Hanya tinggal beberapa hari je lagi Syawal, jika korang nakkan kelainan tapi bosan asyik lauk rendang, kari mahupun kuzi, apa kata korang sediakan menu lebih ringkas namun rasanya tetap sedap. Ni dia enam pilihan sambal.
RASA kongsikan enam resipi sambal yang ringkas dan sesuai sangat mengantikan rendang ye…
Dah lama tidak merasa nasi daging. Biasa di utara, nasi daging dihidangkan semasa hari raya. Padu rasanya bila dihidangkan bersama air asam kerisik dan sup tumis darat. Aroma bau nasi daging ni memang enak bila pelbagai ramuan rempah ratus dimasak sekali.
NASI DAGING
Bahan-bahan dan cara membuat:
Air asam kerisik
Bahan-bahan:
Cara membuat: 1. Gaul ke semua bahan-bahan. Nak sedap gaul dengan jari. 2. Siap untuk dihidang.
Sup tumis darat
1.Rebus dahulu daging hingga empuk. 2.Nanti bahagi dua bahagian,untuk nasi separuh, untuk sup separuh (Masa rebus daging masuk garam sikit)
Untuk sup tumis darat:
Cara membuat: 1.Tumis bahan di atas hingga kekuningan. 2.Masuk ke dalam daging yang dah direbus tadi. 3.Tabur daun sup. 4.Siap untuk dihidang.
Asam Pedas Ikan Salmon, Kuah Pekat Rasa Kaw, Memang Sedap! Ada lauk macam ni tak payah dah masak lauk lain.
Resipi Asam Pedas memang cukup terkenal di Melaka. Ada berbagai jenis versi Asam Pedas namun ia terpulanglah kepada kita untuk mengolahnya. Jika biasanya kita masak Asam Pedas menggunakan ikan laut seperti tenggiri, ikan merah, ikan kembung dan sebagainya, kali ini kita cuba pula masak Asam Pedas Ikan Salmon. Jom kita cuba buat ikut resipi yang dikongsikan oleh Rozi Abdul Razak ini.
RESIPI ASAM PEDAS IKAN SALMON
BAHAN-BAHAN:
Ikan salmon Cili kering kisar – beli online Bawang besar/merah kisar Air Air asam jawa Daun kesum – beli online Bunga kantan Serai Garam – beli online Kiub ayam Tomato
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak. Masukkan cili kering dan bawang besar/merah yang dikisar.
2. Apabila sudah naik minyak, masukkan air asam jawa dan ikan salmon.
3. Masukkan pula sedikit air dan serai.
4. Bila sudah agak menggelegak, masukkan garam dan sedikit kiub ayam.
5. Masukkan bunga kantan dan daun kesum.
6. Bagi yang gemarkan belacan, boleh letak sedikit. Akhir sekali masukkan tomato.