Keledek antara ubi yang sangat digemari dan boleh dipelbagaikan menu  dengan pelnagai rasa selain ia sedap di rebus, keledek juga boleh dibuat bermacam jenis kuih dan dessert yang lain, asal kreatif macam-macam buat pasti menjadi, berikut empat jenis hidangan yang boleh dibuat daripada keledek yang dapat dikongsikan di sini.

1.KUIH KERIA KELEDEK  SIRA GULA MELAKA

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg ubi keledek kuning
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung ubi
  • 2 keping gula melaka
  • 1 sudu gula pasir
  • 1/2 cawan air
  • Secubit garam

CARA MEMASAK:

  1. Kupas keledek kemudian kukus hingga empuk.
  2. Lenyek ubi keledek sehingga tiada ketulan
  3. Kemudian campurkan ubi keledek yang telah dilenyek tadi dengan tepung gandum, tepung ubi dan secubit garam.
  4. Gaulkan hingga sebati dan menjadi doh keria.
  5. Bulat-bulatkan doh keria, kemudian leperkan dan buat lubang di tengah-tengahnya.
  6. Goreng doh keria yang telah dibentuk kemudian toskan untuk hilangkan minyak
  7. Sementara itu, campur dan cairkan gula melaka, gula pasir dan air sehingga mendidih dan pekat
  8. Masukkan keria yang telah digoreng tadi dan gaulkan sehinga sebati.
  9. Tutup api, dan terus gaul hingga gula melekat dan menyaluti semua bahagian kuih keria.
  10. Kuih keria sedia dihidangkan.

 4 Menu Dari Keledek , Sedap DiHidang Kuih & Bubur.

2. TALAM KELEDEK

BAHAN-BAHAN:

LAPISAN BAWAH:

  • 500gm keledek ungu | kukus
  • 2 cawan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung ubi
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1 liter santan
  • 1 sudu teh garam halus

LAPISAN ATAS:

  • 100gm tepung beras
  • 3 sudu makan tepung jagung
  • 1 liter santan dari sebiji kelapa
  • 2sudu teh garam halus

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Untuk lapisan bawah, lenyekkan keledek hingga hancur.
  2. Kemudian, campurkan semua bahan kemudian kacau rata.
  3. Tapiskan ke dalam periuk.
  4. Renehkan atas api perlahan hingga hampir pekat. Tutup api
  5. Tuangkan dalam managkuk kuih lompang dan kukus selama 15 minit dalam kukusan yang telah sedia dipanaskan.
  6. Untuk menyediakan lapisan atas, satukan semua bahan gaul kacau sebati.
  7. Tapiskan, kemudian tuang di atas lapisan bawah yang telah dicucuk dengan garapu.
  8. Kukus semula lebih kurang 12-15 minit lagi.
  9. Setelah masak, tutup api dan buka penutup kukus.
  10. Setelah sejuk keluarkan dari acuan dan sedia dihidangkan.

 4 Menu Dari Keledek , Sedap DiHidang Kuih & Bubur.

3. ONDE-ONDE KELEDEK

BAHAN-BAHAN:

  • 3  cawan keledek yang telah direbus
  • 2 cawan  tepung pulut
  • 1 ketul gula melaka  | potong dadu kecil
  • 2 mangkuk kelapa parut | putih sahaja
  • Secubit garam

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan keledek yang telah dilenyek dengan tepung pulut, gaul rata hingga menjadi doh lembut.
  2. Tambah sedikit air jika perlu.
  3. Bulat-bulatkan menjadi bulatan kecil, kemudian masukkan ketulan gula Melaka dan tutup semula.
  4. Bembali bentukkannya menjadi bulat. Lakukan hingga habis.
  5. Panaskan air dalam periuk, setelah mendidih masukkan onde-onde.
  6. Semetara itu, sediakan kelapa parut yang telah digaul dengan secubit garam di dalam loyang.
  7. Setelah onde-onde timbul angkat menggunakan penapis, toskan dan gaul dalam kelapa parut tadi.
  8. Onde-onde sedia dihidangkan.

 4 Menu Dari Keledek , Sedap DiHidang Kuih & Bubur.

4. BUBUR  KELEDEK PELANGI

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji keledek warna unggu | potong dadu kecil
  • 1 biji keledek warna kuning | potong dadu kecil
  • 2 sudu makan sagu mata ikan warna hijau
  • 1/2 cawan gula pasir
  • Secubit garam
  • 500 ml santan
  • 150ml susu cair
  • 1 helai daun pandan

CARA MEMASAK:

  1. Kukus keledek yang telah didadu separuh masak. Ketepikan.
  2. Cucu sagu di bawah air mengalir kemudian masukkan dalam air yang telah didihkan dalam periuk.
  3. Setelah sagu bertukar jernih. Angkat dan lalukan di bawah air mengalir. Masukkan dalam bekas bersama sedikit air.
  4. Masukkan santan dalam periuk bersama gula, secubit garam dan daun pandan. Renehkan atas api sederhana.
  5. Setelah mereneh masukkan keledek, seketika kemudian masukkan pula sagu.
  6. Sebelum angakat masukkan susu cair, gaul rata dan tutup api.
  7. Bubur sedia dihidangkan.

ANDA PASTI TERTARIK DENGAN RESIPI INI :

DAN JUGA RESIPI INI :

 

IKLAN

 Talam Keladi Berlauk Ala Cina VS Talam Keladi Melayu.

 

 

 

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI