Petang macam ni tengah fikir apa yang sedap nak makan dengan bahan-bahan yang terhad ada di rumah. Teringat pula kenikmatan bubur sum sum aduhai bila disiram dengan gula melaka memang tak terkata. Buat kemudian simpan dalam peti sejuk. Memang tak jemu makan.
Bubur Sumsum
Bahan-bahan:
1 cawan tepung beras
2 sudu tepung jagung
4 1/2 cawan santan
1sudu kecil garam
Ads
Daun pandan
Cara memasak:
1.Masukkan semua bahan dalam periuk. Kacau sebati. Api (sederhana saja ya) kacau tanpa henti supaya tidak berketul-ketul.
2.Kacau sehingga tepung masak dan pekat.
Ads
3.Padam api dan tuangkan dalam acuan atau dalam bekas. Sejukkan.
Air gula
3 ketul gula Melaka
Sedikit gula putih(ikot kemanisan masing-masing)
Ads
Air daun pandan
Cara memasak:
Campur semua dan masak atas api… Siap, Masukkan dalm peti sejuk. Bila dah sejuk, keluarkan dua-dua. Potong Bubur Sumsum siram dengan air gula.
Ngap masuk mulut… Sedapnya sejuk!!!
Selamat Mencuba
Kredit resipi &foto :Yna Sidek
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sedapnya kalau dapat makan pisang goreng yang keraknya rangup. Kena pula dengan pisang yang sedang elok masaknya, lagi hebat rasanya. Menurut Cikgu Afy Al Habibi, untuk mendapatkan pisang goreng yang sedap, ada beberapa tip yang harus diikuti. Antaranya ialah, adunan tepung haruslah dibancuh sendiri dan tidak menggunakan tepung segera.
Malah pisangnya juga kena pilih yang sederhana masak, lembut dan manis rasanya. Warnanya? Pilih yang kuning keemasan. Barulah hasil pisang goreng tu nampak lagi menyelerakan. Sebaiknya guna pisang lemak manis.
Cikgu Afy berkongsi resipi bancuhan tepung pisang goreng yang boleh anda semua cuba. Istimewanya, beliau tak letak pun kapur. Hasilnya tetap rangup tau. Jom cuba! Bolehlah masak untuk minum petang nanti.
RESIPI PISANG GORENG GAYA KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung beras, garam, serbuk kunyit, telur dan air ke dalam bekas. Kacau rata semua bahan tadi. Tekstur adunan tepung haruslah tidak terlalu pekat dan perlu sedikit cair.
2. Buang kulit pisang lemak manis satu persatu. Masukkan ke dalam adunan. Tidak perlu belah kerana saiz pisangnya kecil.
3. Gunakan pengepit. Masukkan satu persatu pisang ke dalam minyak gorengan sambil merenjis adunan tepung yang melekat di pengepit. (renjisan tepung untuk menghasilkan serdak rangup)
4. Pisahkan terus pisang yang melekat antara satu sama lain dalam kuali. Balik-balikkan supaya pisang masak sempurna.
5. Bila serdak tepung gorengan sudah kekuningan, angkat dan toskan minyaknya terlebih dulu. Jangan biar sampai hangit. Biasanya serdak akan lebih cepat garing berbanding pisang.
6. Bila pisang goreng sudah kelihatan sebegini, bolehlah angkat dan toskan.
7. Sedia untuk dinikmati.
8. Bancuhan tepung tadi juga boleh digunakan untuk menggoreng ikan, sotong atau udang. Sedap!
TIP UNTUK MENGHASILKAN PISANG GORENG YANG CANTIK
1. Guna minyak yang banyak semasa menggoreng. 2. Pastikan minyak betul-betul panas (berdesir semasa pisang dimasukkan). 3. Api awalnya perlu kuat dan biar sederhana sehingga pisang masak.
Salah satu kuih tradisional Melayu yang masih diminati sampai sekarang adalah kuih cucur badak. Bentuknya bulat-bulat dan warna seperti tepung yang digoreng. Memang nampak gebu gitu.
Intinya adalah kelapa parut yang dimasak dengan sedikit rasa pedas berempah. Memang sangat sedap menjadikan kuih ini kena dengan selera kaum Melayu yang suka makan pedas.
Jom kita lihat resipinya.
Resipi untuk 20 biji cucur badak.
BAHAN-BAHAN
1 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 batang serai
1/2 cawan udang kering
1/2 sudu kecil jintan kasar
1/2 cawan air
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar cili boh
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
1 1/2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 cawan kelapa parut
600 gram ubi keledek
500 ml air
1/2 sudu kecil garam
220 gram tepung gandum
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Dalam mesin pengisar, masukkan bawang putih, bawang besar, serai, udang kering, jintan kasar dan air. Kisar sehingga halus.
2. Dalam kuali, masukkan minyak masak. Tumis bahan kisar tadi. Masukkan cili boh dan serbuk kunyit. Tumis lagi.
3. Masukkan gula dan garam. Kacau lagi sehingga pencah minyak.
4. Masukkan kelapa parut. Gaulkan kelapa parut dengan bahan tumisan sehingga rata. Masak sehingga agak kering. Matikan api. Ketepikan.
5. Ambil ubi keledek. Potong kecil. Masukkan dalam periuk. Masukkan air dan garam. Hidupkan api dan rebus sehingga ubi keledek empuk. Selepas empuk, angkat dan toskan. Masukkan dalam mangkuk.
6. Tekan-tekankan ubi keledek menggunakan alat penekan. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul ratas supaya ubi keledek dan tepung bersatu mesra.
7. Uli sehingga adunan ini menjadi doh.
8. Sapukan tangan dengan minyak masak. Ambil sejemput doh dan jadikan bulat. Leperkan untuk mengisi inti ke dalamnya. Katupkan semula dan bentukkan jadi bulat dengan kemas. Jangan inti terkeluar.
9. Ulang langkah ini sehingga adunan dan inti habis.
10. Dalam kuali, panaskan minyak masak. Selepas minyak panas, goreng cucur badak sehingga kekuningan. Angkat dan toskan. Sedia dihidang.
Kuih LepatLabu memang sedap. Rasa lemak-lemak manis, memang sesuai sangat dijadikan sajian untuk minum petang. Bagi anda yang suka makan kuih tradisional ni, resipi perkongsian saudari Asma Mohamed antara yang mudah boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI KUIH LEPAT LABU SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
BAHAN INTI:
CARA MEMASAK: 1. Sediakan inti terlebih dahulu. Satukan semua bahan inti dan masak sehingga manisan @ gula melaka larut. Tekstur inti paling sedap ialah bila ia agak lembab dan tidak kering. 2. Untuk adunan lepat, satukan semua bahan dan adun hingga sebati. 3. Untuk membungkus lepat, ambil daun pisang yang telah dipotong dan dilayur. 4. Ambil 2 sudu makan adunan lepat, letak atas daun pisang. 5. Seterusnya, ambil 1 sudu teh inti. Balut daun pisang dengan kemas. Lakukan hingga habis adunan.
6. Panaskan periuk kukusan dan susun kuih lepat tadi. Kukus selama 25 minit atau hingga masak.