Tak tahu nak raikan yang tersayang di mana? Jomlah ke Fairfield by Marriott Kuala Lumpur yang menyediakan Bufet Hi-Tea hujung minggu “A Taste of Local”.
Hotel ini mengalu-alukan semua tetamu untuk menikmati Bufet Hi-Tea Hujung Minggu bersama keluarga atau rakan bermula dari 24 Jun 2023 dan seterusnya pada setiap Sabtu dan Ahad.
Restoran, Lesung, Fairfield oleh Marriott, menawarkan suasana yang selesa untuk riadah petang anda dengan pelbagai pilihan masakan tempatan yang menyelerakan hingga menu pencuci mulut kegemaran sepanjang masa.
Daripada cucur yang rangup hinggalah kepada pelbagai jenis bubur yang enak.Menggabungkan rasa asli tempatan dan juga sedikit pilihan antarabangsa.Bufet Hi-Tea Hujung Minggu menyerlahkan pelbagai snek tempatan.
Ads
Bufet ini juga menawarkan salad segar yang terdiri daripada pilihan ulam seperti Salad Mi Kaca, Tauhu Sumbat, Kerabu Taugeh dan banyak lagi. Sup Mulligatwany istimewa ada di stesen sup bersama pilihan sup lain.
Pilihan seperti Nasi Goreng Chinese Style, Nasi Arab with Roasted Chicken, Mi Kari dan pilihan lain juga menyelerakan.
Menu utama Bufet Hi-Tea ini ialah Air Tangan Bonda.Keistimewaannya adalah pelbagai jenis cucur seperti Cucur Ikan Bilis, Cucur Bawang, Cucur Udang dan banyak lagi. Tidak dilupai,pilihan pencuci mulut dengan pelbagai kuih muih dan manisan.
Hanya lima hingga tujuh minit berjalan kaki ke stesen monorel dan LRT, tetamu boleh sampai ke Fairfield Kuala dengan mudah
Lumpur dengan menggunakan pengangkutan awam. Berlatar belakang pemandangan Kuala Lumpur dari hotel, tetamu boleh menikmati hi-tea mereka dengan pemandangan yang menakjubkan.
Bufet Hi-Tea Hujung Minggu Fairfield by Marriott Kuala Lumpur disediakan setiap Sabtu dan Ahad mulai 24 Jun 2023 dan seterusnya. Para tetamu boleh merasa pelbagai pilihan masakan tempatan di Fairfield Weekend Hi-Tea Buffet hanya RM48nett (Dewasa) dan RM28nett (Kanak-kanak) berumur 4 hingga 12 tahun. Di bawah empat tahun dan warga emas tua adalah percuma. Setiap lima orang dewasa yang membayar, seorang warga emas (60 tahun ke atas) makan percuma.
Chef Zam adalah di antara chef selebriti yang tersentuh jiwa dan prihatin mengenai nasib mereka yang berada di Pusat Kuarantin, anggota polis , golongan asnaf dan gelandangan di kala wabak Covid-19 ini. Aktivitinya membuat kerja sukarelawan dapat dilihat di Instagramnya @ Chef_ Zam.
Usaha murninya bersama badan kebajikan Food Aid Foundation di mana Chef Zam adalah salah seorang pengasasnya menjalankan kerja sukarelawan , menyediakan masakan untuk mereka yang memerlukan memang patut dipuji dan dicontohi masyarakat.
Dalam menjalani Perintah Kawalan Pergerakan ini (PKP) untuk menyekat penyebaran Covid -19 ini ada yang kena berkurung kerana berada di Pusat Kuarantin.
Chef Zam juga prihatin dengan anggota polis yang sibuk bertugas dan lebih -lebih lagi golongan gelandangan dan asnaf yang tidak berkemampuan untuk menyediakan makanan untuk diri dan keluarga.
Ketika dihubungi Chef Zam menerangkan aktiviti ini selari dengan objektif penubuhan Food Aid Foundation iaitu memastikan tiada sesiapa yang kelaparan di Malaysia dan atas prinsip semua orang patut mendapat makanan tanpa mengira bangsa, agama waima kerakyatan.
Bukan hanya ketika wabak Covid-19 sahaja , malah di hari biasa adalah menjadi aktiviti dan rutin kebajikan Yayasan ini menghulurkan bantuan makanan kepada pelarian Rohingya dan pekerja-pekerja asing di negara ini dan golongan susah , asnaf serta gelandangan.
Apabila Covid-19 mula menular bermula 14hb Mac lagi, Food Aid Foundation menambahkan senarai bantuan makanan kepada pusat kuarantin iaitu Akademi Audit Negara di Nilai dan juga pusat kuarantin di AKEPT (Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi) di Bandar Enstek, Negeri Sembilan.
Mereka adalah rakyat Malaysia dan negara jiran yang dibawa pulang dari Iran dan Itali .
Food Aid Foundation juga melipat gandakan bantuan makanan kepada asnaf dan gelandangan dengan menyediakan makanan basah seperti daging, ikan dan ayamdan juga makanan kering.
Kata Chef Zam lagi ,“Jika sebelum bantuan makanan dihantar sendiri, namun kerana covid-19 , ini bantuan set makanan diambil oleh anggota pertahanan awam untuk diserahkan kepada pusat kuarantin dan mereka yang perlu dibantu itu.”
Chef Zam yang juga Pengetua dan Pemilik , Kolej Antarabangsa Silverspoon juga turut merakam penghargaan kepada MBSB Bank (Malaysia Building Society Berhad). Berahim , Air Asia, Tesco, syarikat-syarikat korporat dan orang perseorangan yang turut memberi sumbangan kepada Food Aid Foundation.
Anda juga boleh membuat sumbangan samada wang atau bahan makanan melalui IG dan FB Food Aid Foundation..
Buat para penggemar daging, pasti anda bersetuju yang seleksi daging lembu dan bebiri muda kambing Australia halal menjanjikan kesegaran rasa, berperisa dan cukup sempurna untuk digandingkan dalam pembuatan sushi Jepun.
Daging lembu dan bebiri muda kambing halal terbaik Australia adalah hasil padang rumput ternak hijau yang subur, udara segar, cahaya matahari dan air bersih. Daging lembu Australia sentiasa menjadi pilihan unggul dengan rangkaian tekstur, kelembutan, profil rasa dan kualiti pemakanannya.
Rangkaian besarnya termasuk produk daging lembu yang diberi makan rumput berkualiti, bijirin, organik beserta baka yang berkualiti tinggi seperti Wagyu, Hereford dan Angus. Kambing Bebiri muda Australia adalah sumber protein yang bermutu tinggi, lazat dan sihat.
Sushi yang baik tidak semestinya hanya menggunakan hidupan laut. Sushi yang dibuat dengan daging lembu Australia Wagyu, Hereford dan Angus, misalnya, akan menaikkan beberapa tahap dalam rasa dan tekstur.
Bebiri muda dalam sushi mungkin kedengaran agak pelik tetapi ia sebenarnya memberikan satu dimensi rasa yag menarik kepada para peminat sushi dan onigiri. Bebiri muda Australia merupakan pilihan protein yang sihat.
Sempena meraikan Chef Cash Fong untuk siri #DoneWithChef di Grand Hyatt Kuala Lumpur sehingga 3 September, Daging dan Ternakan Australia (MLA) dengan kerjasama Grand Hyatt Kuala Lumpur telah mengadakan satu ‘Masterclass Sushi’ dengan menggunakan daging lembu dan bebiri muda Australia bersama pihak media.
Chef Cash Fong merupakan Chef Eksekutif Jepun dari kumpulan restoran Tung Lok di Singapura, mengendalikan masterclass eksklusif di THIRTY8 Restaurant, Grand Hyatt Kuala Lumpur dengan menunjukkan cara yang lazat untuk membuat sushi dan onigiri menggunakan daging lembu dan bebiri muda Australia.
Pihak media telah dijemput untuk merasai hidangan Jepun dalam Siri #DinewithChef. Antaranya ialah Platter Rasa Wagyu Australia, Wagyu Tataki Australia, Stik Kohitsuji Miso (bebiri Muda Australia) dan Stik Wasabi Australia. Memang enak-enak belaka sajian yang dihidangkan.
Daging lembu Australia Grassfed dikatakan mempunyai rasa yang mantap, bersahaja dan tekstur yang sangat baik. Sebagai makanan berkhasiat semulajadi, daging lembu yang diberi makan rumput dilihat sebagai komponen penting untuk diet yang sihat, secara semulajadi rendah lemak dan kolesterol. Ia mengandungi 12 nutrien penting yang diperlukan untuk kesihatan yang baik, termasuk vitamin Zat Besi, Zink, Omega-3 dan B.
Daging lembu Australia yang diberi bijirin termasuk daging lembu Wagyu Australia berasal daripada lembu yang telah diberi makanan yang seimbang dari segi pemakanan dan bercatuan tenaga tinggi untuk tempoh tertentu. Ini menghasilkan marbling yang dipertingkatkan, dengan kelembutan yang ditambah baik, lebih berjus dan rasa yang lebih baik.
Bebiri muda Australia, yang diternak terutamanya di padang rumput, menghasilkan daging tanpa lemak yang berkhasiat serta mengandungi 12 nutrien penting yang sama seperti daging lembu Australia.
Sempena Krismas dan Tahun Baru yang bakal tiba tidak lama lagi, Nobu KL telah memperkenalkan seleksi Menu Festive Omakase bermula 23 Disember 2022 sehingga 1 Januari 2023.
Pastinya ia memberi pengalaman yang tidak boleh dilupakan kerana menu ini dicipta dengan penuh teliti oleh barisan Chef Nobu terkenal yang menggunakan makanan laut yang segar dan mewah.
Hamachi Tartare
Pengaruh tradisi Jepun seperti mi dan pisang kaki telah disulamkan ke dalam menu ini bersama sajian klasik Nobu yang menjadi kegemaran ramai, Flower Crab with Egg Foam yang telah diberi nafas baharu.
Kiri: Baked King Crab with Egg White; Kanan: Cold Soba Abalone with Nori Soup
Pastinya Chargrilled A5 Wagyu Sirloin bakal menjadi tarikan utama kerana dagingnya yang enak dan ‘mencair’ di dalam mulut. Memang sedap!
Chargrilled A5 Wagyu Sirloin
Nobu KL juga meraikan musim perayaan akhir tahun ini dengan mengadakan Charity Lucky Draw. Mulai 1 hingga 18 Disember 2022, pengunjung yang berbelanja sebanyak RM500 minimum berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah dengan hadiah daripada La Jung Clinic dan Gentlemen’s Tonic.
Dengan keuntungan yang akan disalurkan kepada Make-A-Wish Foundation, pemenang akan diumumkan pada 27 Disember nanti.
Sushi SelectionOrnament
Menu Istimewa Festive Omakase di Nobu KL Boleh Didapati Untuk Makan Malam Pada Harga RM750++ Seorang