Eh tetiba lapar pulak. Menonton tv sambil menghirup dan mengunyah bubur best nih. Apakata kita masak bubur pulut hitam. Tapi pulut tu rebus betul betul ya, biar sedap mengunyahnya.
Ini resipi perkongsian dari FB : Resipi Mutiara HATI. Bubur ni kalau disejuk bekukan boleh menjadi ais krim pulak, ermmm yummy.
Cara Penyediaan Resepi Bubur Pulut Hitam Sedap :
1. Rebus pulut hitam dengan 6 cawan air dan daun pandan sehingga lembut guna api sederhana sahaja atau boleh guna pressure cooker.Pulut hitam akan pecah kembang apabila lembut. Biarkan pulut masak dan kuah menjadi pekat.
2. Masukkan santan cair, garam, gula putih dan gula melaka. Masak sehingga bahan larut dan kacau.Barulah masukkan 1 cawan santan pekat dan sebatikan.Sesuaikan rasa.
3. Baki santan pekat tadi 1 cawan masak asing di atas api kecil.Sentiasa kacau supaya tidak berketul ya.Tambahkan bancuhan tepung jagung yang dicampurkan air dan kacau sebati sebelum ditambah masuk ke dalam periuk.Masukkan sedikit garam sedikit.Tutup api.
.
TIP SEDAP :
1. Resepi bubur pulut hitam ini memang sedap dimakan dengan santan pekat asing.Lagi terasa nikmatnya.Baki bubur pula dijadikan aiskrim.Memang licin habis.
.
2. Jadi nanti bila hendak makan bubur pulut hitam, tuangkan pulut dan tambahkan santan pekat tadi sedikit.Memang Sedapp betul.Selamat mencuba.
.
Ads
FB : Resepi Mutiara HATI
INGIN MENCARI PERKAKAS DAPUR TERBARU UNTUK MEMASAK, BELI ONLINE DI SINI.
Sedapnya Wajik durian perkongsian saudari SuiSan Aliezsha ni. Nampak berkilat, lembut, pendek kata memang menambat selera dan buat orang terliur untuk mencuba. Menurut empunya resipi lagi, sajian ini dipelajari dari arwah ibunya dan merupakan resipi orang dulu-dulu yang menggunakan 100% gula anau.
Gula anau dan gula melaka ada bezanya. Gula anau ni adalah gula yang diproses dari nira pokok anau makakala gula melaka pula dihasilkan menggunakan nira kelapa. Nanti cubalah ya. Pasti puas hati.
CARA MASAK WAJIK DURIAN GULA ANAU
BAHAN-BAHAN:
500gm beras pulut – dicuci
3 keping gula anau
Secubit garam
2 biji kelapa parut – ambil pati santan sahaja
2-3 helai daun pandan
Beberapa ulas durian
CARA MEMASAK: 1. Rendam pulut yang dicuci selama beberapa jam. Toskan kemudian kukus pulut hingga masak. Tidak perlu kukus hingga terlalu lembik. ( agak-agak sahaja) 2. Masukkan santan, gula anau, secubit garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut. 3. Tambahkan durian. Kacau lagi hingga kuah santan menjadi pekat dan berbuih-buih. Pastikan cukup rasa manisnya. Jika kurang, tambah gula pasir ikut citarasa. ( empunya resipi hanya guna gula anau kerana rasanya sudah cukup.) 4. Masukkan pulut yang telah dimasak tadi. Kacau hingga sekata dan tidak berketul. 5. Padamkan api dan masukkan ke dalam loyang atau bekas bersesuaian.
Kalau korang biasa makan dangai bakar, boleh cuba buat dangai kukus ni. Mak oii. Memang sedap rupanya.
Dangai kukus Bahan-bahan: 3 cawan kelapa parut putih saja.Kalau dapat yang agak muda lagi sedap. 1 cawan tepung pulut 1/2 cawan gula halus Secubit garam
Cara memasak: 1.Gaul sebati. 2.Masuk dalam acuan lompang. Buat lubang sikit. Boleh letak coklat ataupun gula melaka.Kukus 10 minit.
Apa benda yang bergulung tu ? Haah ni ada resipi yang intinya digulung dengan ‘crepe’ tepung. Dalam resipi ni ada yang menggunakan kulit popiah dan tortilla.
Janji ada daging dan sayur-sayuran memang ‘meletop’ rasanya. Snek sihat sedap dimakan waktu buka dan moreh.Buat sahur pun boleh.. Cubalah nanti ya.
1.MALAYSIAN ROLL WITH SHRIMP BASIL
BAHAN-BAHAN : Bahan inti :
¼ cawan daun selasih (basil) segar | dibilas dan keringkan, dicincang
6 ekor udang saiz sederhana | masak celur dan potong dua
½ cawan parutan lobak merah
½ cawan sengkuang yang diparut
20gm badam panggang | ditumbuk kasar
3 helai daun salad merah, buangkan urat daun jadikan 6 bahagian
Kulit popiah secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Didihkan air dan celur kesemua sayur-sayuran. Toskan dan bilas selama 30 minit. 2. Rasa inti dan perisakan dengan gula dan garam dan gula, campurkan badam.Gaul sebati. 3. Masukkan inti ke dalam mangkuk dan ketepikan. 4. Tebarkan sekeping kulit popiah di atas papan canai. Letakkan salad di atas kulit popia dan letakkan inti di atas salad, lipatkan di kedua belah hujung popia dan gulungkan.
Saiz hidangan : 5-6 orang Waktu memasak :30 minit Cara memasak : Digaul tanpa masak Jenis masakan : Kudapan Keistimewaan : Sedap dihidangkan bersama mentega kacang
Info Chef : Kacang badam dicampur bersama sayur-sayuran menambahkan vitamin dan khasiat. Badam kaya dengan vitamin E,lemak sihat , serat, protein dan magnesium yang diperlukan oleh tubuh sihat.
2. CHICKEN VEGETABLE WRAP
BAHAN-BAHAN :
1 sudu makan minyak sayuran
1 biji bawang besar | dicincang halus
1 ulas bawang putih | dicincang halus
3 cawan ayam rebus tanpa kulit dan telah disiat-siat
3 cawan salad ‘iceberg lettuce’ | dicincang
¾ cawan tomato yang didadu
11/2 cawan keju cedar yang diparut
1 cawan pistachio panggang
1 cawan kacang pis hijau | toskan selepas dikeluarkan dari tin
6 keping tortillas (diperbuat dari tepung)
CARA MEMASAK : 1. Pijarkan minyak di dalam kuali dengan api yang sederhana. 2. Masukkan bawang dan masak hingga lembut, kira kira 3 minit. 3. Masukkan bawang putih dan masak, kacau selama seminit 4. Masukkan ayam, kacau dan masukkan garam. Biarkan masak 1 hingga 2 minit. 5. Kemudian letakkan tortilla ditengah dua kertas/tisu gulung yang dilembabkan (paper towels) dan masukkan di dalam ketuhar mikro selama 10 saat untuk melembutkan tortilla 6. Sudukan dengan salad di atas setiap satu kepingan tortilla, kemudian letakkan ayam, sayurr, keju cedar, kacang pis dan pistachio. 7. Gulung dan kerat dua. Sajian siap dihidang.
Saiz hidangan : 5-6 orang Waktu memasak : 20 minit Cara memasak : Tumis Jenis masakan : Kudapan sandwich ala burrito Keistimewaan : Inti yang lebih lemak dengan kacang pis dan pistachio
Info Chef; Kandungan kacang pis dan pistachio dipercayai dapat meningkatkan kadar imunisasi badan dan mengurangkan risiko penyakit darah tinggi. Sajian rendah lemak yang menyihatkan.
3. CHICKEN BURRITO
BAHAN-BAHAN :
1 sudu makan minyak masak
1 biji bawang holland /dicincang halus
1 ulas bawang putih/ dicincang halus
100 gm dada ayam/ dipotong kecil
Garam secukup rasa
6 keping tortilla jagung /dibeli siap dari pasaraya
3 cawan salad /dipotong kecil
1 1/2 keju cheddar parutan keju
1/4 sudu teh garam
Bahan sos burrito:
3 sudu makan mayonis
1 sudu teh serbuk paprika
2 sudu makan sos lada hitam
* Dicampur sekali
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak di dalam kuali, api sederhana 2. Masukkan bawang besar dan masak hingga lembut, kira-kira 3 minit. 3. Masukkan bawang putih dan masak, kacau 1 minit 4. Masukkan ayam dan 1/4 sudu teh garam. Masak hingga empuk, ketepikan. 5. Panaskan kepingan tortilla jagung mengikut arahan di bungkusan. 6. Letakkan salad di atas setiap tortila, letakkan ayam yang dimasak tadi, dengan parutan keju chedar dan sos burrito. Gulung tortila dan potong dua.
Saiz hidangan : 2 orang Waktu memasak : 10 minit Cara memasak : Goreng Jenis masakan : Mexico Keistimewaan : Sajian sihat salad dan ayam bersos keju dan burrito
INFO CHEF: Sajian ini sunguh mengenyangkan, sandwic versi Mexico. Sedap dihidang dengan ‘hash brown’
4. HO CHI MINH SPRING ROLL
BAHAN-BAHAN :
170 gm soo hoon (dicelur)
6 ekor udang saiz sederhana (dicelur)
12 keping kulit popia (dicelur)
BAHAN INTI :
1/2 kubis china (dihiris halus)
200 gm lobak merah (dihiris halus)
200 gm timun (dihiris halus)
200 gm saderi (dihiris halus)
200 gm salad Cina (chinese lettuce) (dihiris halus)
50 gm parsli Cina (dihiris halus)
50 gm selasih Thai (sehelai-helai)
50 gm daun ketumbar (dihiris halus)
50 gm taugeh
BAHAN SOS :
1/2 sudu teh sos ikan
1/4 sudu teh gula
1 ulas bawang putih
2 biji cili padi
Air panas secukupnya (1-2 sudu makan)
CARA MEMASAK :
1. Celur soo hoon dalam air mendidih dan terus tos. Kemudian celurkan udang dalam air mendidih sehingga masak. Kulit popia direndam air biasa hingga lembut.
2. Kemudian sediakan dan susun bahan inti di dalam dulang.
3. Susun dan tebarkan kulit popia letakkan 2 ekor udang sedikit soo hoon, daun selasih, taugeh, lobak merah, saderi, daun ketumbar dan salad cina dalam setiap popia.. Biarkan sedikit ruang kosong di kedua hujung kulit popiah untuk membalut.
4. Gulung atau balut ikut kreativiti anda.
5. Di dalam mangkuk kecil campurkan sos ikan, air panas, bawang putih, gula dan cili padi. Jika suka anda boleh masukkan kacang tumbuk.
6. Hidangkan popia Ho Chi Minh dengan sos .
INFO CHEF : Sajian ini adalah sajian salad yang menyihatkan padat dengan sayur-sayuran segar.
Saiz hidangan : 4 orang Waktu Memasak : 3 jam Cara Memasak : Celur Jenis masakan : Vietnam Keistimewaan : Kudapan sesuai untuk mereka yang mementingkan menu sihat.