Hidangan tomyam memang sudah jadi sebahagian hidangan biasa kita di rumah, malah pes tomyam sentiasa ada stok. Tapi ada juga yang merasakan pes tomyam segera ini tak kena dengan selera. Tak cukup kick!
Kalau begini boleh cuba buat sendiri pes tomyam ikut cita rasa kita, yang lebih padu! Caranya ada dikongsi oleh Myss Deen. Pes tomyam homemade ini dah tentulah terjamin kebersihan dan halal. Selain untuk dijadikan tomyam, pes ini juga sesuai digunakan untuk masakan bergoreng.
Buat sendiri pes tomyam homemade yang sedap
Pes tomyam homemade yang sedap dan tanpa ragu-ragu. Versi ini sudah saya upgrade, lebih sedap dan sangat disukai kenalan-kenalan dan pelanggan saya. Pes ini juga sesuai untuk digunakan untuk masakan bergoreng yang lain seperti bihun , sayur, nasi, ikan dan lain-lain.
Ads
Bahan-bahan
Cili kering -beli kuantiti RM3, belah dua untuk buang biji, cuci dan toskan.
20 cili merah
6 biji bawang merah besar ( boleh guna bawang kecil tapi lebihkan kuantiti) dan 2 biji besar bawang Holland belah 8.
5 pokok ketumbar -keratan pangkal batang dan akar
Halia sebesar ibu jari, lengkuas juga
2 labu bawang putih
8 batang serai gemuk -hiris kasar
15 helai daun limau purut (dikira bercantum), dibuang urat tengahnya untuk mengelakkan rasa pahit ( saya guna daun lebar-lebar)
1 sudu besar belacan yang disangai/bakar
Nota: Cara dan bahan-bahan (boleh dikurangkan atau ditambah mengikut cita rasa
Cara penyediaan
Minyak masak 1½ cawan digunakan untuk menggoreng bahan-bahan bergilir-gilir sehingga layu/ nàik bau kemudian ditoskan.
2.Kemua bahan-bahan di atas dikisar tanpa air, hanya gunakan baki minyak menggoreng saja.
3. Sediakan satu mangkuk (saiz mangkuk sup) ikan bilis dan jumlah yang sama untuk udang kering. Dibasuh dan disangai/bakar kemudian dikisar halus.
4. Kesemua bahan-bahan di atas dimasak dalam kuali hingga naik minyak, berbau wangi dan warna berubah gelap. Kena selalu gaul dan balik dengan api sederhana.
Ads
5. Kemudian masukkan bahan berikut;
-1 bekas penuh pes asam jawa. -Gula Thai lebih kurang 4 ke 6 sudu besar mengikut cita rasa atau gula lain-lain.
-1 ke 1½ cawan sos ikan (perlu terasa lebih masin dari kebiasaan kita masak lauk)
-2 ketul kiub ayam (jika suka)
-2 biji jus limau nipis
6. Masak lagi sehingga kesemuanya sebati dan sudah betul-betul matang.
7. Selepas masak, sejukkan dan boleh disimpan dan digunakan mengikut cara yang anda suka.
Ads
Ini adalah cara melalui RnD dan pengalaman saya. Diharap ada kebaikan perkongsian ini.
Malam-malam ni kalau bosan nak makan berat-berat, ummph syok betul kalau dapat hirup sup cendawaan shiitake. Kalau nak beli kafe mau terbang Rm 7 lebih semangkuk. Kalau buat homemade boleh guna cendawan segar dan sesuai untuk mereka yang ‘umatnya’ ramai…hehehe.
Ni min kongsikan resipi dari Nana Aziz untuk dicuba, buatlah nanti kejap aje buatnya. Yang penting cendawan shiitake memang diakui berkhasiat. Kalau makan di kafe atau restoran, jangan-jangan dituang dari dalam tin aje.
SUP CENDAWAN SHIITAKE ALA IKEA
BAHAN-BAHAN :
Sepeket cendawan shitake | separuh racik dan separuh dikisar
Bahan dikisar Bersama :
6 keping keju
1 kiub ayam
6 sudu besar susu tepung
Air secukupnya ikut kepekatan
4 sudu besar tepung gandum | dibancuh dengan secawan air
Sedikit daun parsli kering
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Ambil bahan yang dikisar bersama, masukkan dalam kuali atau periuk bertangkai. Didihkan hingga mendidih dengan api yang sederhana.
2. Apabila sudah mendidih baru masukkan bancuhan tepung, cendawan yang diracik dan bahan-bahan lain. Jangan tinggalkan kacau sehingga pekat.
3. Kalau kurang pekat tambah lagi bancuhan tepung tadi.
Selamat mencuba
Kredit Resepi : NanaAziz
ANDA MUNGKIN JUGA SEDANG MENCARI BLENDER ATAU MESIN PENGISAR YANG LEBIH BAIK, JOM LAYARINYA DI SINI.
Resipi sup ayam lada hitam ini memang boleh membuka selera bagi yang kurang berselera nak makan. Kadang di bulan puasa, ada yang selera makan berkurang. Tambah lagi pada waktu sahur.
Sup ini boleh merangsang selera kita. Boleh ratah atau makan dengan nasi. Begitu juga kalau ada yang tak sihat, sesuai hidangkan sup ini. Berpeluh makan nanti kerana lada hitam di dalamnya dapat memanaskan badan.
Bahan pun tak banyak yang diperlukan. Yang memang tersedia ada di dapur rumah kita. Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Nana Sabrina Sarsan ini ye. Selama mencuba.
Resipi Sup Ayam Lada Hitam
Bahan-bahan:
Ayam (bersihkan dan potong)
Lada hitam (Gunakan lada hitam yang ditumbuk kasar, jangan guna lada hitam serbuk nanti rasanya berbeza pula) – boleh beli online di sini
Dalam periuk, masukkan air. Satukan semua bahan tumbuk dengan ayam. Masukkan serai yang diketuk.
Kemudian didihkan saja. Jangan lupa perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Boleh tambah daun bawang. Siap. Mudah kan? Sedap pula tu. Tip untuk lebih sedap, didihkan dengan api perlahan hingga ayam tu masak.
Jika suka ada rasa masam, boleh tambahkan sedikit asam keping saiz yg paling kecil, Jangan bubuh pes asam jawa, nanti warna sup tak cantik. Tapi kalau tak ada asam keping, boleh je lah. Nak tambah lada putih pun boleh. Selamat mencuba.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...