Selain pau kukus, pau goreng juga mudah buat dan jadi kegemaran ramai. Kuih yang boleh dipelbagaikan intinya boleh dihidang pagi atau pun petang.
Memang boleh saja kita beli tapi buat sendiri lagi best, boleh letak inti banyak dan inti yang kita suka sama ada kelapa, kacang, sardin dan macam-macam lagi. Ikut suka!
Lagi menarik dari doh yang sama boleh jadi bomboloni, burger Malaysia dan donut. Memang berbaloi belajar buat sendiri kan.
Caranya boleh ikut perkongsian Noor Hayaty.
Buat Sendiri Pau Goreng Sedap & Mudah
Nak share resipi pau goreng, doh yang sama boleh buat donat, bomboloni, burger Malaysia. Ini resipi cara Cik Yaty ya.
Bahan untuk doh
500g – tepung gandum
1 biji – telur
2 sudu makan marjerin
1 sudu kecil (KFC) – garam
2 sudu makan – gula
1 pek (11g) – yis/mauripan kering
1 sudu teh – bread improver
1 sudu teh – baking powder
2 sudu makan – susu pekat
260ml- sir suam
Ads
Cara membuat:
1. Satukan air suam, gula, susu, yis/mauripan. Kacau sebati biarkan dalam 10-15 minit.
2. Sementara itu satukan pula tepung gandum bersama garam, baking powder, bread improver dan marjerin. Kacau dan gaul sebati.
3. Masukkan 1 biji telur dalam adunan dan kacau.
4. Kemudian masukkan bancuhan yis tadi dalam adunan tepung. Masuk sikit-sikit, gaul biar sebati dan tak melekat pada tangan.
Ads
5. Kalau rasa lembik atau melekat pada tangan, ambil minyak masak sikit letak pada tangan dan uli doh.
6. Rehatkan dalam setengah jam, letak dalam bekas besar, kalau tak melimpah doh.
Ads
7. Selepas 30 minit, keluarkan doh, tumbuk sikit dan bahagikan pada doh yang lebih kecil. Bolehlah letak inti kelapa atau apa juga yang disukai dan bentukkan ikut cita rasa. Biarkan seketika, kemudian bolehlah digoreng.
8. Selepas bentuk, letak dalam cawan kertas supaya senang diangkat, tak perlu letak dalam dulang dan tabur-tabur tepung lagi.
TIP
-Jika mahu frozen goreng sekejap saja, sekadar untuk matikan yis. Kemudian boleh angkat dan sejukkan kemudian masuk dalam freezer.
– Untuk burger Malaysia doh yang dibentuk boleh digoreng. Kemudian belah dan isikan sambal dan salad.
– Jika ingin buat bombolini selepas bentukkan doh biar seketika dan goreng. Tos dan tabur snow sugar. Gunting bahagian tengah atas dan dan paipkan inti ikut cita rasa.
Siapa suka Cempedak Goreng? Memang nikmat makan panas- panas lepas digoreng.Kalau guna tepung segera, biasanya cempedak yang digoreng akan serap minyak. Saya kongsi resepi mudah bancuhan tepung untuk menggoreng.
Bahan-Bahan:
300 gram Tepung Beras
2 biji Telur
2 sudu kecil Serbuk Kunyit
1 sudu kecil Garam
1 sudu kecil Kapur Makan
Air- tidak terlalu cair, tidak terlalu pekat
Tepung Beras Gajah Seekor
– Sesuai digunakan untuk salutan goreng-goreng seperti pisang goreng, ubi goreng, cempedak goreng.
Tepung Beras Gajah Tiga Ekor
– Lebih lembut dan licin. Sesuai untuk buat kuih tradisional seperti tepung pelita,kuih talam, putu, kuih lapis dan sebagainya.
Tepung Beras Gajah Lima Ekor
– Sesuai untuk buat laksa
Apa jua jenis bingka semuanya enak untuk dinikmati. Namun tidak semua yang dibeli itu memenuhi citarasa dengan rasa lemak dan manis yang sempurna. Labu selain dibuat gulai, enak juga dibuat kuih bingka. Kalau ada yang teringin bingka labu boleh cuba ikut resipi yang dikongsi oleh Fauziah Yahya .
Bingka Labu Bahan-bahan : 2 cawan tepung gandum 1 cawan gula pasir 2 cawan labu dilecek – rebus dulu labunya 3 cawan santan – 1 kotak santan kecil jadikan 3 cawan 3 biji telur – apa-apa gred pun boleh 3 sudu marjerin 1 sudu kecil garam 1 sudu kecil esen vanilla 1 sudu kecil pewarna kuning Sedikit bijan
Cara memasak : 1.Kisar ke semua bahan hingga sebati. 2.Sapukan loyang dengan sedikit marjerin masukkan ke dalam loyang dan tabur bijan.
3.Bakar 1 jam pada suhu 180C hingga masak gunakan api atas bawah. 4.Tunggu sejuk baru boleh dipotong.
Kredit: Fauziah Yahya
Tak lama lagi bulan puasa. Jadi kuih muih menjadi kesukaan ketika bulan puasa. Cucur badak ini antara yang disukai ramai. Ada yang nak cuba masak kuih ni dikongsikan resipinya. Boleh guna buat pulut udang dan spera(orang utaqa tau kuih ni).
CUCUR BADAK
Inti:
1/2 kilo udang kapas(kecil)
2 biji kelapa parut(tak terlalu tua)
20-25 biji cili kering
5 batang serai
5-6 biji bawang merah
1 biji bawang besar
Sedikit kunyit hidup
1 sudu kecil jintan manis
Garam, gula dan serbuk perasa
Cara memasak:
1.Mesin semua bahan kecuali udang,bahan perasa,kelapa parut.
2.Masak sekejap di atas api baru masukkan kelapa yang dimesin sekejap. (jangan lama,nanti halus sangat tak sedap)
3.Kacau dalam 5-10 minit baru masukkan udang.Kacau lagi sampai hampir kering tambahkan garam, gula, perasa(kalau guna) ikut selera masing-masing nak pedas atau manis.
4.Kacau hingga agak kering dan angkat. Sejukkan sebentar.
Bahan doh/kulit:
1 kg keledek(saya guna yang pink) manis
2-3 cawan tepung gandum ikut kesesuaian
Sedikit garam
Cara membuat:
1.Kupas kulit keledek,potong ketul-ketul kecil sikit supaya cepat empuk bila rebus.Air sama paras dengan keledek jangan banyak sangat nanti lembik.Letakkan secubit garam.
2.Rebus hingga air hampir kering.Angkat.Biar sejuk baru lenyekkan. Tambahkan tepung sikit-sikit.Bila dah siap bulatkan sama saiz..Leperkan masukkan inti dan bulatkan kembali.Tabur sedikit tepung atas talam supaya adunan yang dibulat tadi tidak melekat ketika angkat menggoreng.
Banyak khasiat nanas ni! Buah tropika ini kaya bromelain dan vitamin C yang membantu rawat sakit sendi, tekanan darah tinggi, kecantikan kulit serta tenaga dalaman.