Kalau di rumah ada anak-anak atau anda sendiri yang suka mengunyah makan jajan, elok sediakan siap-siap.
Paling mudah buat adalah popcorn caramel. Nak nampak lagi menarik letak warna. Caranya boleh ikut step by step yang dikongsi oleh Cik Hayfa Zhufairah
Buat sendiri popcorn caramel
Bahan-bahan yang diperlukan:
Bertih jagung
Minyak masak
Gula
Butter
Pewarna masakan
Sebelum masak pastikan pilih bertih jagung yang elok, bertih yang kempis asingkan atau buang. Bertih jagung ini ada jual di supermarket.
1. Letak minyak dalam periuk atau kuali besar. Kalau baru nak cuba, letak sikit dulu.
Ads
Tutup periuk. Sambil itu akan dengar bunyi pop dari bertih jagung menandakan ia sedang masak. Biarkan bertih masak sepenuhnya, tunggu sampai bunyi tadi hilang.
2. Dah menjadi popcorn kita
3. Untuk buat karamel, dalam kuali satukan mentega, gula dan pewarna. Kacau sentiasa guna api sederhana.
Ads
Boleh juga guna marjerin, warna terpulang ikut cita rasa. Seeloknya guna kuali besar supaya senang nak kacau tak tumpah.
4. Bila mentega, gula dah cair, masukkan pop corn tadi. Gaul rata. Siap.
Ads
Sebungkus bertih jagung dapat 3 talam pop corn. Banyak kan. Puas hati buat sendiri.
6. Biarkan sejuk, karamel akan keras sejuk kemudian masuk dalam bekas kedap udara.
Sedapnya Dumpling homemade perkongsian Mama Shida ni. Persis dumpling yang dijual di kedai. Rupanya menu ni boleh dihasilkan sendiri di rumah sebab sangat mudah. Bahan-bahan pun ringkas sahaja. Lepas ni bolehlah cuba ya. Sesuai untuk minum petang dan juga makan malam.
CARA-CARA BUAT DUMPLING HOMEMADE YANG SANGAT SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1 paket kulit dumpling segera bentuk bulat – bei di pasaraya
BAHAN INTI:
1 keping dada ayam – kisar
1 cawan isi udang – kisar
Daun bawang secukupnya – hiris
Daun ketumbar secukupnya – hiris
Sedikit lobak merah – cincang halus
3 biji cendawan shiitake – cincang halus
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan minyak bijan
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan lada sulah
2-3 sudu makan tepung ubi
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Campurkan ayam kisar, udang kisar, daun bawang, daun ketumbar, lobak merah dan cendawan shiitake ke dalam mangkuk. Gaul rata.
2. Kemudian masukkan sos tiram, minyak bijan dan sos ikan. Gaul lagi hingga sebati.
3. Jika kurang masin, boleh tambah sedikit garam dan gula secukup rasa.
4. Tambahkan tepung ubi dan serbuk lada sulah. Adun sebati.
5. Ambil sekeping kulit dumpling, isi inti di tengah.
6. Sapu bancuhan tepung ubi di sekeliling dumpling dan lipat dua (seperti lipatan karipap). Tekan-tekan dan kemaskan.
7. Cantumkan kedua-dua bahagian hujung dumpling supaya membentuk bulat seperti dalam gambar.
8. Kukus dumpling selama 10 minit. Angkat dan boleh dinikmati.
9. Jika suka, dumpling tadi setelah kukus, boleh goreng hingga garing. Nikmati bersama sos kegemaran.
Sosej antara makanan sampingan yang sedap dimakan, tetapi jika kamu kerap makan sosej sejuk beku yang di jual di pasar raya, ia mungkin mempunyai nilai bahan pengawet yang tinggi dan tidak sesuai dinikmati oleh anak kecil. Cuba resipi viral yang dibuat secara homemade ni, memang bagus dan paling penting tiada msg!
SOSEJ AYAM BERSAYUR
BAHAN-BAHAN:
Sebiji ubi kentang
4-5 ketul dada ayam
2biji telor
Apa2 sayuran (saya letak daun sup + carrot)
Sebiji bawang besar
4-5 ulas bawang putih
Sedikit lada hitam, lada sulah dan garam
Tepung ubi 4sudu bancuh dgn air stgh gelas
CARA MEMASAK:
Campurkan kesemua dan bland,
Masukkan bahan2 tersebut kedlm plastik aiskrim ikat hujung kiri dan kanan
Kemudian rebus dlm 10-15 min
Goreng jika nak makan
Yang lebih boleh simpan
Kredit resipi & gambar : Naa Rohzurina (MAHN)
SOSEJ HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
3 keping dada ayam berat agak2 200g setiap satu
Sebiji bawang besar atau bawang kecik pon boleh letakla 3 ke 4 biji
Cili kering 2 jika suka pedas saya tak letak nak bagi anak makan..
4 ulas bawang putih
Sedikit lada hitam jika suka
Sedikit garam
2 biji telur
* 4 sudu tepung ubi
Sedikit serbuk oregano jika suka
Sedikit daun ketumbar -saya tambah sebab suka
Sayur sayur macam carrot mushroom jika suka..saya takda stok tak letak..saya tambah capsicum (cili benggala) sikit tu ja ada
CARA MEMASAK:
Potong kecik2 ayam..dan bahan2 lain kecuali tepung ubi * kemudian masukkan dalam food processer..blend halus kesemuanya ..
Kemudian masukkan dalam bekas dan tambah tepung ubi..
Kacau sebati..
Masukkan adunan ayam dalam piping beg.
Kemudian paip masuk dalam plastik aiskrim atau boleh paip atas cling flim dan gulung ketat2 ..pintal kedua dua hujung ..sebab nak bentuk ala2 sosej kenn…
Proses nak masukkan dalam plastik aiskrim tu kena sabaq jugak na sebab tak senang sangat sebab bila padat takda ruang udara susah nak penuhkan plastik eskim- sebab tu sosej kita pendek2 tu ja 🤣🤣🤣 heehe tapi takpa buat slow slow dah dapat rentak mudahla jadinya..buat sampai habis..
Dah siap boleh la direbus atau dikukus lebih kurang 15minit atau sehingga masak ya…saya kukus..
TIP: kot kot..kalau yg tak mau kukus atau rebus pakai plastik ala2 health conscious bolehla frozen dulu bagi keras..then buang plastik baru rebus atau kukus…tapi saya rebus ja terus…sekali sekali ja nak buat..insyaAllah yakin😁…
Ok dah siap dah sosej kita..nak makan mcm tu saja pon bolih..nak grill sat pon boleh na..yang lebih tu bulihla nak frozen..
SELAMAT MENCUBA 😍
Kredit resipi & gambar: Liyana Isa
SOSEJ AYAM HOMEMADE
Bahan-Bahan:
Bahan A:
Isi ayam bahagian dada
Bawang
Telur
Carrot
+ Kisar kesemua bahan A
Bahan B:
3 sudu tepung ubi
1 sudu kecil garam
Lada hitam sedikit
Lada putih sedikit
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan-bahan A dalam bekas , dan gaulkan dengan tepung ubi 3 sudu + lada hitam + lada putih.
Masukkan dalam plastik piping, dan picit masuk ke dalam plastik aiskrim.
Ikat dan kukus selama 10 minit. Bila dah sejuk, buka dari plastik aiskrim dan sejuk bekukan. Bolehlah digoreng atau dimasak mengikut selera anda.
Resepi Oleh: Sabariah Hussain Kredit olahan resipi dan gambar: Nor Suhaida Nor Suhaida
GIANT SOSEJ HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
2 ketoi isi dada ayam
1/2 cawan daun bawang
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 biji bawang holand
2 ulas bawang putih
2 biji telor ayam
2 sudu besar tepung jagung
Garam sesudu kecik
CARA MEMASAK:
Semua bahan diatas dikisar lumat..
Kemudian boleh bentuk sosej mengikut saiz yang anda sukai..
Dah bentuk sosej..kemudian rebus sosej dalam masa 10 minit..
Kuah Yong Tau foo Homemade, Sedap Macam Kat Kedai. Memang menjadi. Beli bahan untuk direbus atau dicelur sahaja, boleh makan seisi keluarga. Sesuai buat minum petang atau pun makan malam.
YONG TAU FOO
Untuk resipi kali ini terdapat dua jenis kuah yong tau foo iaitu kuah hitam dan kuah merah. Bila hendak makan hanya perlu campurkan kedua-dua kuah ini mengikut citarasa anda.
BAHAN KUAH HITAM:
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar taucu
2 sudu besar sos masam manis
3 sudu besar kicap pekat manis
3 sudu besar sos tiram
4-5 sudu besar gula melaka/gula perang
3 1/2 cawan air
CARA MEMASAK:
Masukan semua bahan dalam pengisar dan kisar hingga taucu halus.
Masukkan bahan yang sduah dikisar ke dalam periuk.
Kemudian masak dengan api perlahan sambil dikacau supaya sos tak berketul-ketul. Masak sehingga kuah mendidih sesuaikan rasa ketepikan.
BAHAN KUAH MERAH:
3 ulas bawang putih- ketuk
3 sudu besar cili blend
1/2 cawan kacang tanah yg telah digoreng garing dgn sedikit minyak
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar sos masam manis
4- 5 sudu besar gula
3 cawan air
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Kisar semua bahan-bahan diatas kecuali bawang putih dan cili kisar. Kisar hingga kacang halus.
Panaskan 2 sudu besar minyak masak dan tumiskan bawang putih yang diketuk. Tumis hingga naik bau dan kemudian masukkan cili kisar. Kacau dalam 3 minit.
Setelah itu masukkan semua bahan-bahan yang telah dikisar. Masak hingga kuah agak pekat dan sentiasa kacau.
Bila sudah mencapai kepekatan yang anda mahukan sesuaikan rasa. Siap.
Boleh makan dengan apa-apa yang anda suka seperti bebola seafood, sayur-sayuran, sotong kangkung atau apa-apa bahan-bahan yong tau foo kegemaran anda.
Campur kuah hitam dan merah mengikut citarasa anda. Untuk sesuaikan rasa pedasnya, taburkan bijan sangai, sedikit bawang goreng dan kacang goreng yang telah ditumbuk.