Buat Sendiri Risoles Kentang Ayam Macam Kedai. Jimat & Lebih Sedap!

Share

Sedapnya Risoles ni. Sangat sesuai dijadikan sajian kudapan di waktu lapang atau hidangan minum petang. Terdapat pelbagai resipi Risoles yang intinya dipelbagaikan. Salah satunya yang sedap dan mudah ialah resipi kulit Risoles yang dikongsi oleh saudari Juju Minhad. Intinya? Terpulang pada cita rasa masing-masing. Boleh sahaja guna inti karipap sahaja. Ringkas bahan-bahan penyediaannya namun rasanya sangat enak. Cubalah. Pasti puas hati.

RESIPI RISOLES HOMEMADE SEDAP & MUDAH

BAHAN KULIT RISOLES:

2 cawan tepung gandum beli online disini
2 cawan santan beli online disini
1 biji telur
1 cawan air
Secubit garam

BAHAN INTI & SALUTAN:
Inti secukupnya (boleh buat inti ayam & kentang macam karipap)


Telur
Serbuk roti beli online disini

CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan untuk kulit dan kisar menggunakan blender hingga sebati. Kemudian tapis untuk memastikan adunan mulus dan tidak berketul
2. Panaskan kuali tahan lekat kemudian tuang adunan doh untuk membuat kulitnya.
3. Pastikan kulit dibuat nipis-nipis. Jangan tebal.
4. Bila sudah habis kulitnya, ambil sekeping dan hamparkan.
5. Letak inti yang telah dimasak dengan secukupnya dan gulung seperti kuih ketayap.


6. Celup ke dalam telur yang telah dipukul.


7. Kemudian salutkan dengan serbuk roti hingga bersalut rata.

8. Panaskan minyak masak dan goreng Risoles tadi hingga kekuningan.

9. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.

NOTA:
Inti terpulang pada selera dan cita rasa masing-masing. Antara inti Risoles yang boleh digunakan adalah inti sardin, daging. Empunya resipi buat inti ayam dan ketang ala-ala inti karipap.

 

Kredit resipi & foto: Juju Minhad

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi

]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Jom Cuba! Resipi Kuih Kole Kacang Sedap, Mudah & Kurang Manis

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

Published by
Elina