Bila makan Sambal Ikan Bilis Terung Pipit,terus terkenangkan zaman kanak-kanak. Buah terung ni selalu jadi rebutan emak dengan kami anak-anaknya. Mak jadikan terung pipit untuk campuran sambal bilis, kami pula buat peluru main perang-perang… Hari ini tetiba teringin masakan mak…
RASA kembalikan nostalgia sambal zaman mak mak kita untuk anda cuba sebagai pembuka selera.

Buka Selera Dengan Pelbagai Jenis Sambal

SAMBAL BILIS HIJAU

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji bawang besar | dikisar kasar
  • 3 ulas bawang putih | dikisar kasar
  • 25 biji cili padi 25 biji (kalau suka pedas boleh tambah)| | dikisar kasar
  • 1 biji cili merah | dikisar kasar
  • Ikan bilis | dikisar kasar
  • Asam keping
  • Minyak untuk tumis
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Perasa

CARA MEMASAK

1.  Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar. Biar sehingga pecah minyak.

2.  Masukkan garam, asam keping, perasa dan biarkan sehigga kering.

3.  Siap dan sedia untuk dinikmati.

Nota:

1.  Jika tidak suka guna asam keping, boleh digantikan dengan asam jawa.

2.  Ikan bilis juga boleh digoreng terlebih dahulu sebelum dicampur ke dalam sambal.

Kredit resipi & gambar: Hunny Wanny via MAHN

 

Buka Selera Dengan Pelbagai Jenis Sambal

IKLAN

SAMBAL MEMPELAM TELUR 

BAHAN-BAHAN:

  • 2 ekor ikan rebus goreng
  • 1-2 biji mempelam telur muda
  • 7-8 biji cili padi ( ikut kepedasan masing-masing)
  • Garam secukup rasa

CARA MEMBUAT:

1.Tumbuk cili padi bersama sedikit garam hingga lumat. Jika ikan rebus goreng sudah mempunyai rasa masin, abaikan penggunaan garam.

2.Masukkan isi ikan goreng. Tumbuk kasar.

3.Kemudian masukkan pula buah mempelam telur yang telah dicincang kasar. Tumbuk sedikit sahaja dan bukannya hingga lumat.

4.Gaul sebati dan boleh dinikmati.

Kredit resipi & gambar: Miza Rawang Bakers via MAHN

 

IKLAN

Buka Selera Dengan Pelbagai Jenis Sambal

SAMBAL IKAN BILIS NYONYA

BAHAN-BAHANNYA:

  • 300gm ikan bilis

BAHAN-BAHAN TUMIS:

  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 sudu makan cili kisar
  • 1/2 mangkuk air asam jawa

CARA MEMASAK:

1.    Goreng ikan bilis sehingga garing. Ketepikan.

2.    Kemudian masukkan bahan-bahan tumis tadi seperti bawang merah, bawang putih, cili kisar dan tumis sehingga garing.

3.    Kemudian masukkan air asam jawa. Goreng lagi sehingga garing. Perasakan dengan garam dan sedikit gula.

4.    Setelah kering, masukkan ikan bilis dan kacau sehingga rata.

IKLAN

 

Buka Selera Dengan Pelbagai Jenis Sambal

SAMBAL HATI

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg hati lembu | rebus dan potong dadu
  • 5 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu makan pes asam jawa
  • 1 sudu makan cili sos
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk mengoreng dan menumis

BAHAN KISAR:

  • 8 ulas bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 2 batang serai

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Sementara itu gaul hati yang telah dipotong dadu dengan sedikit serbuk kunyit dan garam.
  3. Kemudian goreng hati seketika, jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan.
  4. Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
  5. Tumiskan bahan kisar  bersama pes cili  hingga pecah minyak, seterusnya masukkan hati.
  6. Kacau sebati supaya hati sebati dengan bahan tumisan.
  7. Seterusnya masukkan air asam, cili sos dan lengkapkan rasa dengan garam dan gula.
  8. Angkat dan sedia dihidangkan.

Buka Selera Dengan Pelbagai Jenis Sambal

SAMBAL IKAN BILIS TERUNG PIPIT

BAHAN-BAHAN:

  • 150gm ikan bilis telah dikopek | dikisar kasar
  • 150 gm terung pipit | dibelah tengah tidak putus
  • 6 ulas bawang merah | dikisar kasar
  • 2 ulas bawang putih | dikisar kasar
  • 10 tangkai cili kering | dikisasr halus
  • 10 biji cili padi | dikisar halus
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, goreng terung pipit lebih kurang 2-3 minit. Angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
  3. Tumiskan bahan kisar kasar hingga wangi, kemudian masukkan cili kering dan padi yang dikisar halus.
  4. Masukkan air asam jawa dan terung pipit yang telah digoreng tadi.
  5. Kecilkan api dan lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI