Hidangan tomyam memang sudah jadi sebahagian hidangan biasa kita di rumah, malah pes tomyam sentiasa ada stok. Tapi ada juga yang merasakan pes tomyam segera ini tak kena dengan selera. Tak cukup kick!
Kalau begini boleh cuba buat sendiri pes tomyam ikut cita rasa kita, yang lebih padu! Caranya ada dikongsi oleh Myss Deen. Pes tomyam homemade ini dah tentulah terjamin kebersihan dan halal. Selain untuk dijadikan tomyam, pes ini juga sesuai digunakan untuk masakan bergoreng.
Buat sendiri pes tomyam homemade yang sedap
Pes tomyam homemade yang sedap dan tanpa ragu-ragu. Versi ini sudah saya upgrade, lebih sedap dan sangat disukai kenalan-kenalan dan pelanggan saya. Pes ini juga sesuai untuk digunakan untuk masakan bergoreng yang lain seperti bihun , sayur, nasi, ikan dan lain-lain.
Bahan-bahan
Cili kering -beli kuantiti RM3, belah dua untuk buang biji, cuci dan toskan.
20 cili merah
6 biji bawang merah besar ( boleh guna bawang kecil tapi lebihkan kuantiti) dan 2 biji besar bawang Holland belah 8.
5 pokok ketumbar -keratan pangkal batang dan akar
Halia sebesar ibu jari, lengkuas juga
2 labu bawang putih
8 batang serai gemuk -hiris kasar
15 helai daun limau purut (dikira bercantum), dibuang urat tengahnya untuk mengelakkan rasa pahit ( saya guna daun lebar-lebar)
1 sudu besar belacan yang disangai/bakar
Ads
Nota: Cara dan bahan-bahan (boleh dikurangkan atau ditambah mengikut cita rasa
Cara penyediaan
Minyak masak 1½ cawan digunakan untuk menggoreng bahan-bahan bergilir-gilir sehingga layu/ nàik bau kemudian ditoskan.
2.Kemua bahan-bahan di atas dikisar tanpa air, hanya gunakan baki minyak menggoreng saja.
3. Sediakan satu mangkuk (saiz mangkuk sup) ikan bilis dan jumlah yang sama untuk udang kering. Dibasuh dan disangai/bakar kemudian dikisar halus.
Ads
4. Kesemua bahan-bahan di atas dimasak dalam kuali hingga naik minyak, berbau wangi dan warna berubah gelap. Kena selalu gaul dan balik dengan api sederhana.
5. Kemudian masukkan bahan berikut;
-1 bekas penuh pes asam jawa. -Gula Thai lebih kurang 4 ke 6 sudu besar mengikut cita rasa atau gula lain-lain.
-1 ke 1½ cawan sos ikan (perlu terasa lebih masin dari kebiasaan kita masak lauk)
-2 ketul kiub ayam (jika suka)
-2 biji jus limau nipis
6. Masak lagi sehingga kesemuanya sebati dan sudah betul-betul matang.
Ads
7. Selepas masak, sejukkan dan boleh disimpan dan digunakan mengikut cara yang anda suka.
Ini adalah cara melalui RnD dan pengalaman saya. Diharap ada kebaikan perkongsian ini.
Sos tomato antara sos yang sentiasa ada di rumah. Banyak masakan menggunakan sos ini dan apa yang menarik ia juga boleh dihasilkan sendiri secara homemade. Rasanya lebih asli kerana tiada penggunaan bahan kimia.
Bagi yang teringin merasai sos tomato homemade atau lebih gemar menggunakan bahan tanpa pengawet boleh cuba buat sendiri menggunakan panduan perkongsian Dr Maryam Aziz.
Sos tomato homemade
Sos tomato adalah antara bahan yang banyak sangat food additives. Jadi, ini pilihan mudah untuk buat sos tomato sendiri di rumah.
Bahan-bahan:
2kg tomato segar
Minyak zaitun
Garam
Gula kabung
Basil
Cuka putih
Tepung jagung (kalau nak pekat)
Cara-caranya:
1. Beli tomato yang dah ranum, lembik sedikit pun ok.
2. Rebus dalam 5 minit sampai kulitnya mengelupas
3. Lalukan bawah air sejuk dan buang kulitnya.
5. Kisar tomato sehingga hancur. Kemudian masukkan gula kabung, separuh bulatan.
6. Letak dalam 2 sudu olive oil, sedikit basil.
7. Masukkan secubit garam dan tambah dalam 3-4 sudu besar cuka. Masak sambil kacau selama 30 minit sehingga jadi separuh dari isi padu asal. Kalau masih rasa cair boleh tambah sesudu tepung jagung. Rasa dan adjust supaya cukup masin manis.
8. Separuh yang sudah masak akan bekukan untuk dijadikan perencah masakan. Separuh lagi dalam bekas kecil untuk dihabiskan dalam tempoh 1-2 minggu (letak dalam fridge).
Malam-malam ni kalau bosan nak makan berat-berat, ummph syok betul kalau dapat hirup sup cendawaan shitake. Kalau nak beli kafe mau terbang Rm 7 lebih semangkuk. Kalau buat homemade boleh guna cendawan segar dan sesuai untuk mereka yang ‘umatnya’ ramai…hehehe.
Ni min kongsikan resipi dari Nana Aziz untuk dicuba, buatlah nanti kejap aje buatnya. Yang penting cendawan shiitake memang diakui berkhasiat. Kalau makan di kafe atau restoran, ntah-ntah dihidang dari dalam tin aje.
SUP CENDAWAN SHIITAKE ALA IKEA
BAHAN-BAHAN :
Sepeket cendawan shitake | separuh racik dan separuh dikisar
Bahan dikisar Bersama :
6 keping keju
1 kiub ayam
6 sudu besar susu tepung
Air secukupnya ikut kepekatan
4 sudu besar tepung gandum | dibancuh dengan secawan air
Sedikit daun parsley kering
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Ambil bahan yang dikisar bersama, masukkan dalam kuali atau periuk bertangkai. Didihkan hingga mendidih dengan api yang sederhana.
2. Apabila sudah mendidih baru masukkan bancuhan tepung, cendawan yang diracik dan bahan-bahan lain. Jangan tinggalkan kacau sehingga pekat.
3. Kalau kurang pekat tambah lagi bancuhan tepung tadi.
Selamat mencuba
Resepi : NanaAziz
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.