Rendang Maman memang cukup sinonim dengan orang Negeri Sembilan terutama kawasan Gemencheh. Pendek kata cukup satu jenis lauk ini sahaja, sudah tak perlu lauk-lauk yang lain. Jika biasa kita beli sahaja Rendang Maman ini bukan? Apa kata kali ini kita cuba buat sendiri Rendang Maman untuk dinikmati seisi keluarga. Jom buat ikut resipi mengikut resipi yang dikongsikan Rendang MAMAN Moncheh
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam atau 1 kg daging 2 kg sayur maman 2 kg santan (bersamaan 6 biji kelapa) 7/8 keping asam keping – BELI ONLINE 2 buku kunyit hidup – BELI ONLINE Cili api (ikut suka kalau nak pedas) – BELI ONLINE Garam secukup rasa –BELI ONLINE
CARA MEMBUAT:
1. Siang daun maman, basuh dan toskan supaya tidak terlalu basah.
2. Bersihkan daging dan masukkan ke dalam kuali.
3. Kisar kunyit dan cili api, campurkan ke dalam daging tadi.
4. Masukkan santan dan garam. Kemudian, kacau bahan daging dan air cili itu supaya rata.
5. Setelah kuah pekat masukkan asam keping.
6. Bila santan pekat, baru masukkan daun maman.
7. Ingat, jangan kacau selalu kerana dikhuatiri keluar air pahitnya. Lakukan perlahan-lahan supaya daunnya layu dan tenggelam. Setelah semuanya layu, barulah dikacau rata garamnya. Angkat dan hidang! Sedap dimakan bersama nasi panas.
"Selak peti ais nampak terung bertimbun. Sayangnya kalau tak masak cepat ni, tapi bosan pula bila masak tak campur apa-apa.
Selak lagi peti ais ada ikan kering dengan petai. Memang padan ler tiga-tiga ni buat sambal kan. Makan dengan nasi panas tepi kolam ikan. Uih boleh layan 3 pinggan ni Sama je macam masak sambal biasa cuma campur ikan kering goreng dengan petai." itulah kata -kata Surya Sufyan yang berkongsi resipi ini.
Jom kita cuba sambal terung yang super lazat nih.
TERUNG SAMBAL IKAN KERING & PETAI
BAHAN-BAHAN:
2 biji terung terung
2- 3 ekor ikan kering (Saya guna ikan kering gelama)
Petai secukupnya
Bahan untuk ditumbuk kasar:
6 biji Cili padi
2-3 biji Cili merah
1 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Goreng terung, potong membulat
2. Goreng Ikan kering
3. Tumis bahan tumbuk
4. Letak garam dan gula
5. Masukkan petai
6. Masukkan terung dan ikan kering goreng tadi
7. Kacau sebati.
8. Ok, sedia di hidang.
Mudah dan cepat. Tak ada laut lain, pun boleh makan nasi sampai licin tau.
Selamat mencuba.
Kredit :Surya Sufyan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Siapa tidak kenal halia? Herba ini merupakan salah satu ramuan penting dalam masakan Melayu khususnya, malah miliki keistimewaan tersendiri. Dengan bentuknya yang beruas dan ‘berotot-otot’, halia juga mempunyai haruman yang tajam dengan sedikit rasa pedas menjadikan masakan lebih enak berempah. Malah ia juga dikatakan mempunyai khasiat tersendiri terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah banyak angin di dalam badan.
KENALI HALIA
Halia atau nama botani: Zingiber officinale Roscoe merupakan sejenis tumbuhan yang digunakan di dalam masakan sebagai rempah perasa. Ia dipercayai berasal dari negara China dan kemudian penggunaannya merebak ke India, Asia Tenggara, Afrika Barat dan Kepulauan Carribbean. Dikenali dengan nama lain iaitu Ginger (bahasa Inggeris), Jahe, Aliah, Sipadeh, Lia (Indonesia) dan Kinkh atau khing-daen (Thailand), kini halia banyak dikeluarkan oleh negara seperti India, China, Nigeria, Australia dan Thailand untuk pasaran antarabangsa.
APA KHASIAT HERBA NI?
Dari sudut saintifik, rizom halia mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin A, B dan C, lemak, asid organik, minyak meruap seperti zingeron, zinzerol, zingeberal, zingiberin, borneol, seniol dan feladren.
Dengan rasanya yang pedas dan lidas ini, halia dikatakan dapat merawat banyak penyakit seperti angin yang banyak di dalam badan, sakit kepala, sistem pencernaan bermasalah, sakit jantung, muntah, cirit birit, disentri, asma, sakit perut, reumatisme, pengaliran darah bermasalah dan sebagainya.
Dari sudut perubatan pula, halia diambil dalam bentuk minuman halia, halia kering, air rebusan halia atau pati halia. Ubat-ubatan berasaskan halia pula dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti demam, batuk, migrain, sakit gigi, sakit tulang dan sesak dada. Halia bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat. Mengikut kajian yang dijalankan oleh penyelidik Universiti Michigan yang diterbitkan oleh American Association of Cancer Research menunjukkan bahawa halia mampu membunuh sel barah.
1001 MANFAAT & KEGUNAAN HALIA
Di dalam masakan Melayu, halia banyak digunakan sebagai ramuan utama. Ia dijadikan rempah perasa dalam masakan sama ada dalam bentuk halia segar, halia kering atau halia bergula. Malah halia sama ada halia tua ataupun halia muda, ia digunakan untuk masakan seperti sup, bening, rendang, sambal dan minuman.
Halia juga boleh diproses menjadi serbuk halia dan halia jeruk. Malah ia juga dijadikan bahan perasa untuk pelbagai makanan seperti sos dan bakeri. Selain untuk kegunaan kulinari, halia juga diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia ialah gingerols dan oleoresin. Minyak panas atau balm halia digunakan untuk membuang angin di dalam badan. Di samping itu pati halia juga boleh dijadikan bahan perisa minuman buah-buahan, teh, konfeksionari, kosmetik dan ubatan.
Ibu-ibu yang sedang berpantang, boleh cuba hidangan Serunding Halia Bersama Bawang Putih. Jika mahu lebih sedap, boleh ditambah ikan bilis yang digoreng garing. Halia dan bawang putih amat bagus serta membantu membuang angin dalam badan. Perut kenyang, badan pun ringan. Puan-puan yang tidak berpantang pun boleh cuba.
RESIPI SERUNDING HALIA BERSAMA BAWANG PUTIH
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Tumbuk halia hingga hancur. Perah air jusnya kemudian goreng hingga garing.
2. Kemudian, hurus nipis bawang putih. Goreng hingga garing juga.
3. Gaulkan halia dan bawang putih yang digoreng tadi.
4. Enak dinikmati bersama nasi putih panas.
Nota: Semasa menggoreng halia dan bawang putih, boleh juga ditabur sedikit garam sebagai perisa.
Bawal Sweet Sour rangup dengan kuah masam manis pekat dan berkilat. Ikuti resipi lengkap serta rahsia kuah paling padu untuk hidangan pembuka selera yang menggoda!