Musim PKP ni jika teringin nak makan rpti bom, tak perlulah bersusah payah keluar ke restoran mamak. Buat saja sendiri roti bom di rumah, lebih selamat, roti terjamin bersih dan sedap dan paling penting anda dapat berjimat. Jadinya kalau kebetulan anda ada buat kari ikan, daging atau ayam, buatlah lebih, simpan sikit dan boleh makan dengan roti bom yang anda buat. Macam mana cara nak buat roti bom, ikut je resipi yang rasa kongsikan ini. Senang cerita, gerenti jadi.
ROTI BOM
BAHAN-BAHAN: 250gm tepung gandum 1 biji telur 112ml air suam 45ml minyak masak 1 sudu makan susu tepung 1/4 haram halus Sedikit marjerin/ minyak untuk menguli dan oles.
Ads
CARA MEMBUAT:
Ads
Ads
Dalam mangkuk adunan masukkan air, minyak masak dan telur, adun rata menggunakan wisker atau spatula.
Masukkan bahan kering, tepung dan susu tepung, uli hingga rata. Dan tidak melekat di tangan.
Bulat-bulatkan mengadi 6 bahagian dan bulat-bulatkan.
Oleskan adunan yang telah dibulatkan dengan mentega, kemudian letakkan atas loyang yang telah disapukan minyak.
Tutup dengan plastik wrap loyang, biarkan selama 1 jam atau lebih.
Selepas 1 jam, sapukan papan pencanai dengan minyak dan canai dengan menekan-nekan menggunakan hujung jari yang telah disapu dengan mentega hingga nipis.
Kemudian gulung kedua-dua belah hujung dan bertemu di tengah dan bulatkan bentuknya, lakukan hingga habis.
Panaskan kuali dengan sapukan sedikit minyak atau mentega. Leperkan adunan tadi lebih kurang 0.5cm.
Goreng atas api perlahan, dan balik-balikkan hingga mendapat hasil roti yang keperangan, garing diluar dan lembut di dalam. Lakukan hingga habis.
Roti Bom sedia dihidangkan dengan kuah pilihan anda.
Jika tiada selera, daging pekasam ni boleh membangkitkan selera makan anda. Bagi yang selalu beli hidangan ini, kini anda boleh hasilkan sendiri. Mudah je. Jom cuba
Alhamdulillah menjadi juga daging pekasam nih. Nak beli mahal sangat. Jadi kita wat sendiri. Sape yang suka boleh la try. Terima kasih saudara mara di Langkawi yang memberi resepi ni tempoh hari.
BAHAN-BAHAN:
Daging lembu ( apa sahaja jenis kesukaan)
Garam
Sedikit gula
Beberapa keping asam gelugur
Segenggam nasi
Air basuhan beras ( basuhan kali 2/3) secukupnya
CARA-CARA:
1. Daging lembu dicuci bersih-bersih.
2. Gaulkan dengan garam dan sedikit gula.
3. Masukkan ke dalam balang bersama bberapa keping asam gelugur dan segenggam nasi.Perap semalaman.
4. Keesokannya masukkan air basuhan beras kali ke 2/3. Simpan dalam peti sejuk. Jika nak simpan di luar peti sejuk pun boleh. Rasanya akan menjadi lebih masam dan sedap.
Korang suka makan buruh puyuh tak? Kalau suka ini RASA kongsikan dua resipi burung puyuh yang sedap dan korang boleh cuba sebab cara memasak pun senang dan ringkas je. Sekali sekala masak lauk lain dari yang lain apa salahnya kan?
BURUNG PUYUH GORENG CILI KERING
BAHAN-BAHAN:
3 ekor buruh puyuh | potong kecil
5 tangkai cili kering | hiris kecil
8 tangkai cili padi | hiris kecil
1 biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | cincang halus
3cm halia |hiris halus
1 biji limau nipis | perah airnya
1 batang serai | hiris halus
½ batang lobak merah | potong dadu kecil
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Bersihkan burung puyuh, kemudian gaulkan bersama serbuk kunyit dengan sedikit garam halus. Gaul rata dan ketepikan.
Panaskan minyak, goreng burung puyuh hingga garing dan ketepikan.
Keluarkan minyak, kemudian tinggalkan sedikit untuk menumis.
Masukkan bawang besar, bawang putih, halia cili kering, cili padi, lobak merah dan serai.
Setelah bau wangi, masukkan burung puyuh yang telah digoreng, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Tutup
Perahkan limau nipis sebelum angkat dan dihidangkan panas-panas.
BURUNG PUYUH GORENG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
1kg burung puyuh | cuci bersih dan tos
100gm rempah kari daging
30gm rempai kari daging
30gm serbuk jintan manis
30gm serbuk ketumbar
50gm tepung jagung
20gm daun kari
1 biji telur
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng
BAHAN KISAR HALUS:
150gm bawang berah
40gm bawang putih
60gm halia
60gm serai
BAHAN KISAR:
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2cm halia muda
2cm kunyit hidup
4 batang serai
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan kisar di dalam mangkuk bersama rempah kari, serbuk jintan manis, jintan putih, ketumbar dan lada hitam. Gaul rata.
Kemudian masukkan burung burung puyuh di dalamnya.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Gaul rata.
Perapkan selama dua jam. Sebalik-baiknya semalaman.
Sebelum menggoreng, pecahkan telur dan masukkan tepung jagung di dalamnya. Gaul rata.
Panaskan minyak, goreng burung puyuh.
Apabila hampir garing masukkan daun kari.
Setelah betul-betul garing, tutup api dan angkat.
Enak dihidangkan panas-panas dengan serdak rempah ratus yang garing tadi.
Petai, masak sambal, campur dalam gulai atau buat ulam begitu je, pun sedap. Soal bau tolak tepi itulah yang selalu dikatakan oleh penggemar petai. Bukan sekadar cerita, ini dua resipi petai yang boleh anda semua cuba. Memang terangkat bila rasa.
IKAN BAWAL BAKAR SAMBAL PETAI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan bawal saiz sederhana | bersihkan
1 helai daun kunyit
2 keping aluminium foil
Garam dan gula secukupnya
1 sudu makan air asam jawa
Bahan-bahan kisar:
10 biji cili kering
5 biji cili merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inci halia
2 biji buah keras
Sedikit kunyit hidup
Sedikit air
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan sambal, panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan-bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
Kemudian masukkan air asam, garam dan gula secukup rasa. Angkat dan ketepikan.
Untuk menyediakan ikan bakar, panaskan ketuhar pada 180 C.
Kemudian letakkan daun kunyit di atas aluminium foil kemudian letakkan sambal dan ratakan.
Seterusnya letakkan ikan di atas sambal dan tutup atas ikan dengan lebihan sambal.
Taburkan petai di atas sambal dan tutup dengan daun kunyit.
Akhir sekali balut ikan dengan aluminium foil dan bakar antara 20-25 minit.
Setelah masak hidang ikan dengan nasi panas serta ulam-ulaman.
SAMBAL TELUR PUYUH BERSAMA PETAI
BAHAN-BAHAN:
30 biji telur puyuh | rebus dan buang kulit
200gm isi petai
1 biji bawang besar | hiris
1 sudu makan pes asam jawa
4 sudu makan pes cili
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang kisar
3 biji cili merah
2cm halia muda
2cm belacan | jika suka
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, kemudian goreng petai hingga layu. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali yang sama, tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar.
Setelah wangi masukkan pes cili bersama asam jawa. Kacau lagi hingga pecah minyak.
Masukkan petai, dan telur burung puyuh yang telah direbus dan dibuang kulit tadi.
Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kecilkan api biarkan sambal mereneh hingga pecah minyak lebih kurang 2-3 minit.
Angkat dan sedia dihidangkan.
NAK MASAK SAMBAL GUNA AIR FRYER, JOM SEMAK PELBAGAI PILIHAN MENARIK DI SINI.