Kerabu, inilah menu yang mampu membuka selera. Makan pula dengan nasi panas-panas bersama ikan goreng , pergh terangkat sungguh . Tak toleh kiri dan kanan, laju jer menyuap. Sebagai contoh kerabu belimbing buluh + daun selom ni. Ratah begitu saja pun nikmat rasanya. Boleh cuba buat sendiri.
Bahan A(di hiris)
belimbing buluh
daun selom
bwg besar
bunga kantan
Bahan B(campur semua n tumbuk)
kelapa parut
belacan
cili padi
cili merah
Bahan C
isi ikan
*sy guna ikan temenung 3 ekor,rebus n amik isi lps tu hancurkan dgn garfu
Ads
cara-cara:
campur semua bahan A,B dan C…perasakan dgn garam
Roti Jala memang sedap dicicah dengan kuah kari atau kuah durian. Nak buatnya memang agak renyah perlu ‘dijala’ satu persatu. Namun jika dapat sukatan dan adunan yang betul, barulah hasilnya Roti Jala ni bukan sahaja sedap berlemak malah cantik dan mudah ‘dijala’ atas kuali. Rupanya antara tipnya, selepas adunan dibancuh ia perlu dibiarkan seketika selama 15 minit agar ia menjadi pekat dan likat.
Nak buat roti Jala, baik sukatan untuk adunan sikit mahupun banyak, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Siti Noorbaya Othman ini.
(Adunan 1 kilo) anggaran dalam 90 biji
1 kilo Tepung Gandum
1.7 litre air (masukkan sikit-sikit)
2 biji telur
1 sk garam
3 sudu besar minyak masak
1 cawan santan (saya pakai cap KARA)
Sedikit pewarna kuning lemon atau serbuk kunyit
(Adunan untuk 3 cawan tepung) anggaran 35 biji)
3 cawan tepung
3 cawan air
1 biji telur
1 sk garam
2 sudu besar minyak masak
1/2 cawan santan (saya pakai cap KARA)
Sedikit pewarna kuning lemon atau serbuk kunyit
1. Kacau semua bahan dalam bekas besar.
2. Blend
3. Tapis adunan ke dalam jug supaya senang nak masukkan dalam botol acuan roti jala
4. Biarkan selama 15 minit untuk dapatkan adunan yang cantik sebab tepung akan jadi sedikit pekat dan likat.
Ready to menjala.
Selamat mencuba.
RASA: Begini rupanya nak dapatkan adunan Roti Jala yang cantik, pekat dan likat. Rupanya kena biarkan bancuhan 15 minit. Jadi bagi yang nak cuba buat sendiri Roti Jala di rumah, boleh ikut resipi dan sukatan yang dikongsikan ini.
Enaknya jika dapat menikmati sajian Ayam Meraung yang sangat sedap dan mudah ni. Ditambah pula dengan sos yang padu, memang betul-betul nikmat! Nak cuba masak sajian istimewa ini untuk keluarga? Resipi mudah perkogsian saudari Mas Salleh ni antara yang terbaik. Bahan pun ringkas sahaja. Sangat berbaloi untuk dicuba.
CARA MASAK SOS & AYAM MERAUNG YANG SANGAT SEDAP
BAHAN SOS (sukatan bahan ikut citarasa):
Cili merah besar – cincang kasar Cili padi hijau – cincang kasar Bawang putih – cincang kasar Bawang merah – cincang kasar Daun ketumbar beserta akar – cincang kasar Gula kabung secukupnya – beli online disini Sos ikan – beli online disini Sedikit beras pulut sangai – tumbuk halus Sedikit emping cili – beli online disini Limau nipis secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Satukan bahan-bahan cincang bersama bahan-bahan lain. Sebatikan. 2. Perah jus limau nipis mengikut selera masing-masing. 3. Gaul rata dan ketepikan seketika.
BAHAN AYAM MERAUNG: 2 keping dada ayam Sedikit kicap pekat – beli online disini Sos tiram secukup rasa – beli online disini Sos ikan secukup rasa Sedikit minyak Sedikit gula
CARA MEMASAK: 1.Bersihkan ayam dan perap bersama kicap pekat, sos tiram, sos ikan, sedikit minyak dan gula. Tidak perlu garam kerana telah ada rasa masin dari sos. 2. Perap ayam seketika. Jika mahu lebih sedap, boleh perap lebih lama. 3. Panaskan kuali tahan lekat (non-stick) dan panggang hingga ayam masak. 4. Bila ayam telah masak, keluarkan dan hiris ikut selera. 5. Hidangkan bersama sos yang telah disediakan awal tadi.
1. Putar telur dan gula sehingga kembang. 2. Masukkan susu dan ovalette, putar lagi sehingga adunan kembang dan gebu. 3. Masukkan tepung gandum yang diayak bersama serbuk penaik. Masuk sedikit demi sedikit.
4. Masukkan santan, emulco pandan dan pewarna hijau. Kacau hingga sebati. 5. Letak adunan di dalam loyang 8×8 dan panaskan ketuhar dalam 5-10 minit. 6. Bakar pada suhu 160C selama 40 minit, bergantung pada ketuhar masing-masing.
Kuih Tepung Gomak lembut dan sedap dengan inti kelapa manis memang sesuai untuk minum petang. Ikuti resipi tradisional mudah daripada Opah Mas Cotek ini.