 biji bawang besar | potong dadu
  • 6 ulas bawang putih | cincang halus
  • 5 biji buah pelaga
  • 5 biji tomato | cincang halus
  • 2 sudu makan garam masala
  • 2 sudu makan gula perang
  • 1 cawan cream masak
  • 3 sudu makan serbuk badam
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan semua bahan perapan kecuali yogurt hingga menjadi pes.
  2. Kemudian tuangkan dalam mangkuk berisi yogurt, Kacau rata.
  3. Gaulkan dalam ayam hingga rata. Kemudian tutup bekas dan perapkan dalam peti sejuk.
  4. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana, tumis bawang besar hingga layu.
  5. Kemudian masukkan bawang putih, kacau lagi baru masukkan garam masala, gula perang, tomato, serbuk badam, kacau rata dan biarkan mereneh.
  6. Masukkan ayam, dan kacau lagi dan tutup periuk seketika.
  7. Setelah ayam empuk, masukkan krim masak dan perasakan dengan garam secukupnya.
  8. Biarkan mereneh 2-3 mint, tutup api dan taburkan daun hirisan daun ketumbar.
  9. Ayam Tika Masala sedia dihidangkan bersama roti Naan atau nasi putih.

6 Masakan Asli India Yang Sungguh Sedap, Terasa Aura Depavali

KOFTA BEEF CURRY
BAHAN-BAHAN:
BAHAN KOFTA:

  • 500gm daging cincang
  • 2 biji bawang besar | dadu halus
  • 3 ulas bawang putih | kisar
  • 2cm halia | kisar
  • 1 sudu makan garam masala | untuk campuran kofta
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 3 sudu makan daun ketumbar | cincang halus
  • Garam secukupnya

BAHAN KUAH:

  • 2 sudu makan minyak masak
  • 2cm halia | kisar halus
  • 3 ulas bawang putih | kisar halus
  • 1/2 cawan yogurt
  • 2 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1sudu teh serbuk cili
  • 1sudu teh serbuk cili
  • 1sudu teh garam masala
  • 1biji tomato | potong dadu kecil

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan daging cincang semua bahan kofta dalam mangkuk, gaul rata dan sebati.
  2. Bulat-bulatkan sebatian daging cincang dan ketepikan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng kofta hingga keperangan, kemudian tambahkan bawang putih dan halia kisar.
  4. Terus goreng lebih kurang dua minit lagi.
  5. Seterusnya, campurkan serbuk ketumbar, kunyit, jintan manis, cili dan garam masala, tambahkan sedikit air dan kacau rata. Ketepikan.
  6. Sementara itu panaskan minyak, tumiskan pes masala yang siap dicampurkan tadi.
  7. Tumis hingga pecah minyak, kemudian tambahkan dengan yogurt dan tomato yang telah dipotong dadu.
  8. Tambahkan satu cawan air suam dan perasakan dengan garam secukupnya.
  9. Akhir sekali masukkan kofta, kecilkan api dan biarkan mereneh lebih kurang 3-5 minit.
  10. Tutup api,kofta sedia dihidangkan bersama nasi putih dan roti.

6 Masakan Asli India Yang Sungguh Sedap, Terasa Aura Depavali

UDANG GORENG KARALA
BAHAN-BAHAN:

  • 200gm udang segar saiz XL | buang kepala
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 4 sudu makan minyak masak
  • 1 sudu teh mustard
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 1 biji cili merah| cincang kasar
  • 1 biji bawang besar| hiris bulat
  • 1 biji limau nipis | ambil jus
  • Sedikit daun ketumbar | cincang

CARA MEMASAK:
1. Gaulkan udang bersama serbuk kunyit, serbuk lada sulah, garam dan sedikit air. Gaul rata.
2. Seterusnya panaskan kuali dan masukkan udang yang telah diperap tadi, kacau rata lebih kurang tiga minit. Angkat dan ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali lain, masukkan daun kari, kemudian masukkan campuran serbuk kunyit, serbuk cili, garam dan lada sulah, kacau rata.
4. Masukkan udang, gaul rata lebih kurang tiga minit lagi, kemudian tutup api dan masukkan udang dalam pinggan.
5. Untuk hiasan, gunakan kuali yang sama, masukkan sedikit minyak, tumiskan bawang dan cili merah cincang.
6. Setelah layu,tutup api dan taburkannya di atas udang tadi, kemudian perahkan jus limau nipis dan taburkan hirisan daun ketumbar.
7. Sedia dihidangkan.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI